Legoland Malaysia Inspirasi Peluang Percutian dan Ekonomi

@ written .Monday, September 03, 2012   

Legoland Malaysia Inspirasi Peluang Percutian dan Ekonomi
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!

Bercuti, Kekeluargaan, Peluang Pekerjaan, Tambah Ekonomi, di Legoland Malaysia


Taman Tema Legoland Malaysia telah mengubah wajah Johor, Wilayah Iskandar, Medini North dan Bandar Nusajaya. Khas untuk percutian seisi keluarga, kini tanggal 22 September 2012, tarikh pembukaan secara rasmi taman tema terbesar di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia. Terletak secara strategik di Medini North, Wilayah Iskandar Malaysia, kawasan bercuti, membeli-belah dan ekonomi terulung dan perdana selatan Johor Semenanjung Malaysia, merupakan langkah bijak kerajaan tempatan dalam merealisasikan pembangunan menyeluruh bertaraf antarabangsa.

pintu-masuk-pas-tiket-ke-legoland-malaysia-dibuka

Fakta penting Legoland Malaysia Nusajaya Johor

  • Diterajui pembangunan dan pengurusan taman tema Legoland Malaysia oleh Khazanah Nasional Berhad dan Merlin Entertainments.
  • Kos pembangunan dan binaan taman tema antarabangsa ini bernilai dianggarkan RM 720 Juta dan pembinaan telah mengambil masa lebih 2 tahun.
  • Pembukaan rasmi taman tema antarabangsa ini pada 22 September 2012 dan akan dibuka secara berjadual sepanjang tahun.
  • Keluasan pembagunan taman tema antarabangsa Legoland Malaysia meliputi kawasan sekitar 76 ekar.
  • Mempunyai lebih 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan berbagai aktiviti berunsur kekeluargaan untuk pengunjung.
  • Diantara pembangunan terancang yang bakal dilaksanakan ialah Legoland Malaysia ialah taman tema ini akan menjadi tumpuan utama kepada kompleks bersepadu yang dianggarkan seluas 5,500,000 kaki persegi atau sekitar 510,000 meter persegi. Ia meliputi kawasan Industri Nusa Cemerlang, salah sebuah rantau ekonomi terulung wilayah Iskandar Malaysia.
  • Kandungan perancangan pembangunan sekitar kawasan taman tema Legoland Malaysia ini termasuk pusat gaya hidup, pejabat, hotel, pangsapuri perkhidmatan dan unit-unit kediaman moden dan selesa.
  • Ketika ini, Legoland Nusajaya, Johor Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat ketika pembukaan pada 22/09./2012 sehingga penghujung tahun ini.
  • Dikhabarkan taman tema ini bakal menyediakan lebih 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan bakal memberikan impak kepada perniagaan kawasan Wilayah Iskandar, Bandar Nusajaya, Medini North Johor dan kawasan sekitarnya.
legoland-malaysia-nusajaya-pembinaan-land-of-adventure
  legoland-nusajaya-malaysia-pembangunan-construction

legoland-malaysia-bangunan-bersejarah

Gambar terbaru dan pautan terkini harga pas tiket masuk harian dan tahunan ke Taman Tema LEGOLAND Malaysia boleh diperoleh di http://blog.irsah.com/2012/09/cuti-legoland-malaysia-gambar-terbaru-riadah-terbaik-keluarga-rancang-pas-tiket.html

legoland -replika-bangunan-bersejarah-malaysia

Imej sekitar pembangunan ketika bercuti ke Legoland Malaysia di Medini North, Wilayah Iskandar Johor ketika pembinaan replika bangunan diperbuat dari LEGO dan kawasan sekitar taman tema antarabangsa tersebut.

Senarai Percutian Taman Tema Antarabangsa LEGO yang telah dibangunkan sebelum Taman Tema Legoland Malaysia

Percutian di LEGOLAND® Parks

  1. Billund, Denmark
  2. Windsor, UK
  3. Carlsbad, California
  4. Deutschland, Germany
  5. Winter Haven, Florida

Bercuti di LEGOLAND® Discovery Centres

  1. Duisburg, Deutschland 
  2. Berlin, Deutschland 
  3. Manchester, England 
  4. Atlanta, USA 
  5. Chicago, USA 
  6. Dallas Fort Worth, USA 
  7. Kansas City, USA 
  8. Tokyo, Japan
Maklumat gambar terkini dan pautan jadual terbaru senarai harga tiket pas masuk on line ke Taman Tema LEGOLAND Malaysia boleh diperoleh di http://blog.irsah.com/2012/09/cuti-legoland-malaysia-gambar-terbaru-riadah-terbaik-keluarga-rancang-pas-tiket.html.

Sumber: Legoland Malaysiaezany-kun.com, New Straits Times Online

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.