Menu

Bercuti Ke Legoland Malaysia Riadah Sekeluarga

by: on

Aktiviti Bercuti Riadah di Legoland Malaysia - Memupuk dan Tingkatkan Institusi Nilai Murni Kekeluargaan Interaktif

legoland-malaysia-jadual-dibuka-september-harga-pas-tiket-pintu-masukLEGOLAND Malaysia yang dibangunkan sekitar 76 ekar di Wilayah Iskandar Nusajaya Johor Malaysia adalah satu pengembaraan institusi seisi keluarga dan anak-anak yang sungguh mengkagumkan. Bagi penulis yang pernah berkunjung ke dua buah Taman Tema LEGOLAND di Amerika Syarikat satu ketika dahulu, sangat mengesyorkan untuk anda seisi keluarga berkunjung kesana. Bakal dibuka secara rasminya pada 22 September 2012, dan menyajikan satu dunia penuh keseronokan khas untuk seisi keluarga dan anak-anak. Taman ini mengandungi lebih daripada 40 permainan, pertunjukan dan tarikan. Hampir kesemua permainan disediakan adalah mainan jenis mainan "hands-on", maka anda seisi keluarga boleh berinteraksi secara interaktif bersama anak-anak anda.

LEGOLAND Malaysia mempunyai tujuh kawasan taman tema dan menjadi tarikan untuk semua peringkat umur pengunjung. Kawasan sebegini diwujudkan bagi memberikan inspirasi kepada anak-anak anda seperti seorang wira. Dari pusat ekperimen LEGO sehingga permainan berbentuk rollercoaster, taman dikhaskan untuk pusat inspirasi dan pelayaran riadah seisi keluarga untuk sehari.

Di tengah-tengah taman tema LEGOLAND Malaysia adalah MINILAND, di mana mercu tanda Asia telah dicipta menggunakan lebih 30 juta blok kecil LEGO. Pembinaan monumen dari LEGO ini merupakan satu dunia interaktif pada skala 1:20 (1 nisbah 20), di mana replika model seperti kereta api, kapal terbang dan sebagainya dapat dihidupkan dengan hanya menekan butang.

Gambar dan Imej Terkini Pembangunan LEGOLAND Malaysia di Medini North Wilayah Iskandar Johor.

peta-ke-taman-tema-interaktif-legoland-malaysia
Peta ke Taman Tema Antarabangsa Pertama LEGOLAND Malaysia
pintu-masuk-legoland-malaysia-nusajaya-johor
Pintu gerbang dan Pintu Masuk Utama LEGOLAND Malaysia Johor.
peta-penuh-taman-tema-pembangunan-legoland-malaysia-johor
Peta Keseluruhan Taman Tema LEGOLAND Johor Malaysia

legoland-taman-tema-terbesar-asia-pertama-malaysia
Keretapi interaktif berskala diperbuat dan menyerupai permainan LEGO

rollercoaster-legoland-malaysia-seisi-keluarga
Rollercoaster dijangkakan menyusur dengan kelajuan sehingga mencecah 50 KM sejam.
Diperbuat dengan kerjasama jurutera tempatan dan antarabangsa.

binaan-lego-pejabat-PM-putrajaya-berskala-di-legoland-malaysia
Replika bangunan Pejabat Perdana Menteri Putrajaya diperbnuat dari blok kecil LEGO menjadi tarikan.

lego-berskala-interaktif-di-legoland-johor
Antara tarikan interaktif pengunjung ke Taman Tema LEGOLAND Malaysia

permaianan-interaktif-legoland-malaysia-riadah-anak-keluarga
Model interaktif berskala 1:20 untuk pengunjung seisi keluarga.

rancang-cuti-ke-legoland-malaysia-tempah-pas-tiket-on-line
Antara replika bangunan Hotel LEGO diperkenalakan di Taman Tema interaktif LEGOLAND.

Kadar Harga Tiket Pas Pintu Masuk dan Pakej Tahunan LEGOLAND Malaysia

Berikut adalah senarai harga tiket pas tahunan dan promosi tiket masuk ke Taman Tema LEGOLAND Malaysia terbaru yang dikeluarkan oleh www.legoland.com.my. Pas masuk tahunan disyorkan dibeli atas talian (on line) untuk mengelak kesesakan di kaunter pintu masuk LEGOLAND Malaysia.



Berikut adalah senarai harga terkini tiket pas masuk sehari Taman Tema LEGOLAND Malaysia dikeluarkan oleh www.legoland.com.my. Pengunjung ke LEGOLAND Malaysia boleh juga menempah tiket dan pas masuk sehari secara online. Adalah digalakkan untuk mengelak dari kesesakan di kaunter belian tiket nanti.



Disyorkan juga untuk membuat perancangan percutian keluarga anda ke Taman Tema LEGOLAND Malaysia dan pengurus taman tema ini boleh membantu dengan berbagai perkhidmatan disediakan diatas talian. Anda boleh melihat dengan lebih teliti cara perancangan disyorkan LEGOLAND di http://www.legoland.com.my/Plan/Prices-and-Tickets/ ataupun anda boleh menempah pas masuk di http://www.legoland.com.my/Tickets/.

Disamping itu, anda boleh berhubung secara terus dengan pengurusan LEGOLAND Malaysia di:-


LEGOLAND Malaysia
Medini, Nusajaya,
Johor, Malaysia
Mail Box
LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
P.O. Box 26,
81550, Gelang Patah,
Johor
Service Tel.: +607 597 8888  (Mon - Sun, 8.30am - 5.30pm)
Service Fax.:  +607 597 8804
E-Mail: info@legoland.my

Suatu Pengembaraan Seisi Keluarga yang Seronok dan Mengujakan... Saya pernah LEGOLAND, Anda bila lagi...