Apple Menang - Samsung Bayar 1.051 B Gantirugi (Produk Samsung Bakal Dihenti?)

@ written .Sunday, October 21, 2012   

Apple Menang - Samsung Bayar 1.051 B Gantirugi (Produk Samsung Bakal Dihenti?)
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!

Kes Rekabentuk Featur Samsung Tiru iPhone iPad - Apple Inc. Menang di Amerika Syarikat


Dalam kesibukan Eyriqazz vs Denaihati, apa pula perkembangan keputusan kes Apple Inc. vs Samsung di Amerika Syarikat (US)? Yea, perkembangan kes saman pihak Apple Inc. terhadap Samsung berkenaan hak cipta rekabentuk asas dan featur telefon pintar. Pihak Apple Inc. telah mengemukakan kes saman hakcipta rekabentuk featur telefon pintar terhadap pembina telefon pintar dari Korea, Samsung.

search?q=eyriqazz+vs+denaihati, terbaru+saman+Apple+vs+Samsung, Apple menang tuntutan di Amerika, Samsung bantah keputusan di Korea, Samsung bayar Apple USD 1.051 Billion Dolar

Semalam (24/08/2012), pihak Jury di Amerika Syarikat telah mendapati syarikat Korea tersebut, Samsung telah meniru rekabentuk featur telefon pintar mereka berasaskan rekabentuk dari iPhone dan iPad keluaran gergasi telefon pintar Apple Inc., Amerika Syarikat. Jumlah ganti rugi telah ditetapkan sebanyak USD 1.051 billion yang harus dibayar oleh pihak Samsung kepada Apple Inc.

Keputusan Jury U.S. terhadap kes Apple Inc. vs Samsung


Keputusan menang mutlak hakcipta kepada pihak Apple Inc. dan telah dikeluarkan lebih awal dari dijangkakan. Keputusan ini berkemungkinan juga menyebabkan telefon pintar keluaran produk Samsung tertentu akan dimansuhkan (ban) dan seterusnya produk keluaran Apple Inc. akan terus mendominasi market terbesar komputer mobil dan pintar.

Sejumlah besar syarikat yang menjual telefon pintar berasaskan aplikasi dan sistem Google Android akan menerima tamparan hebat berupa kes lanjutan saman dari Apple Inc. nanti. Syarikat gergasi US tersebut merupakan syarikat paling berkeuntungan dan berprestasi tinggi di sepanjang sejarah perniagaan komputer pintar.

Didapati juga jumah syer saham Apple pada minggu lalu telah melonjak ke tahap paling tinggi dalam sejarah saham syarikat tersbut dan mningkat sebanyak 2 peratus kepada USD675, pada tred luar waktu.

Penganalisa dunia guaman telah menyatakan bahawa kemenangan saman dan hak rekabentuk telefon pintar berpihak kepada Apple Inc. dan merupakan kes senario paling terbaik untuk syarikat tersebut.

Pihak Jury di Amerika Syarikat telah membuat penganalisaan keputusan kemenangan kurang dari 3 hari untuk memutuskan kemenangan paten rekabentuk kepada pihak Apple Inc. dari Samsung. Ahli Juri US yang terdiri dari 7 orang, tidak mempunyai masalah dalam menentukan bahawa Samsung meniru rekabentuk dan paten dari iPhone dan iPad.

Hasil dari keputusan ini mengakibatkan berbillion Dollar jumlah niaga dalam keadaan tidak menentu.

search?q=eyriqazz+vs+denaihati, Apple+vs+Samsung, keputusan juri mahkamah US berpihak Apple, Samsung bayar USD 1.051 Billion gantirugi

Latarbelakang kes Paten dan Rekabentuk Featur Apple pada Samsung


Pihak Apple Inc. telah mengemukakan saman kepada Samsung kerana meniru rekabentuk dan featur asas dari rekabentuk mereka dan akibatnya memberikan persaingan hebat terhadap penggunaan perisian keluaran Google Inc. iaitu perisian Android. Aplikasi Android ini yang digunapakai oleh sistem telefon pintar Samsung telah mendapat sambutan hangat dari pengguna dan seterusnya digunakan oleh pihak Samsung dalam kesemua telefon pintar berkomputer mereka.

Apple and Samsung, merupakan 2 buah syarikat gergasi menjual telefon pintar berkomputer mobil yang mempunyai jualan paling tinggi di seluruh dunia. Kedua-dua syarikat tersebut juga telah mengikat sejumlah kes guaman di beberapa buah negara tahun ini sahaja.

Pada awal hari Jumaat yang lalu, mahkamah di Korea Selatan telah mendapati syarikat Apple Inc. dan Samsung bersalah secara perkongsian dan menetapkan pihak Samsung untuk meghentikan jualan 10 produk mereka termasuk Galaxy SII dan menghalang Apple dari menjual  4 model produk mereka termasuk iPhone 4.

Namun di mahkamah tempat kelahiran Apple Inc., keputusan para Juri adalah paling bermakna, penting  dan akan memberikan kesan mendalam.

Pertarungan Samsung vs Apple di Korea dan Apple Inc. versus Samsung di Amerika Syarikat telah bermula sejak awal tahun lalu, dimana Apple menuduh Samsung meniru rekabentuk perisian iPhone dan iPad. Pihak Samsung pula telah membuat saman ‘counter’. Pihak Apple Inc. memohon jumlah gantirugi sebanyak USD2.5 Million tehadap Samsung dan jumlah tersebut mendapat bantahan.

Kedua-dua syarikat pembuat telefon pintar ini adalah pesaing paling tegar, namun mereka juga berkongsi sejumlah USD 5 Billion dalam bentuk perkongsian pintar. Apple merupakan kustemer paling besar Samsung yang  menggunakan mikro processor mereka, berbanding dari mana-mana bahagian peralatan Apple yang lain. – info komuniti bisnis irsah indesign.

Sumber: Reuters.Com

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.