Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Sedia maklum, umum telah mengetahui bahawa satu Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012 bakal berlangsung pada 29 Jun 2012 hingga 30 Jun 2012 di Putra World Trade Centre PWTC. Ini merupakan edisi terkini sebuah karnival kerjaya khusus untuk pembangunan peluang pekerjaan di Malaysia dan dianjurkan secara bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Al-Radji Bank dan rakan media Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8).

Pra pelancarannya juga telah berlangsung pada awal bulan Jun yang lalu dan artikel pun kami terbitkan di sini: k3g-karnival-kerjaya-keusahawanan untuk rujukan. Pra pelancaran telah diadakan di perkarangan Sri Pentas TV3 Bandar Utama dan dihadiri oleh Menteri yang berkenaan bersama kakitangan berita TV3 selaku rakan media bersama untuk Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012 tersebut.


Pra Pelancaran Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012
Inage Source: MOHE (Kementerian Pengajian TInggi) Sekitar Majlis Pra Pelancaran di TV3


Seperti diumumkan juga, lebih 350 majikan telah berdaftar untuk bekerjasama khas untuk Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012 tersebut dalam berbagai sektor industri kerja. Seterusnya, mewujudkan berbagai ruang pekerjaan untuk peserta pada karnival tersebut. Sokongan diberikan oleh, para majikan amat di alukan demi meamntapkan ruang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran. Usaha Kementerian Pengajian Tingggi KPT dalam mewujudkan sebuagh program sebegini banyak membantu dalam menentukan hal tuju kerjaya masing-masing.


Kami telah menerima banyak Private Message PM berkenaan Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012 tersebut. Rata-rata meyatakan sokongan terhadap berlangsungnya program sebegini, namun begitu, ada juga mengatakan sebaliknya. Bukan untuk menyalahkan sesiapa, berkemungkinan komunikasi dan penerangan yang kurang diperoleh dari penganjur mahupun rakan media yang bekerjasama.

Ramai beranggapan bahawa wujudnya Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012 ini adalah khusus untuk graduan atau pelajar lepasan pengajian tinggi dan sekolah sahaja, maklumlah urusetia program tersebut adalah dari Kementerian Pengajian Tinggi- KPT. Tetapi sebenarnya ia terbuka kepada semua yang berkelayakan. Itulah sebabnya jika anda baca artikel kami sebelumnya, kami tidak mengkhususkan kepada sesuatu kelompok sahaja. Yang penting, segala keperluan yang dikehendaki dapat disediakan oleh anda ketika menyertai program tersebut.

Hakikatnya, kelebihan adalah kepada pekerja yang berpengalaman dalam sesuatu kerjaya yang berkaitan adalah lebih relevan oleh lebih cenderung dipilih majikan. Memang sebenarnya tercetus Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012 sebegini adalah untuk membantu graduan lepasan institut pengajian tinggi. Tetapi kita fikirkan juga dari aspek majikan pula. Majikan memerlukan produktiviti, untuk mewujudkan perolehan yang maksimum. Cara mudah ialah untuk mencari orang/pekerja yang mempunyai pengalaman bagi memastikan produktiviti syarikat tersebut akan lebih meningkat. Buat apa sesebuah majikan mencari orang yang 'fresh' untuk diserapkan dalam organisasi mereka? Oleh itu kelebihan kepada orang perseorangan yang mempunyai sedikit pengalaman dan selaras dengan kehendak majikan adalah lebih berjaya memikat majikan pada karnival nanti.

Jadi bagaimana anda, sebagai seorang graduan baru boleh memikat bakal majikan anda? Bagaimana anda dapat menunjukkan kelebihan anda berbanding dengan orang yang lebih berpengalaman? Sebenarnya semua jawapan ada disediakan pada artikel k3g-karnival-kerjaya-keusahawanan yang disediakan tidak beberapa lama dulu. Maklumat tambahan anda boleh perolehi dari laman web http://www.k3g.com.my untuk mengetahui dengan lebih terperinci maklumat Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012.

Gunakan platform yang disediakan dengan berhemah. Buatlah persiapan awal dan sediakan segala keperluan yang bakal digunakan pada Karnival Kerjaya Keusahawanan K3G Graduan 2012 tersebut. Pastikan anda banyak membaca dan mengetahui serba sedikit berita semasa supaya anda lebih menampakkan lebih bersedia. Perkara sebegini akan memberikan lebih inpuit kepada bakal majikan anda berbanding dari yang lain. Platform sebegini adlaah sesuai dalam menentukan titik mula halatuju kbakal kerjaya anda nanti.

Lupakan seketika pilihan 'warna' anda, merah ke, biru ke, hijau ke dan sebagainya. Warna-warna tersebut bukannya akan menentukan hala tuju kerjaya anda. Anda lah sendiri yang mencorakkan masa depan anda.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!