Canon MP250/270 Masalah Ink Error 05 Boleh Diselesaikan

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam Warga Enterprise. Mungkin ramai antara kita menggunakan printer jenama Canon atau pun seangakatan dengannya. Lebih-lebih lagi model Canon Pixma MP250 dan 270, yang pada pendapat kami ramai warga enterprise menggunaknnya baik untuk perniagaan mahupun untuk kerja-kerja biasa sahaja.

Antara sebab-sebab ramai menggunkan printer Canon Pixma 250/270 adalah kerana:-

  1. Harga berpatutan dalam sekitar RM 199 sehingga RM 290 (berdasarkan spesifikasi) 
  2. All in One (AIO) printer, scan, print fotostat. 
  3. Ink mudah diperolehi dari mana-mana kedai stationari dan pasaraya besar (katrij FINE sekitar harga RM 150 untuk satu set - black/colour) 
  4. Print kualiti hampir sama dengan warna resolution di skrin 
  5. Mode penjimatan ink untuk menjimatkan ketika mencetak. 
  6. Pengisian penuh cartridge Canon (Black dan warna) boleh mencetak sekitar 150 - 200 helaian (berpandukan jenis cetakan dan setting) 
  7. Terdapat kit Re-fill container yang mudah dipasang dan menjimatkan - sekitar harga RM 69.90 hingga RM 120 
  8. Boleh hantar untuk diselanggara dan pembaikan jika rosak. 
  9. Boleh mencetak foto diatas kertas glossy/semi-gloss. (Hasil cetakan menyamai kedai foto) 

Tetapi, anda pengguna Canon Pixma MP 250/270 AIO selalu tertempuh masalah ERROR 05 pada display printer anda bukan? Dan rata-rata kalau hantar dikedai, semestinya mereka menyuruh anda menukar ke ink set yang baru. Jika anda meng-google pun, banyak panduan yang tidak boleh diguna pakai. Cuba lah. Pasti anda akan kembali ke laman ini. Disini kami menyediakan trouble shooting untuk anda jika anda menempuh masalah ERROR 05 pada printer Canon Pixma MP 250/270 anda sebelum anda membeli ink set yang baru (sekurangnya jimat):-

Buka penutup scanner printer anda dan keluarkan ink kartrij FINE dari pemegangnya satu persatu.
Lihat pada bahagian sentuhan kartrij FINE (connectors) samada habuk atau ink berlebihan, Jika ada bersihkan dengan berus kering atau kain kering.
Pasangkan semula dan pastikan kedudukan katrij FINE anda pada posisi yang betuil sebelum anda menekan lock pada pemegangnya ink tersebut.
Tutup lid scanner anda dan lihat sama ada ERROR 05 terpapar pada display skrin.

Selalunya, 2 atau 3 kali anda harus jalankan step diatas sehingga masalah tersebut dapat diselesaikan. Namun begitu, ada ketikanya, ia akan tetap berulang dan akhirnya anda membuat pilhan untuk membeli katrij baru. Tapi, tunggu dulu. Satu langkah lagi, yang tidak pernah menggagalkan kami ketika masalah ERROR 05 Canon Pixma MP 250/270 berlaku satu ketika dahulu. Berikut kami terangkan:-

Selepas langkah 1 diatas, ambil satu kertas terpakai, selalunya setebal kertas kotak rokok, dan potong 2 helai bersaiz 4cm x 4cm.
Ambil satu helai dan lipat sedikit supaya terjadi sedikit tebalan, selalunya lipat 3 hingga 4 kali.
Sendalkan kertas yang anda lipat itu di bahagian katrij di dalam printer diantara kawasan ink dan pemegangnya. (lihat gambar dibawah)



Tutup dengan kemas. Pastikan kertas anda tadi tidak terlucut. Jika tidak dapat menutup lock katrij tersebut, kurangkan sedikit ketebalan kertas yang dilipat itu.
Gunakan kaedah yang sama pada katrij berikutnya.
Tutup lid scanner printer. Selalunya masalah akan selesai.


Cheat begini tidak pernah menghampakan kami ketika menggunakan Canon Pixma MP 250/270. Ada ketikanya kami menggunakan ink katrij (ubahsuai dengan refill) sehingga 1 tahun tanpa menukarnya. Betul-betul menjimatkan. Bagi kami, setiap kali priunting, adakalanya sehingga 1000 helai kertas berwarna, Canon Pixma MP 250/270 telah menjalankan tanggungjawabnya.

Jika masalah masih berlaku, gunakan kaedah diiatas semula dengan menambahkan ketebalan kertas. Amaran: jangan terlalu tebal kerana boleh merosakkan connector katrij FINE anda pada printer.

Kenapa masalah ini sering berlaku? Ianya bukan masalah refill ataupun masalah resetting. Walaupun resetting diperlukan pada sesuatu masa, tetapi masalah ERROR 05 pada Canon Pixma MP 250/270 disebabkan oleh rekabentuk kedudukan ink katrij tersebut sahaja. Sekurangnya, anda dapat memastikan sama ada katrij FINE Canon Pixma MP 250/270 masih boleh beroperasi atau tidak. Ia sering berlaku jika anda tidak menggunakan printer Canon Pixma MP 250/270 anda dalam jangkawaktu yang agak lama.

Perkongsian relevan dari meja Irsah Indesign untuk Canon MP250/270 Masalah Ink Error 05 Boleh Diselesaikan

Tutorial ini juga terdapat dalam bahasa Inggeris di Canon MP 250/270 Ink ERROR 05 Trouble-shooting Guide juga penulisan kami.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!