Bersih 3.0 atau Pembersihan

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam semua…
Semasa blog walking hari ini, terdetik juga nak tengok isu-isu panas yang akan melanda di Malaysia pada hari esok (28/04/2012).. yup perhimpunan tuh…. Bukannya saya menyokong ataupun disokong, tapi saya ingin share kan artikel dalam bahasa inggeris yang ditulis oleh saudara winter wong yang serba sedikit menarik perhatian saya.
Memanglah mungkin diantara sahabat akan meluat… asyik2 perhimpunan tuh… asyik2 nak bersih itu ini…. tapi sebenarnya saya ingin kongsikan entri bloggers hari ini yang berkait sangat dengan dunia enterprise kami.
Berbalik kepada blog winter wong, tulisan beliau ringkas, tapi straight forward dan berbunyi begini:-
“Ketua dan Timbalan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) adalah ahli parti UMNO. SPR Ketua Abdul Aziz Yusof didaftarkan di UMNO bahagian Ampang manakala Wan Ahmad Wan Omar didaftarkan di Pasir Mas…….”.
Perincian penulisan anda boleh klik disini.
Entri tersebut adalah mengulas kepada kenyataan entri artikel ini.
Saya pun tak pasti sama ada beliau adalah pro atau con kepada kerajaan (duhhhh), tapi biarlah anda menilai sendiri……. (hmmm) Tapi matlamat utama saya menulis maksud disebalik artikel tersebut.
Dari pandangan saya, moral artikel tersebut ialah, berfikir sebelum bercakap…. Kalau orang putih menyebut, think before you speak @ it’s like biting your own tongue. …. kalau tak silap lah. Saya pun tidak pasti sejauh mana kesahihan artikel tersebut dan mungkin ada diantara sahabat kita boleh kongsikan bersama.
Kesimpulannya, diharap sahabat irsah indesign akan lebih praktik dan profesional dengan apa yang ingin dikongsikan, lebih-lebih lagi cerita dan sebalik cerita rakan-rakan niaga anda yang lain. Kuasailah business social skills. Kami di irsah indesign berharap agar anda semua janganlah sesekali  mengaibkan rakan niaga anda dan sentiasa hormat pandangan dan perspektif mereka. Ingatlah, dunia perniagaan enterprise di Malaysia adalah kecik aje…. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak… Kadang-kadang anda bisik di KL dan orang boleh dengar kat Penang…. Jadilah artikel diatas sebagai iktibar dan sebolehnya hormatilah rakan niaga anda, kerana merekalah sebenarnya sumber dan inspirasi perniagaan anda.
Ikhlas dari meja irsah indesign.
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman semasa dunia bisnis dan enterprise irsah indesign.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

DISQUS With Us!