Google Menipu Pengguna Yang Menggunakan Teknik SEO?

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Berbagai perubahan telah dilakukan oleh Google terhadap kecekapan sistem, perubahan carian terbaik semakin diutamakan. Adakah anda perasan perubahan laman web page anda pada satu ketika berada di muka depan, dan kemudian balik ke posisi terkebelakang? Selalunya, pemilik laman akan menyalahkan penyedia SEO masing-masing kerana kemungkinan kaedah membina pautan (links) yang tidak sesuai. Oleh itu, pembina laman yang "membeli" pautan (links), akan mengalami kesan "hentaman" dari Google.


Lebih 12 tahun Google telah membangunkan enjin carian supaya lebih efisyen dengan pengguna internet. Memberikan hasil carian laman dengan konten berkualiti antara keutamaan mereka. Tujuan penambah baikan Google ialah untuk mengelakkan "spammers" menduduki takhta teratas enjin carian, dan kerana itu, para pembina laman dan SEO's akan berasa hairan mereka seakan menjadi mangsa.

Kali in kami akan menyingkap beberapa kesan yang berlaku terhadap enjin carian (Google) bagi sesebuah laman. Dimana kesan kedudukan laman tersebut sebenarnya telah me-manipulasi pakar-pakar SEO dan juga pemilik laman blog serta pengkaji SEO's.

Konten Baru Berada Di Depan


Apabila sesebuah artikel atau posting baru sahaja di indeks, sudah tentu Google akan meletakkan post tersebut ke muka depan carian. Ini adalah kerana kecenderungan laman baru itu yang tidak mempunyai ranking. Selalunya, jika konten bermanfaat, ia akan berada di muka ke-2 mahupun ke 3 dan ada juga berada di muka 1.

Dengan mudah kita boleh katakan untuk konten baru, Google akan "menghadiahkan" kedudukan terbaik. Tetapi jika tidak membuat kerja-kerja pautan serta tidak konsisten, lama kelamaan laman anda akan merudum dan seterusnya rank laman tersebut akan terkebawah dalam enjin carian.

Bila laman jatuh, mulalah "mengelabah", dan mengatakan kerja-kerja pautan dilakukan adalah teknik salah. Tetapi sebenarnya ia berlaku kerana tahap keboleh-capaian laman anda tidak ditingkatkan dari segi "on-page" dan juga "off-page" serta kerja-kerja pautan yang sepatutnya dilakukan.

Reaksi Pada Pautan Baru.


Google antara sistem enjin carian paling utama mengesan pautan terbaru. Ia akan "mempromosikan" penambah-baikan ranking bagi laman anda, dan seterusnya memperoleh keputusan dilaman carian dengan lebih baik.

Situasi ini hampir sama dengan kejdian belaku pada posting atau konten baru. Namun, selalunya berlaku selepas anda membuat kerja-kerja pautan. Akhirnya boleh dibuat kesimpulan, kerja-kerja awalan adalah sangat berkuasa di enjin carian, namun idea paling afdal ialah untuk mengekalkan laman anda pada kedudukan carian terbaik.

Pemeriksaan Google


Pemeriksaan dinamakan "The Google Test" boleh belaku pada mana-mana website atau blog Adakalanya,  anda akan memperoleh kedudukan tahap tertinggi bagi laman anda, dan selesai membuat pautan, anda akan kehilangan "keyword" utama web-blog anda dalam seminggu dua.

Kejadian tersebut sebenarnya tiada penawar dan semua individu yang terlibat dengan SEO akan mengalaminya. Contohnya sebegini, jika anda mengetahui rank laman anda telah menurun ketika melakukan kerj-kerja pautan, anda akan berasa cemas dan terus mengeluarkan pautan yang anda beli itu. Maklumlah dengan tiba-tiba rank laman anda menurun kerana kononnya perbuatan pautan anda itu. Sebenarnya Google akan mengembalikan rank laman anda, setelah pengindexan penuh. Maka anda berasa kerugian kerana telah membatalkan upah kerja-kerja membuat pautan tadi

Notifikasi Pautan Tidak Selamat (Un-natural Links)


Ketika tahun 2011, Google telah pun memperkenalkan notifikasi pautan tidak selamat kepada pembina/pemilik laman. Dan ketika ini, pada pertengahan 2012, Google Webmaster Tool telah menyediakan notifikasi ke e-mail pemilik laman secara percuma.

Adakalanya, Google telah memberikan notifikasi melampau sehingga pembina laman SEO menjadi bahan "tumpuan" dari Google. Ini kerana, pembina laman akan terus melakukan pautan untuk menguatkan laman mereka dan ini adalah punca notifikasi tersebut telah dihantar dengan banyaknya oleh Google

Sebenarnya banyak artikel dikongsikan oleh pembina laman dan pakar-pakar SEO mengenai kaedah membina pautan untuk laman anda. Secara keseluruhannya, pemilik laman hendaklah sentiasa memeriksa laman mereka dari masa kesemasa, terutamanya jika perubahan mendadak belaku, lebih-lebih lagi kedudukan laman di enjin carin. Adalah dalam keadaan norma, laman anda akan "meloncat" kedepan enjin carian dan kebelakng semula, namun ia bukan bermaksud kerja pautan dilakukan oleh pembina laman SEO anda tersalah langkah. Yang penting, kualiti konten terbaik dengan kemas kini yang konsisten untuk sentiasa merelevankan laman blog anda di enjin carian.

SEO's - Individu atau kumpulan individu yang terlibat secara langsung dalam industri Search Engine Optimisations
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!