XT-CMS dan Xara Web Design Tergendala – Concrete 5 Pilihan

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam Warga Enterprise. Selamat hari ahad dan jangan lupa jika berkesempatan, kunjungilah Putrajaya Sempena Sambutan dan Karnival Hari Belia Negara dan Karnival Jom Heboh. Dah bermula cuti sekolah nih bolehlah meluangkan masa berkualiti bersama anak dan keluarga. projek XT-CMS Xara Web
Designer kami mansuhkan diatas sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Concrete 5 CMS Web System

Hah, kami pernah membuka artikel berkenaa integrasi XT-CMS dengan Xara Web Designer 7 Premium dibeberapa artikel yang lepas, namun diganggu dengan kerja dan terus terbantut kerja-kerja tersebut. Tetapi dalam beberapa hari yang lepas TO – Technical Office kami Mr. Aswad sudah mula meng-intgerasikan website kami dengan XT-CMS.

Apa itu XT-CMS, anda boleh baca dari entri ini: XT-CMS dan Xara Web Designer. Tetapi setelah menilai semula kerja-kerja integerasi Xara Web Designer dan XT-CMS, termasuk segala function dan coding-nya, ia berkemungkinan akan menyukarkan kerja-kerja kami memandangkan kesuntukan masa.
Jadi, saya dan Team Irsah Indesign telah mula mencari alternatif baru yang lebih mudah. Seterusnya, dari berpuluh-puluh Content Management System telah dibincangkan, melalui presentation singkat Mr. Aswad, kami memilih untuk meng-integerasikan website kami dengan Concrete 5.


Apa itu Concrete 5?



Concrete 5 adalah sebuah perisian Content Management System, sama sepetri XT-CMS untuk Xara Web Designer 7, dan fungsi nya sama seperti CMS Wordpress, Drupal, Joomla dan sebagainya. Sedar tak sedar, kita sebagai bloggers dan penulis artikel di laman web nih pun menggunakan Content Management System samada dari Blogspot mahupun WP.

Concrete 5 – C5, juga sebuah open source project yang mana ia telah dibangunkan oleh web developers diserata dunia, sama juga seperti Joomla, Drupal, Mambo. Oleh kerana ia open source, ia adalah percuma untuk kita menggunakannya. Cuma seperti Joomla dan rakan sepejuangannya, ada juga plug-in harus dibeli untuk diinstall begi memudahkan kerja kita nanti.

Kenapa Kami Memilih Content Management System Concrete 5?
Bukannya untuk mengecil mahupun meng-anak-tirikan CMS pilihan utama (Joomla, Drupal dsbnya) tetapi kami memikirkan tentang masa yang kami ada. Kami dapati Concrete 5 Admin Panelnya straight forward dan mudah diselenggara serta mempunyai tahap sekuriti yang berpadanaan.

Tempalate Concrete 5 CMS laman pembina web
Screen shot layout baru website kami ynag masih dalam pembinaan dan akan live tidak lama lagi. HTML, CSS dan Js completed.


Detail Concrete 5 anda boleh  baca dan peroleh dari laman web Conrete 5 ini.


Sebab kami memilih Concrete 5 Content Management System adalah:-


  1. Dengan sedikit coding kepada website statik kami, kami telah berjaya mengintegeraskan dengan CMS Concrete 5 dalam masa 4 jam sahaja.
  2. Setiap page laman web kami yang statik dijadikan sebagai template, bermaksud kami boleh menukar keseluruhan rekabentuk dan design website kami tanpa menggubah content dalamannya dengan mudah.
  3. Susunan files perisian-nya sangat ringan dibezakan dari CMS pesaing nya yang lain.
  4. Kerja-kerja pengolahan ‘drag and drop’, bermaksud jika anda ingin menukar kedudukan content dan design laman web anda, anda boleh laksanakan secara live di atas talian.
  5. Log-in system untuk User, Admin, Designer, Developer, Members. Dimana anda boleh set-kan siapa yang boleh uruskan content, siapa yang uruskan pembangunan system Concrete 5 dan siapa yang boleh munukar design dan template untuk menguruskan rekabentuk laman web anda. Ia lebih fleksibel dimana anda boleh mengawal fail yang boleh diubah oleh seseorang user.
  6. Segala ubahsuai anda boleh lakukan secara live daatas talian bermaksud akses kepada semua Moderators untuk website anda.
  7. Yang paling kami gemar, Control Panel Concrete 5 sangat simple, dengan WYSIWYG editor untuk memasukkan content anda. Kira macam Word Editor lengkap dengan butang dan styles yang diperlukan. Dalam jangkamasa panjang, memudah klien kami mengedit sendiri content website mereka dengan pengawasan yang minima.
  8. Beribu-ribu web template khusus untuk Concrete 5 boleh diperolehi dari Laman web dan dengan sedikit coding anda boleh mengubah keseluruhan rekabentuk lama web anda mengikut citarasa.
  9. One click template installation. Upload template dan anda boleh tukarkan design laman web anda dengan satu click sahaja.
  10. Selain dari itu kami, perisiannya dan knowledgebasenya PERCUMA. (Paling Penting)

Jika terluang nanti dan selepas kami membuat ujian dan testing, kami akan buat review khsus unutk infromasi anda. Concrete 5 Content Management ini adalah bersesuaian bagi merekabentuk laman portal atau web yang bersaiz sederhana untuk business dan personal web pages. Tetapi ada juga Developers Concrete 5 telah mencuba sehingga beratus laman web dengan satu perisian Concrete 5 dan ia masih stabil.

Kami juga akan me-bongkar segala panduan dan tip penggunaan Concrete 5 CMS di blog ini untuk rujakan anda. Tak dilupakan, kami akan share-kan juga template custom khas untuk webpage Concrete 5. mana la tahu, anda inginkan kelainan pada web anda atau pun dengan istilah ‘salin kulit’dengan mudah dan cepat tanpa men-codekan webpage anda

Kesimpulan


Perkara utama kami sangat tertarik dengan penggunaan Concrete 5 Content Management System ini ialah, struktur failnya yang sangat SEO friendly dengan setiap webpage boleh di-optimize mengikut keyword dan meta tags citarasa anda. Jadi tak perlulah buat mark up lagi pada coding webpage, anda boleh laksanakan nya di Concrete 5 control panel sahaja. Anda pun tidak perlu membeli plug-in dan hanya meng-install plug-in percuma ke CMS Concrete 5. Semuanya tersedia untuk meng-SEO kan web site anda.

Jika diizinkan, seperti statik webpage Xara Web Designer 7 yang asal, google telah mengindeks kesemua webpage kami dalam masa 8 hari. Jadi kami ingin menguji sejauh mana kecekapan SEO perisian Concrete 5 dan apakah implikasi yang akan berlaku? Kesemuanya kami akan bongkarkan untuk anda di Artikel yang akan datang.

Nota:
Alhamdullilah, blog kami pun dah bertukar wajah (…dan kulit) dengan template baru dari HTML5 yang pada asalnya dari Wordpress Themes. Nantikan tutorial dan tips akan datang..
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!