XT-CMS (Content Management System) + Xara Web Design - Salam Hari Pekerja 2012

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.

Salam Semua & Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pengurusan & kerja syarikat-syarikat Associates Irsah Indesign serta pembaca semua, dimana anda berada.


3 hari kebelakangan ini, kami agak sibuk dengan beberapa persiapan dan finalize beberapa kertas kerja & dokumen² tender associates kami.

Alhamdulillah, walaupun big bos demam (mungkin cuaca kot...), bermakna kami kurang seorang (huhu), kami berjaya menyiapkan semua kerja tepat pada waktu penghantarannya. (harap bos kemabli pulih dan bertugas seperti biasa). 

Bos² associate kami nampak ceria sedikit sebab paper work dah siap & bolehlah mereka buat presentation hari rabui ni (2/5/2012).

Dah settle hal tersebut, IT Developer kami, M. Aswad bagi berita terbaik Hari Pekerja.

Software Xara Web Designer Pro 7 (XWD) kami akhirnya akan berpadu diatas talian bersama Content Management System (XT-CMS). 

Hah..... XT-CMS tuh macam JOOMLA, PERL, DRUPAL & adik-beradiknya yang lain-lain?

Kelebihannya, kami tak perlu template atau beli template online, cuma kami design kat XWD dan export ke CMS di hosting kami saja. 

Selepas itu, segala pengisian dan update website dapat dilakukan oleh associate dan sahabat-sahabat kami... (kurang sikit beban kami... hehehehe). Segala dilakukan tanpa coding pun...

Ramai telah sedia maklum XWD adalah salah satu WYSIWG software merekabentuk laman web untuk platform Win 7 dan mungkin Mac (itu kami x confirm). 

Aplikasinya sangat mudah & dalam sekelip mata anda boleh membina dan merekabentuk sendiri website anda.

Harganya juga agak murah dari software rekabentuk laman web seperti Adobe Dreamweaver & aplikasi canggih yang seangkatan dengannya. 

Terpaling best.... tak perlu belajar coding langsung untuk menghasilkan laman web yang profesional. Semuanya drag & drop, cut & paste dari desktop ke aplikasi.

Antara kelebihan XWD...

  1. Template sedia ada disediakan untuk memulakan website baru anda.
  2. Import gambar dari PC atau secara terus dari mana-mana laman web.
  3. Support warna sampai true colours.
  4. Library latarbelakang, bentuk, button, dan berbagai lagi kemudahan perincian untuk laman web anda dengan kaedah drag and drop. (styling dia pun up-to-date dengan gloss dan glassy look)
  5. Support shopping cart, paypal payment system dan berbagai lagi untuk memulakan website e-commerce anda. (Drag and drop je dari library)
  6. Support youtube, image slider, flash... (itu pun x lama lagi nak obsolete dalam penggunaan web), image optimiser untuk mendapat lebih keistimewaan web anda. (drag and drop jugak taw...adjust saiz ajer...) Cuma tidak disyorkan penggunaan flash, hasilnya cun giler tapi tak boleh operasi kat I-Pad, I-phone, Android... kira tak mesra aplikasi mobile katakan......)
  7. Selain buat website anda boleh buat presentation jugak (macam powerpoint.. loading dia pun lagi cepat)
  8. Dan paling best kalau anda ada hosting dan domain sendiri, dah siap satu pun anda boleh test secara live bila-bila masa dengan publish direct ke hosting anda dengan satu click aje... tak perlu Filezilla dan Software uploading ftp yang lain... Cepat, mudah dan pantas....
  9. Support meta tag dan SEO optimization.... tak pening kepala kalau google tak jumpa laman web anda dalam listing...
  10. System filing dia mudah dan coding dijana sendiri berdasarkan rekabentuk anda jika anda ingin save di PC atau upload terus ke hosting anda...

Untuk rekod harga yang ditawarkan pada kami adalah US29 saja..

Dari penerangan diatas, bayangkanlah bagaimana anda boleh merekabentuk sebuah web site dengan cara, citarasa & olahan anda sepenuhnya, anda boleh update web site anda dari mana² untuk menambah content yang diperlukan. 

Itulah antara kelebihan & fungsi XT-CMS jika di-install dalam hosting web anda. Dengan adanya penggabungan sebegini (XWD dan XT-CMS), bayangkanlah, website anda berkemungkinan akan tiada sempadan.

Pastinya web anda mencerminkan ke-original-an anda. Tak pening² lagi adjust template sana sini. Reka ikut susunan anda di XWD dan export ke XT-CMS di hosting anda.

Antara contoh laman web direka 100% oleh aplikasi XWD, anda boleh lihat disini. Atau antara web yang telah live sejak dari tahun ini, anda boleh klik disini. 

Ada banyak lagi mini web & portal portfolio yang telah kami reka menggunakan software XWD & mungkin kami akan siarkan senarai di posting akan datang.

Untuk rekod, kesemua website tersebut kami bina kurang dari 2 hari dari ZERO tanpa menggunakan template sedia ada... dimana content-nya 50-50 telah disediakan oleh pemilik web dan kami sendiri.


Akhir sekali, jika CT-CMS untuk XWD tersebut telah kami operasikan sepenuhnya, website yang sedia ada tersebut akan menghostkan blog mereka sendiri dengan content2 di-update oleh pemilik web dengan bantuan kami.

Macam website korporat pulak mereka punya nanti. Mungkin ada sahabat² kami akan mulakan kan e-commerce?

Perincian & review kami akan post di masa akan datang, dimana kami ingin memastikan keberkesanan XT-CMS unutk XWD itu sendiri.

Maklumlah XT-CMS tersebut launching pun pertengahan tahun 2011 dan fully stable September 2011.Anda boleh dapat lebih info XWD disini dan XT-CMS disini.

Kesimpulannya, jika anda sedikit atau separuh mahir dalam penyediaan laman web ataupun seorang  web developer, ini mungkin salah satu kaedah yang anda boleh guna-pakai yang dapat mengurangkan masa penyediaan projek untuk klien anda. 

Lagi pun anda bebas untuk merekabentuk dalam apa cara sekalipun untuk laman web tersebut.

Nota: Kami bukannya affiliate kepada mana-mana pengeluar disebutkan, secara terus atau pun tidak. Kami hanyalah pengguna berdaftar software tersebut dan ingin berkongsikan pandangan kami secara umum sahaja. Pihak kami tidak boleh dikaitkan secara terus atau tidak jika berlaku percanggahan diluar kawalan pihak kami.

New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!