Bantuan Graduan Selepas Majlis Konvokesyen IKBN IKTBN Se Malaysia

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam Warga Enterprise. Selesai sudah sambutan Hari Belia Negara yang telah diadakan di Putrajaya yang tamat pada hari Ahad 27/05./2012. Sekurangnya Putrajaya tidak sunyi sepi seperti hari-hari biasa dan satu langkah baik sebagai permulaan cuti sekolah ini,

Seperti di artikel yang lalu, iaitu tawaran daftar syarikat di SSM RM 50 untuk 5 tahun, ini merupakan hadiah dan bantuan kepada warga graduan yang baru sahaja selseai Majlis Konvokesyen IKBN IKTBN Se Malaysia yang diadakan di PICC pada awal bulan May yang lepas. Jadi kepada para graduan yang masih tercari-cari hala-tuju masing-masing, ambillah peluang ini dan daftarkan syarikat baru di SSM dengan RM 50 sahaja untuk 5 Tahun.

Bantuan graduan selepas konvo IKBN IKTBN jaminan peluang kerjya lebih kompetitif
Image Nukilan - faridismphotography.com

Seperti yang telah di-tweet-kan oleh Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Dato'Shabery Chik, dan disokong oleh artikel kami, adalah wajar 20% graduan Konvokesyen IKBN IKTBN Se Malaysia yang masih belum menerima sebarang tawaran perkerjaan supaya merebut peluang mendaftarkan syarikat enterprise baru di SSM RM 50 untuk 5 tahun. Sekurangnya para graduan yang kurang bernasib baik tersebut dapat memulakan langkah pertama dalam menentukan halatuju mengikut bidang-bidang masing-masing.

Tidak dinafikan, keluaran graduan Majlis Konvokesyen IKBN IKTBN Se Malaysia memang hebat belaka, terutama dari segi teknikal dan hasil kerja tangan. Ia berkemungkinan modul pembelajaran yang lebih bersifat inclusive dengan disokong fasiliti-fasiliti terkini yang boleh diperoleh di seluruh Institut Kemahiran Negara IKBN IKTBN Malaysia. Tenaga pengajar, pelatih dan kakitangan IKBN IKTBN dalam memberi bimbingan kepada para belia Malaysia haruslah diucapkan tahniah kerana berjaya membina graduan yang lebih kompetitif dan berkebolehan tinggi. Syabas diucapkan.

Semoga para graduan Majlis Konvokesyen IKBN IKTBN Se Malaysia dapat terus memajukan diri dengan sentiasa bersikap positif, inovatif melaksanakan tugasan dan melihat suatu perspektif di luar kotak fikiran. Elakkan bersikap emosional dan selalu bertindak secara rasional kerana anda mempunyai jalan yang lebih jauh lagi di hadapan anda.
Gunakan kuasa minda secara relevan, seperti dilakukan oleh Ambiga untuk Bersih 1.0, 2.0,3.0 dan kemungkinan seterusnya. Anda boleh baca  per-kaitan-nya yang telah dikongsikan bersama oleh denaihati.com. Thanks bro, info yang sangat relevan dalam dunia perniagaan.

Tidak terlewat, selamat Hari Belia kepada semua graduan Majlis Konvokesyen IKBN IKTBN Se Malaysia. Sekian dari Meja Irsah Indesign.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!