Koleksi Design Baju Raya Nurita Harith NH - Inspirasi Fashionista Muslimah Trendy

@ written .Monday, May 20, 2013   

Koleksi Design Baju Raya Nurita Harith NH - Inspirasi Fashionista Muslimah Trendy
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Design baju raya Nurita Harith - NH dan koleksi fesyen Aidilfitri bagi 2013 masih mengekalkan konsep rekaan seperti line-up beliau terdahulu. Butik couture Nurita Harith NH di Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, Kuala Lumpur, kali ini barisan line-up rekaan design untuk fesyen wanita muslimah moden di hari lebaran lebih halus dengan layering, draping dan pilihan tona warna sejuk (cool) dan suam (warm).

Design Baju Raya Nurita Harith The Raya Collection 2013
The Raya 2013 by Nurita Harith


Masih mengekalkan warna pastel, dengan layering yang minimalis, sudah pasti si pemakai akan kelihatan lebih trendy tetapi simple dari hari biasa. Ia memudahkan wanita urban untuk "bermain" mis-match dengan aksesori untuk melengkapkan keseluruhan penampilan..


Melihat fesyen sebagai seni, designer Nurita Harith NH, telah banyak menampilkan gabungan "silhouettes" luar biasa pada setiap rekaan beliau. Pemegang Ijazah Rekaan Fesyen di Institut Kesenian Surrey London (Bachelor of Fashion Design at Surrey Institute of Art in London), sebenarnya berkelulusan kesenian halus seperti binaan skulptur (fine arts). Atas faktor inilah yang membolehkan beliau lebih memperhalusi setiap rekaan fesyen line-up beliau.

Peragaan dan koleksi design rekaan pertama beliau telah bermula sejak dari tahun 2006 lagi di Kuala Lumpur Feshion Week (KLFW 2016). Pada peringkat awal pembabitannya, beliau lebih cenderung dengan rekaan layers, drapes dengan ciri-ciri fenminin namun nampak maskulin. Kini jenama Nurita Harith NH telah mengembangkan bakat rekaan beliau sebagai pereka ready to wear terulung negara berbanding mnyedakan rekaan custom untuk persendirian / individu.

Berikut adalah barisan rekaan Nuritha Harith untuk koleksi design baju raya 2013 Aidilfitri kali ini. Dengan koleksi diberi gealaran The Raya 2013, sudah pastinya wanita bekerjaya dan sofistikated bakal teruja untuk menyarung sepasang rekaan eksklusif dari Nurita Harith NH.

design baju raya nurita harith

koleksi lebaran 2013 NH

design baru 2013 Nurita Harith

layer, drape and details by Nurita Harith

fesyen muslimah by Nurita Harith

Fashion designs by Nurita Harith

NH Nurita Harith collections 2013


Walaupun persenketaan dan kontroversi Nurita Harith dengan pelakon / pengacara / model Nealofa di laman Twitter beliau pada penghujung tahun 2012, nama Nurita Harith tetap semakin garang meniti di setiap bibir peminat fesyen tanah air dan dunia glamour artis tempatan.

Semoga tahun ini jenama Nurita Harith NH bakal terus menyinar industri rekaan eksklusif dan ready to wear peminat fesyen urban dan sofistikated, sesuai juga dipakai muslimah trendy dan hip.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.