Wanita Hawa Power, Statistik Transformasi Ekonomi, Niaga dan Undi?

@ written .Tuesday, April 16, 2013   

Wanita Hawa Power, Statistik Transformasi Ekonomi, Niaga dan Undi?
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
2012 telah menunjukkan wanita atau kaum hawa mengumpul harta, berbelanja dan impak perbelanjaan terkuat berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Jika dilihat di Amerika Syarikat, kaum hawa telah melabur sebanyak 7 Trilllion USD bagi perbelanjaan domestik dan juga perniagaan.

Dijangkakan dalam 10 tahun akan datang, wanita akan memperkasakan kedudukan mereka dan bakal menguasai 2/3 kekayaan konsumer (consumer wealth). Ketika ini, wanita telah memastikan 85% keputusan pemrbelian, lebih dari 50% pembelian untuk produk khusus bagi kaum lelaki, termasuklah pembelian kenderaan, produk penambahbaikan rumah dan juga barangan elektronik!

Wanita dan Perniagaan? 


Tetapi sebenarnya, 91% dari wanita telah mengatakan pengiklan masih lagi tidak mampu menguasai mereka!

Menguasai keperluan kaum hawa merupakan sumber utama pengiklan jika mereka ingin sentiasa berada dihadapan dalam perniagaan. Kali ini kita berkongsi hampir 30 statistik, khusus dari kaum hawa, bagi membantu peniaga mahupun pengiklan untuk menguasai keperluan perniagaan ketika ini.

Kuasa Pembelian

  1. Di negara maju seperti AS, kaum hawa bakal beroleh perolehan sekali ganda lebih dari lelaki pada tahun 2028 akan datang.
  2. Lebih dari 50% kekayaan persendirian adalah dimiliki oleh wanita.
  3. Ketika ini, lebih 51% dari pemilik syer market (stock) dimiliki oleh wanita.

Kuasa Perbelanjaan

  1. 85% dati wanita telah dikesan membuat perbelanjaan/pembelian barangan konsumer termasuklah kenderaan dan produk kesihatan.
  2. Lebih 80% kaum hawa merupakan pembuat keputusan dalam penjagaan kesihatan dan 68 peratus pula adalah pembuat keputusan pembelian kenderaan.
  3. Lebih dari 75% dari wanita telah dikesan merupakan pembeli utama bagi barangan asas rumah.
  4. Pada tahun 2007, wanita adalah pembeli barangan elektronik terbanyak sehingga mencecah 90 Billion.
  5. Hampir 50% wanita cenderung kepada produk kitar semula, dengan lebih 37% kaum hawa lebih mementingkan jenama sesuatu produk kitar semula berbanding keperluan penjagaan alam.

ekonomi wanita ibu tunggal
GIRL Power?

Wanita dan Kenderaan

  1. Wanita telah memberi inspirasi utama dalam pembelian kenderaan sehingga mencecah 80% dari jumlah keseluruhan belian kenderaan di US.
  2. Sebanyak 65% dari konsumer wanita memerlukan perkhidmatan servis kenderaan mereka dijalankan di premis dealer kenderaan tersebut.
  3. Kaum hawa telah berbelanja lebih 200 Billion USD untuk kenderaan baru termasuk pembaikan kenderaan setiap tahun. 

wanita dan niaga on-line
MOM Power?

Kuasa Suri Rumah (Mom Super Power)


  1. Suri rumah sebenarnya memiliki lebih 2.4 Trillion USD di syer market.
  2. Lebih 55% suri rumah adalah pengguna laman sosial setiap hari dan mereka telah mengaku membuat pembelian atas talian melalui rekomen penulisan dari bahan bacaan on-line.
  3. Sebenarnya, hampir 18.3 Million suri rumah pengguna internet membaca sekurangnya satu blog setiap bulan.
  4. Dianggarkan pada tahun 2014, 63% ataupun hampir 21 Million suri rumah akan membaca Blog.
  5. Suri rumah akan berkongsi sesebah jenama sekurangnya 73 kali setiap minggu, berbanding 53 kali disebut /dikongsi oleh kaum adam.
  6. Hanya 14% kaum wanita akan sanggup membuat review sesebuah jenama mahupun produk yang mereka tidak sukakan (boycott)
  7. 90% suri rumah gemar berada di atas talian (on-line) berbanding 76% dari wanita secara keseluruhan.
  8. Lebih 64% dari suri rumah akan memnta bantuan atau nasihat sebelum membuat pembelian. Dan 63% dari golongan mereka merupakan sumber rujukan terbaik jika mempunyai sebarang persoalan.


Wanita Atas Talian (On-Line)

  1. Sejak dari tahun 2000 lagi wanita adalah pengguna internet terbanyak berbanding lelaki.
  2. Lebih 75% pengguna wanita menggunakan internet untuk pencarian informasi produk sebelum pembelian.
  3. Lebih 33% kaum hawa menggunakan maklumat di internet sebelum membuat pembelian offline.
  4. Lebih 58% pembelian secara on-line adalah dari kaum hawa.
  5. 22% wanita shopping on-line setip hari!
  6. Lebih 92% kaum hawa berkongsi informasi berkenaan pembelian terbaik dan berbaloi sesama mereka..
  7. Purata bilangan senarai contact di handfon milik wanita adalah sebanyak 171 orang.
  8. Lebih 76% wanita ingin menjadi sebahagian dari pembuat keputusan dalam satu organisasi.
  9. Lebih 58% dari kaum wanita sanggup memilih gajet elektronik dari memiliki sebuah televisyen
  10. 11% dari wanita pula sanggup melepaskan televisyen mereka dari memiliki sebuah laptop.

transformasi ekonomi wanita
Kejayaan niaga transformasi ekonomi wanita

Kini wanita lebih mudah berniaga atas talian. Hanya dengan Blogger Blogspot boleh bina laman kedai on-line profesional tanpa meng-kod! Layarai http://blogrcart-white2.blogspot.com untuk muaturun percuma.

Nota Penulis: 


Patutlah lebih 80% dari pertanyaan jualan on-line dan tingkat taraf kedai online serta Blog store kepada kami adalah terdiri dari kaum wanita/hawa. Mereka juga dari berbagai latarbelakanag sama ada dari pelajar universiti, pelajar sekolah, eksekutif syarikat, ibu tunggal dan ibu tinggal, suri rumah dan juga working moms.

Ternyata mereka berjaya dengan mengukuhkan ekonomi mereka menjalankan perniagaan offline mahupun on-line seperti pemilik blog store ini. Tahniah! 

Sememangnya, golongan Hawa kini menjadi tunjang utama ekonomi. Adakah statistik ini menjadi sumber inspirasi manifesto Akur Janji Barisan Nasional dalam kempen pilahanraya PRU13 kali ini? Ataupun satu strategi kukuh bagi menawan peng-undi wanita demi memastikan kesinambungan penubuhan transformasi kerajaan baru?  Kita lihat keputusannya kelak...


You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.