Contoh Saiz Baju Kedai On-Line Maklumat Penting Pengguna

@ written .Wednesday, March 13, 2013   

Contoh Saiz Baju Kedai On-Line Maklumat Penting Pengguna
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Sambungan kepada kekurangan serta kelemahan pendekataan perniagaan usahawan internet kita di Malaysia, terutamnya kepada uahawan dropship, affiliate marketing mahupun penjualan sesuatu produk. Kali ini, bersama kongsikan perincian produk dan kaedah memberikan maklumat yang relevan bagi produk anda kepada bakal pembeli/pelawat.


Secara umumnya, trend pemilik/usahawan internet khusus dalam industri tekstil (butik dan pakaian) lebih menonjolkan imej dan sedikit sahaja maklumat mengenai sesuatu produk. Ini sebenarnya membebankan bakal pembeli/pengguna di kedai on-line anda kerana mereka memerlukan maklumat semaksimum yang boleh .

Bukan sekadar imej/gambar yang cantik (dan di photoshop kan), malah segala perincian berkenaan sesuatu produk di kedai on-line/blogshop anda haruslah dipaparkan.  Segala maklumat berkenaan produk itu hendaklah senang dicapai oleh pelawat/pembeli di blogshop anda serta mudah difahami.

Oleh itu kami kongsikan beberapa data yang selalu diguna pakai oleh pihak kami (dan rakan-rakan) bagi memudahkan perincian dan jualan di kedai on-line anda. Terima kasih kepada http://www.mdtextile.com kerana mereka banyak memberi sokongan lebih-lebih lagi membantu menaikkan industri tekstil di negara kita.

Contoh perincian maklumat produk kami khususkan perniagaan on-line industri tekstil (pakaian) sebagai rujukan. Ini kerana, usahawan internet (terutama dropship) cenderung  menjalankan perniagaan berbentuk sebegini dan diharap maklumat diberikan dapat menambah nilai kedai on-line anda.

Maklumat Perincian Produk Tekstil Anda


Berikut adalah beberapa maklumat penting dan perlu ada di perincian produk pakaian/tekstil anda. Jika di platform blog, perincian diwujudkan melalui post pages seperti digunakan pada tema blogshop ini. Bagi laman e-dagang pula, akan membina laman pages tersendiri, berasaskan sistem pengurusan konten yang diguna pakai.

Oleh itu, perincian utama yang harus dipaparkan adalah seperti berikut:-

Harga Produk

Pastikan harga dipaparkan dengan terang dan dominan. Ia bagi menarik perhatian pelawat terhadap produk anda (imej) dan memberikan rasa ingin tahu dan mengujakan. jika imej menarik ditambah dengan harga yang berpatutan, tidak mustahil pelanggan/pelawat anda akan membeli.

Nama Produk

Nama produk mestilah dengan jelas dan bukannya setakat no. kod dan rujukan sahaja. Ini adalah kerana, jika anda inginkan pelanggan yang relevan ke kedai anda melalui enjin carian, nama yang unik (berdasakan nama produk tersbut) akan dipaparkan di enjin carian. Ini adalah kerana nomber dan kod bukannya menjadi carian oleh pengguna di enjin carian!

Availability (Kebolehcapaian)

Pengguna ingin mudah mengetahui bahawa anda mempunyai stok atau tidak. Maklumlah, kebanyakkan kedai on-line/blogshop tidak di update malah ada di kalangan blogshop/kedai on-line yang masih memaparkan produk yang 3-4 tahun yang lalu!

Saiz di Dalam Pegangan

Kepelbagain saiz adalah bagi memberikan alternatif/pilihan untuk bakal pelanggan anda. Namun, kebanyakan pemilik kedai on-line/blogshop hanya menyatakan senarai saiz sahaja tanpa perincian mengenai ukuran, jenis fabrik, jumlah helaian benang seinci (thread per inch) dan sebagainya.

Anda boleh rujuk imej dibawah sebagai panduan untuk perincian blogshop/kedai on-line anda.

Perincian Sesuatu Produk

Disini barulah terangkan secara detail produk tersebut, apa kelebihan, siapa pernah memakai (kajian kes kepenggunaan), pernahkah menerima sebarang anugerah dan sebagainya. Disini juga anda terangkan kelebihan produk tersebut, lebih baik lagi, dari kacamata anda sendiri. Ini bagi menunjukkan bahawa produk itu wujud dan pengguna boleh mendapatkan maklumat asas sebelum membeli. Dan ia juga bertujuan bagi mengelakkan dari pelawat/pengguna mencari data di laman yang lain.

Maklumat Tambahan

Bagi produk-produk yang memerlukan lebih perincian (detailing) disini anda terangkan selengkapnya. Contoh terbaik seperti perincian unik produk tersebut atau imej detailing produk. Oleh itu, secara lengkapnya, anda hanya memerlukan satu sahaja muka laman untuk menerangkan keseluruhan maklumat produk anda  supaya pengguna/pelawat tidak beralih ke pautan yang lain.

Pastikan imej dan kenyataan perincian adalah seragam dan unik, dimana penyusunan serta tat atur dan tat-rias memberikan lebih keterujaan terhadap sesuatu produk.

Imej yang cantik dan jelas dipertontonkan dan bukannya sekadar "copy and paste" dari katalog sahaja. Ia akan memberikan kelebihan bagi blogshop/kedai on-line anda dari pesaing anda.

Contoh Rujukan Maklumat Saiz Produk Kedai-Online Tekstil


popularkan kedai on-line blogshop anda
Contoh saiz baju untuk Muslimah


blogshop dan kedai online maklumat penting
Contoh saiz baju berkolar (wanita)

cara bina maklumat produk kedai on-line blogshop
Contoh saiz baju t-shirt

Imej telah dimuaturun dengan kebenaran di http://www.mdtextile.com.

Dengan memaparkan perincian maklumat seperti diatas, maka bakal pembeli boleh merujuk saiz produk testil yang anda tawarkan. Pastikan anda nyatakan juga dengan jelas berkenaan kaitan produk tekstil anda dengan perincian diberikan supaya pengguna/pelawat tidak akan rasa tertipu kelak.

Menjana Maklumat Perincian Berulang di Kedai On-Line


Dengan menggunakan platform blog, memaparkan imej dan maklumat secara automatik dan berulang adalah sangat mudah. Tidak semestinya anda perlu memuat-naik/menaip bagi setiap maklumat produk sebegini kerana sistem blog sudah lama berkemampuan untuk melaksankannya untuk anda. Anda boleh rujuk tutorial kedai online menggunakan platfrom Bloggers ini untuk mengetahui kaedah template digunakan di platform Blogger.

Gunakan kreativiti untuk menambah nilai kedai on-line/blogshop anda. Ini sangat penting kerana ia membezakan kedai on-line anda dengan yang lain. Ia juga memberikan pandangan bahawa anda serius dalam menjalankan perniagaan sebagai seorang usahawan.

Blogger (pemilik blog) kini sangat bermurah hati berkongsikan berbagai maklumat tambahan (serta tools) untuk membantu anda menjalankan perniagaan secara on-line. Biar pun separuh masa mahupun sebaliknya, kini lebih mudah mendapatkan informasi dan alat sokongan kedai on-line percuma bagi membangunkan perniagaan anda kelak.

Selamat memajukan perniaagan on-line anda serta sentiasa berikan pendekatan perniagaan yang lebih dinamik!

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.