Majukan Produk On-Line dengan TYNT Publisher Tool Konten Niaga Relevan

@ written .Saturday, March 16, 2013   

Majukan Produk On-Line dengan TYNT Publisher Tool Konten Niaga Relevan
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
TYNT Publisher Tool adalah perkhidmatan percuma dan berbayar on-line untuk penulis/usahawan konten,  pemilik dan juga pengiklan. Baru-baru ini TYNT Publisher Tool telah dianugerahkan Digiday “Best Publishing Technology Innovation di majlis anugerah penerbit-penerbit digital 2013 Digiday Publishing Awards.

Kedai on-line dan TYNT Publisher Tool


Anuerah ini merupakan satu penghormatan kepada seluruh warga dan tenaga kerja di TYNT Publiser Tool dan menunjukkan pelaburan 33Across telah membuahkan hasil. Tujuan pelaburan tersebut, tidak lain adalah untuk memberikan perkhidmatan berstatus kelas dunia kepada penerbit-penerbit bahan digital serta pengiklan, menurut Greg Levitt , Pengurus Besar, Publisher Solutions.

Jika anda belum mengetahui apa itu TYNT Publisher Tool, anda boleh layari di tutorial dan penerangan lengkap perkhidmatan online tersebut.

Bagi kami, kami sangat berbangga dan teruja kerana kerjasama dan bantuan diberikan oleh TYNT Publisher Tool ini. Dan kini sudah mendapat tempat dikalangan pengguna internet. TYNT Publisher Tool telah banyak membantu kami menguruskan segala data dan keperluan untuk klien dan rakan-rakan kami terutamanya yang berniaga atas talian (perniagaan on-line dan usahawan blogshop).

Daftar dengan percuma di TYNT Publisher Tool untuk laman atau blog anda di pautan laman rasmi TYNT ini.

Bagaimana TYNT Publisher Tool Membantu Usahawan On-Line?


Majoriti pengguna TYNT Publisher Tool adalah pengiklan dan juga penulis konten. Perkidmatan ini, membantu dalam mengawasi konten anda (produk bagi peniaga on-line) yang telah anda terbitkan di internet. Dengan berbagai maklumat dan perincian disediakan oleh TYNT Publisher Tool, ia sangat membantu dalam menentukan keberkesanan konten/produk anda terbitkan. Seterusnya anda dapat membuat tindakan untuk memperoleh keputusan yang semaksimum yang boleh bagi konten/produk tersebut.

Sebagai contoh, bagi penulis konten, mereka boleh menentukan hala tuju konten tersebut supaya mendapat perhatian enjin carian. Bagi usahawan on-line pula, dapat mengkaji keberkesanan produk jualan mereka serta kemampuan produk tersebut terhadap pengguna dan banyak lagi.

Pemasangan kod dan data asas adalah sangat mudah dan pihak TYNT Publisher Tool telah menyediakan segala keperluan serta dilengkapi UI (User Interface) yang mesra dan mudah di fahami. Jika anda menjalankan perniagaan on-line, TYNT Publisher Tool ini dapat membantu dalam beberapa aspek seperti dibawah:-

  1. Meneiliti sejauh mana anda telah berkongsikan sesebuah produk/konten di laman sosial anda.
  2. Mengawasi konten dan produk anda akan kepenggunaannya oleh pengguna internet.
  3. Memberikan links percuma jika konten di laman anda telah di copy/paste oleh pengguna internet.
  4. Memberikan data secara "real-time" untuk anda menyemak akan pergerakan konten anda jika digunapakai oleh pengguna lain di internet.
  5. Kini, perkhidmtaan TYNT diperincikan kepada perkongsian konten/produk jualan anda di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
  6. Menunjukkan impak laman atau konten anda di enjin carian seperti jadual keberkeeanan kata kunci
  7. TYNT juga menunjukkan data jadual kedatangan pelawat ke laman anda dengan menggunakan kata-kunci di enjin carian.
  8. Dan banyak lagi...


Oleh itu, dengan adanya berbagai rujukan disediakan oleh TYNT Publisher Tool ini, pemilik laman dapat memberikan lebih tumpuan dan fiokus terutamanya dalam strategi pemasaran konten dan juga jualan produk (bagi kedai on-line).

Di samping itu juga, bagi kami, dengan adanya data-data tersebut, pihak kami dapat membuat rumusan kepada klien dan sahabat-sahabat kami akan langkah-langkah "ideal" dan rasional bagi memantapkan jualan mereka secara on-line. Antara hasil pendekatan ini anda boleh rujuk di kajian kes artikel kami berkenaan kemajuan blogshop perniagaan on-line ini tidak berapa lama dahulu.

Hasil penganugerahan kelas dunia kepada perkhidmatan on-line TYNT Publisher Tool ini, menurut Pengurus Besar Greg Leveitt lagi,  ini merupakan titik permulaan, kerana pada ketika ini, pihaknya sedang dalam proses pembangunan produk dan perkhidmatan tambahan khusus buat pemilik laman, penulis digital dan juga pengiklan. Dan pada keluaran kali ini, pihaknya bakal mengoptimakan lagi perkhidmatan mereka dengan laman sosial dan banyak lagi.
      
Beliau juga telah menyatakan penghargaan kepada semua pemilik laman yang menggunakan perkhidmatan TYNT Publisher Tool, kerana dengan kerjasama serta sokongan dari pengguna seperti kami, sebenarnya membantu dalam kemajuan dan pembangunan sistem perkhidmatan ini.

Semoga pemilik perniagaan on-line (usahawan on-line) dapat manfaatkan perkhidmatan amat berguna ini untuk mentransformasikan kedai on-line, produk jualan dan konten laman anda. Sekian.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.