Bloggers Mula Berniaga? Capaian Download Tema 2K Dalam 2 Hari

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Tidak syak lagi, kini, bloggers atau pemilik blog sudah mula menggunakan sepenuhnya perkhidmatan internet untuk memulakan perniagaan. Pihak kami tidak sangka dalam 2 hari dilancarkan, hampir 2000 capaian muaturun (download) dan rasanya statistik ini akan berterusan.

Sesuai dengan rekaan tema tersebut yang memberikan paparan galeri produk di laman utama (Home) dengan integrasi checkout memudahkan pelawat/pengguna di blogshop yang menggunakan tema ini. Desain unversal tersebut memudahkan anda untuk memulakan/menjalankan apa jua perniagaan dengan mudah dan bersistem, dari produk dropship, aksesori, pakaian, cenderamata (door gifts) malah untuk jejaka menjual gajet, aksesori kenderaan shingga ke e-book mahupun galeri buku.

Ditambah pula dengan integrasi mesra enjin carian (SEO) sedia pasang dan paparan pemuka laman yang sangat laju, kini pelanggan anda tidak akan beralih arah lagi! Anda boleh lihat beberapa kajian kes tema tersebut di artikel kajian themes blogger niaga ini.

Mengikut carta (pada tarikh dan waktu artikel ini diterbitkan), tema khusus untuk bloggers wanita mendahului tema blogshop untuk jejaka dan capaian sebegini belum pernah kami kecapi! Alhamdullilah, semoga dapat dimanfaat sepenuhnya memandangakan tingkat taraf tema tersebut jauh lebih mesra dari pemasangan versi sebelumnya. Di tambah pula dengan tutorial lengkap pemasangan yang juga lebih mudah dan mesra.

Skrin shot muaturun tema BlogShop terkini.

Untuk melihat demo tema My BlogShop Pro for Her di pautan ini.

Capaian demo My Blog Shop Pro for Him anda boleh lihat di pautan ini.

Untuk meneliti tingkat taraf lengkap tema percuma My BlogShop disini.

Melihat tutorial dan pengisian pemasangan My Blog Shop tema perniagaan blogger anda boleh terus ke pautan ini.

Untuk rujukan, setakat ini sangat minima pihak kami terima pertanyaan melalui e-mel, dan kami berharap segala persoalan dapat diperjelaskan melalui tutorial dan tips penggunaan tema kedai on-line yang kami terbitkan.

Pihak kami sentiasa mencuba memberikan bahan/sumber terbaik (secara percuma mahupun pun yang premium) sebagai sumbangan kami kepada komuniti khususnya usahawan bloggers di Malaysia.

Anda juga boleh melanggan update terkini tema niaga blog-shop (kedai online - percuma) secara eksklusif bagi memastikan blog perniagaan anda sentiasa relevan mengikut perkembangan semasa. Sila masukkan alamat e-mel anda dibawah dan update perkembangan terbaru akan dihantar terus kepada e-mel anda.


Semoga bantuan sebegini memberikan inspirasi kepada anda untuk terus memantapkan perkhidmatan kedai on-line - blogshop perniagaan internet anda.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!