Aplikasi Blog Anda Mudah Jana Pendapatan Lumayan Untuk Orang Lain

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Kali ini kita berkongskan bagaimana pemilik blog dan website lain boleh menjana pendapatan tanpa anda ketahui di blog/website anda sendiri. Berbagai cara dilakukan oleh orang bertanggungjawab mahupun yang tidak, dalam memperoleh duit melalui pautan pengiklanan, tanpa anda sedari/ketahui di laman blogger, blogspot wordpress mahupun platform blog yang lain.

Antaranya ialah "ad-links" atau iklan melalui pautan. Walaupun anda ketahui secara keseluruhan pautan yang disediakan di laman anda, namun sebenarnya pautan "ad-links", boleh dilakukan secara automatik oleh “orang luar” untuk kelebihan mereka. Antara contoh terbaik ialah melalui pemasangan Apps percuma dan berbayar di browser kegemaran anda.

Berhati Memasang Apps (aplikasi) untuk Browser Anda


Memang banyak pembina apps telah menggunakan kuasa tersebut dalam mencari sumber pendapatan lain di laman sesawang. Kebanyakkan dari Apps percuma diedarkan adalah kerana mereka sudi berkongsikan penggunaan aplikasi terkini untuk memudahkan pengguna di enjin carian.

Namun ada segelintir pembina aplikasi laman yang boleh menjana kod secara automatik untuk pautan iklan berbayar yang berpihak kepada mereka sendiri! Sebagai contoh, dengan membuka mana-mana laman dari komputer anda, kod skrip tambahan untuk pautan iklan akan terjana secara automatik tanpa disedari. Jika pengguna klik pautan tersebut, bayaran akan dibuat kepada pemilik akaun pengiklan brdaftar, iaitu pembina aplikasi yang di install tadi.

Contoh links berbayar dijana automatik oleh pembina Apps browser

Bukan untuk menidakkan sumber carian pendapatan lain untuk pembina-pembina aplikasi tersebut, namun, anda harus berhati-hati dalam memilih pemasangan applikasi yang bersesuaian untuk browser enjin carian kegemaran anda. Pautan iklan memang menjana pendapatan yang lumayan sehingga mencecah USD500 seminggu, jika menggunakan kaedah sebetulnya. 

Bagi mengelakkan orang lain memperoileh keuntungan, berikut adalah langkah yang boleh anda digunakan ketika mencari aplikasi browser anda:-

  1. Membaca secara menyeluruh penggunaan aplikasi yang bakal anda install. 
  2. Membaca segala kritikan/review/ciomments terhadap aplikasi percuma/berbayar tersebut.
  3. Membaca dan memahami segala terma dan syarat yang diterbitkan oleh pembina laman tersebut.
  4. Membuat selidikan melalui enjin carian berkenaan penggunaan aplikasi tersebut serta pandangan dari pengguna sebelumnya. 
  5. Melihat rating yang dikeluarkan oleh sistem browser enjin carian untuk mengetahui “kepercayaan” aplikasi yang bakal dimuaturun/pasang.
  6. Memeriksa secara menyeluruh segala pautan di laman pembina aplikasi tersebut untuk mengetahui serba sedikit informasi yang berguna.
  7. Menghantar e-mail kepada pembina laman untuk bertanyakan soalan relevan berkenaan aplikasi tersebut. Jika tiada jawapan – gunakan opsyen aplikasi yang lain.

Oleh itu, berhati jika memilih aplikasi percuma/berbayar untuk browser enjin carian kegemaran anda. Walaupun kejadian begini bukannya terbaru, dan belum lagi dihukum oleh enjin carian utama, namun adalah lebih baik “beringat sebelum terkena”. Pada artikel akan datang kami akan kongsikan bagaimana untuk mengesan aplikasi dipasang di browser yang menjanakan pautan berbayar tidak dinigini untuk rujukan anda.

Jika anda masih ingin menggunakan aplikasi tambahan browser tersebut, selalunya, buatlah sumbangan "donation" seperti tertera di laman pembina apps itu. Namun adalah lebih baik, mendapat seberapa banyak informasi yang khususnya datang dari pembina apps itu sendiri untuk rujukan dan kemudahan anda kelak.

Adakah pembina aplikasi untuk browser enjin carian menyalah-gunakan “kepercayaan” mereka ataupun mereka ingin mencari alternatif lain dalam mencari sumber pendapatan bagi pembangunan aplikasi mereka itu? Apa pendapat anda?
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!