Kod Bidang Baru MOF Syarikat-Syarikat Bermutu Diutama

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Pemilik syarikat dan Firma Perunding berdaftar dengan MOF Kementerian Kewangan Malaysia telah pun mengetahui perubahan pada senarai kod bidang. Penguatkuasaan senarai kod bidang baru yang telah dikuatkuasakan pada 17 Jun 2012 melibatkan kesemua syarikat dan firma perunding yang berdaftar.

Oleh itu berdasarkan penguatkuasaan pembaharuan senarai kod bidang MOF tersebut, mulai dari tarikh diatas, kod bidang LAMA Firma Perunding dan syarikat ditamatkan. Pihak Kementerian Kewangan Malaysia MOF juga telah membuat penambahbaikan dengan menambah peraturan bagi pendaftaran dan pembaharuan syarikat antaranya:-

Pembaharuan pada Syarat-Syarat Pendaftaran Syarikat


Pendaftaran Pembaharuan


Menghadkan kepada 30 bidang sahaja bagi satu syarikat.

Bagi mana-mana syarikat yang mempunyai bidang yang melebihi dari 30, bidang-bidang tersebut akan kekal sementara apabila kod bidang baru dikuatkuasakan. Lebihan bidang akan hanya disekat apabila syarikat memohon permohonan pembaharuan.

Kategori Bidang Pendaftaran


Senarai kategori bidang diperincikan seperti berikut: -

  • Kod bidang yang dibenarkan beroperasi dari rumah kediaman.
  • Bidang Khas bertaraf Bumiputera 51%.
  • Bidang Khas berstatus Bumiputera 100%.
  • Bidang Khas Bengkel/Limbungan
Lesen yang diperlukan bagi maksud Pendaftaran kontraktor di MOF.


Perubahan Syarat Permohonan Untuk Taraf Bumiputera


Permohonan taraf Bumiputera tidak dibenarkan dipohon bersekali dengan pendaftaran baru/pembaharuan.
 

Perubahan pada Syarat Pembaharuan Syarikat dengan MOF


  1. Pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja status permohonan tertera "Menunggu Pembayaran". Jika pembayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, permohonan pendaftaran terbatal secara atas  talian.
  2. Permohonan Tambah Bidang adalah permohonan untuk menambah bidang bagi syarikat yang telah berdaftar dan masih sah laku. Tambahan Kod  bidang tidak akan dipertimbangkan jika dibuat dalam tempoh  tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran semasa.
  3. Syarikat yang telah didaftarkan bertanggungjawab untuk mengemasklni maklumat secara atas talian sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam tempoh  21 hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku. Seklranya gagal, MOF boleh membatalkan pendaftaran atau mengambil lainlain tindakan seperti di SPP 6/2010.
  4. MOF akan membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan secara automatik maklumatbsyarikat dari sistem ePerolehan sekiranya syarikat tidak membuat pembaharuan dalam tempoh satub(1) tahun dari tarikh tamat pendaftaran.
  5. Premis perniagaan tidak dibenarkan beroperasi menggunakan alamat pejabat maya (On-Line), Peti Pos (P.O.Box),  mailing box office services dan lain-lain premis di mana kesahihan dan keupayaan syarikat sukar ditentukan.    

Notis penambahbaikan syarat pendaftaran dan pembaharuan bagi syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan boleh dimuaturun di bahagian Pengumuman E-Perolehan ini.

Memuaturun Senarai penuh dan lengkqp Kod Bidang Baru untuk Syarikat di bahagian Pengumuman E-Perolehan ini.

Tambahan kepada penambahbaikan senarai kod bidang Kementerian Kewangan tersebut, terdapat beberapa kod bidang yang telah dihapuskan/tamatkan. Berikut adalah senarai kod bidang MOF Kementerian Kewangan yang telah dihapuskan:-

  1. PENGURUSAN PERAKAUNAN
  2. PENGURUSAN AUDIT
  3. PENGURUSAN LATIHAN
  4. PENGURUSAN KURSUS/SEMINAR DAN PENDIDIKAN
  5. PENGURUSAN PERHOTELAN
  6. PERHUBUNGAN AWAM
  7. REKACIPTA DAN PENGIKLANAN
  8. KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN KRAFTANGAN
  9. PERFILEMAN DOKUMENTARI
  10. PEMBANGUNAN PERTANIAN
  11. PENGURUSAN KUALITI
  12. PENGURUSAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI
  13. PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
  14. PENGURUSAN STATISTIK

Senarai penuh kod bidang MOF yang telah ditamatkan pada Jun 2012 boleh dimuat turun di Laman Pengumuan dan Notis Eperolehan ini.

Sehubungan dengan penambahbaikan Kementerian Kewangan MOF melalui sistem E-Perolehan, sejak 17 June 2012, Agensi-agensi kerajaan tidak lagi menggunakan senarai kod lama. Disamping itu, penguatkuasaan permohonan pendaftaran dan pembaharuan syarikat terbaru (seperti diatas) juga dilaksanakan

Didapati juga, banyak syarikat enterprise yang berdaftar dengan MOF Kementerian Kewangan masih belum mengemaskini sijil virtual terbaru mereka dengan kod bidang terkini. Ada juga pemilik syarikat telah menghantar dokumen tender dan sebutharga tanpa kemaskini tersebut dan mengakibatkan permohonan mereka gagal.

Oleh itu diharap pemilik syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan MOF supaya segera kemaskini sijil virtual pendaftaran perkhidmatan bekalan Kementerian Kewangan mereka. Agar ia tidak mendatangkan masalah ketika membuat permohonan dan penghantaran dokumen sokongan bagi tender dan sebutharga di bawah sistem E-Perolehan.

Anda boleh memuaturun senarai penuh pindaan kod bidang mengikut tajuk lama MOF Kementerian Kewangan dengan senarai kod bidang baru MOF di pautan muaturun disediakan MOF.

Anda juga boleh memuaturun senarai terkini kod bidang baru MOF yang telah dikuatkuasakan untuk semakan pihak pemilik syarikat disediakan oleh laman Eperolehan ini 

Semoga maklumat ini dapat melancarkan segala tugas dokumentasi dan penyediaan dokumen tender dan sebutharga syarikat anda. Sebarang pertanyaan mengenai penggunaan Kod-Kod Bidang baru boleh dibuat melalui panggilan telefon ke Pejabat Kementerian Kewangan di nombor 03-8882 3166, 03-8882 4339, 03-8882 3209 atau 03-8882 4341.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!