Mencuri Trafik Keyword Sensasi Panas Guna Frasa Kata Relevan

@ written .Wednesday, October 24, 2012   

Mencuri Trafik Keyword Sensasi Panas Guna Frasa Kata Relevan
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Ketika ini, ramai pemilik syarikat bersaiz kecil sederhana dan enterprise sudah mula menggunakan kuasa internet. Lebih-lebih lagi mengunakan enjin carian untuk mempelbagaikan perkhidmatan. Namun soalannya – “Aku ada banyak informasi dan konten untuk blog dan website syarikat, tapi aku tak tahu nak terbitkan apa?”

Jawapannya senang – “Tulislah apa berkaitan dengan perniagaan anda dan berguna untuk bakal pelanggan serta terbitkan semua prospek perniagaan anda yang mereka perlu tahu?” Huh???


Mencari Topik Membunuh "Killer Pages" Laman Anda


Memanglah menulis konten nampak sahaja mudah, cuma masalah yang sering dihadapi adalah cabaran untuk kekal fokus. Dan sebenarnya topik konten sebegini digelar konten paling berharga untuk perniagaan anda atau "killer pages".

Pada ketika ini, menulis secara kreatif bukan sahaja diperlukan, tetapi cabaran adalah untuk menulis secara kreatif dengan kebijaksanaan. Ya! Bijaksana dalam menentukan apakah prospek yang bakal digunakan oleh bakal pelanggan anda di enjin carian kelak.

Oleh itu, strategi konten adalah sangat penting bagi memajukan perniagaan anda di atas talian. Ia berdasarkan frasa kata kunci hasil carian yang paling berkuasa serta berkait dan relevan dengan perkhidmatan/produk bagi perniagaan anda.

Yang paling diutamakan dan harus bermula dengan langkah fundamental carian frasa kata "keyword phrases" yang cenderung mengikut dunia SEO dan SEM. Ia sebenarnya menentukan, apakah topik penulisan yang bakal anda terbitkan bagi mendapat perhatian di enjin carian dan seterusnya tambah nilai blog dan website perniagaan anda.

Dibawah ini merupakan beberapa titipan yang boleh dikongsikan dalam membantu sahabat-sahabat untuk mendapatkan topik konten untuk laman blog dan website dan boleh mendatangkan hasil.

SEO - Optimasi Enjin Carian
SEM - Pemasaran melalui Enjin Carian

Senaraikan 30-5 Kumpulan Frasa Kata


Pertama kali senaraikan 30-5 kumpulan frasa kata yang berkait dengan perniagaan anda. Anda boleh peroleh dari e-mel yang dihantar oleh klien anda ataupun komen dari pengunjung berikan. Jangan lupa asingkan pertanyaan yang relevan sahaja berdasarkan perkhidmatan/produk perniagaan anda.

Penggunaan Google Keyword Tool


Setelah selesai, senarai diatas akan dibawa ke Google Keyword Tool untuk mendapatkan frasa kata yang cenderung di enjin carian. Dari hasil Google Keyword Tool, mulalah untuk mencatit frasa kata yang mempunyai kadar volume yang tinggi. Bandingkan juga dengan frasa kata laman pesaing anda dari hasil carian keyword tersebut.

Kadar Volume Pesasing


Selalunya ketika menjalankan siasatan ini, senarai frasa kata anda akan digubah semula. Ini kerana ia berdasarkan keadaan sebenar dengan pesaing anda di enjin carian. Oleh itu, mulakan dengan frasa kata yang mempunyai volume yang rendah seperti contoh ini -“ e-book seo terbaru dan berkesan untuk website” dari mencari frasa yang lebih pendek seperti “ebook seo terbaik”. Kemungkinan, dengan frasa kata panjang itu akan menjadi “killer” untuk konten blog/website anda kelak.

Kajian Carian


Setelah anda membuat kemaskini senarai anda, mulalah untuk mencari senarai laman pesaing anda, mengikut frasa kata yang telah digubah sebelumnya. Jangan lupa untuk membuat ujian dengan log-in dan tanpa log-in dengan akaun enjin carian anda itu - kerana hasil carian memang akan mempunyai kelainan yang ketara.

Analisakan laman carian yang berada di ranking utama. Gunakan browser tool seperti  SEO Site Tools,  dan sebagainya untuk mengetahui serba sedikit kemajuan laman pesaing tersebut. Ini untuk mencari beberpa jawapan kenapa laman tersebut sangat relevan dengan enjin carian dan catitkan kemungkinannya.

Menggunakan browser tool sebegini sememangnya banyak membantu anda dalam membuat penganalisaan laman pesaing anda. Ini kerana ia memberikan data terkini diperoleh dari laman tersebut. Langkah terakhir, anda ambil konten pencabar tersebut dan jalankan di Google Keyword Tool untuk analisa frasa kata dengan URL pesaing anda itu.

Berdasarkan kesemua analisa itu, sekurangnya anda bolehlah mengumpul beberapa tajuk topik untuk laman dan blog perniagaan anda. Namun cabaran selepas itu, bagaimana ingin menerbitkan konten yang relevan dengan kajian frasa kata tadi secara berulang-ulang tanpa menjadikan ia sebagai pendua di blog dan website anda kelak?

Maka gunakan hasil bacaan dan rujukan dari Srcibd (sebagai contoh) dan sebagainya untuk mendapatkan konten yang hampir relevan dengan frasa kata yang anda peroleh tadi. Oleh tu, anda akan lebih fokus terhadap konten yang bakal anda terbitkan, memperoleh pelawat yang berkualiti dan bakal menjadi pelanggan anda.

Kaedah ini bukannya kaedah utama dalam mencari keserasian frasa kata dengan laman dan blog perniagaan anda di enjin carian. Sememangnya pakar-pakar SEO memang mempunyai berbagai lagi kaedah untuk mencapai tahap seperti disebutkan tadi.

Selalunya langkah sebegini di lakukan dalam membantu laman pemilik enterprise untuk lebih kompetitif di enjin carian. Maklumlah keterbukaan internet kini, jika digunakan sebaiknya memang dapat menambahkan pendapatan berlipat kali ganda.

Cuma, kaedah sebegini membuahkan hasil, sangat ketara dan berkesan, membantu menaikkan laman secara mendadak dan mendapat tempat di hati enjin carian. Tidak guna kita memperoleh 10,000 pelawat sehari jika 1% dari pelawat tersebut tidak berjaya menjadi pelanggan kita bukan? Pentingnya untuk sentiasa kekal relevan bagi optimakan hasil pendapatan dari enjin carian

Seterusnya kami akan kongsikan apakah kesannya apabila memperoleh pelawat berkualiti dan targeted dengan hasil ujian dengan advertising Nuffnang sahaja yang dilakukan tidak beberapa lama dahulu. Ini kerana kami terikat dengan rahsia klien dan pemilik laman dan berkemungkinan anda boleh lakukan jika anda berasa yakin boleh. Bukan sekadar untuk memperoleh pelanggan, malah menambah klik untuk iklan di blog/website anda.

Mungkinkah kaedah sebegini sebenarnya antara sebab-sebab kadar upah SEO dn SEM sangat tinggi dan adakalanya tidak dapat dinilaikan? Terima kasih memberikan pandangan. 

Oleh: Z. Ariffin, anda boleh ikuti beliau di mahupun dilaman blog beliau berkongsikan tips dan tutorial blogger.relevan.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.