Tynt Publisher Tools - Ayat Manis Imej Power Diciplak?

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Tynt-Publisher-Tools-drive-traffic-copy-contents-register-MoodSEO TYNT Publisher Tools? Imej dan tulisan power artikel post anda di ciplak dan di salin? Anda mempunyai masalah konten atau ayat-ayat power manis dan imej gambar personal anda telah di copy dan paste ke laman orang lain? Mungkin kita tidak perasan ataupun sengaja biarkan sahaja, maklumlah dunia internet ini luas dan fungsi internet pun adalah untuk berkongsi bukan? Namun, Tynt Publisher Tools dapat memberikan bantuan tambahan untuk anda, lebih-lebih lagi anda sebagai pemilik laman atau blog dan cenderung ke arah SEO-search engine optimisations untuk memajukan laman anda.

Apa itu Tynt Publisher Tools dan fungsinya? Tynt publisher tools ini adalah program alat on line percuma dan berbayar atas talian untuk mengesan data-data, kontens, ayat-ayat manis power mahupun imej anda di ciplak atau copy and paste oleh orang ketiga. Dan orang tersebut menggunakan semula kontens anda yang di salin itu untuk kegunaan laman/blog mereka tanpa memberikan kredit atau links kepada anda semula. Oleh itu dengan memasang skrip dan kod dari Tynt Publisher Tool, laman on line TYNT ini akan memberikan segala graf, metrik dan jadual berkenaan segala intipati konten laman blog anda jika ia disalin dan diguna semula oleh orang ketiga.

Contoh artikel, post dan ayat –ayat manis power diciplak (copy and paste)

Contoh artikel original yang ditulis oleh Team Irsah di http://blog.irsah.com/2012/08/apple-menang-samsung-bayar-1051-b.html – August 2012

Contoh kontens dan posting yang diciplak (duplicate) boleh dilihat di http://www.siakapkeli.com/2012/08/apple-menang-samsung-bayar-1051-b.htm. – 4 jam selepas artikel kami disiarkan. 

Perhatian: Pihak kami tidak menggalakkan melawat laman melaui links kedua tersebut, Sistem Premium Antivirus Avast Internet kami mengesan laman tersebut mempunyai malware. Harap maklum. 

Ketahui bagaimana duplicate contents dapat menghukum SEO laman website blog anda di http://irsah.com/seo-info/kaedah-teknik-seo-barjaya-tetapi-di-hukum/ dan bagaimana menghindarinya.

Kelebihan Tynt Publisher tools kepada SEO? Banyak kelebihannya, untuk jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek. Jika anda menitik beratkan karya anda sentiasa ingin relevan di enjin carian Google, Yahoo, Bing, Alta Vista dan sebagainya, alat (tools) di Tynt Publisher Tools ini akan membantu anda. Ini bermaksud anda boleh memberikan lebih tumpuan (target) terhadap apa yang pembaca dan pelawat mencari di laman anda supaya anda dapat fokus kontens artikel, post dan ayat-ayat power manis yang lebih relevan kepada mereka kelak. Oleh itu lebih relevan dan manis anda kepada pembaca, lebih cenderung ayat-ayat manis power anda dan jika anda berniaga on line, lebih mudah memperoleh habuan sewajarnya bukan?

Mempunyai 4 featur (tugasan) utama dalam satu akaun Percuma atau Berbayar di Tynt Publisher Tools iaitu:
  1. Tynt Keyword Analysis – memberikan analisa kata kunci atau keyword yang membawa pelawat ke laman dan blog anda secara real time dan semasa.
  2. Tynt SEO – Memberikan analisa links (inbound dan outbound) yang telah diperoleh secara semasa terhadap laman web page anda dan seterusnya membina links automatik untuk kontens dan artikel tersebut (copy and paste) kepada laman anda semula.
  3. Tynt Contents – Menganalisa segala kontens posts, tuisan imej, gambar, illustrasi dan artikel anda apabila ayat-ayat manis tersebut di ciplak (copy and paste) oleh orang ketiga dan seterusnya memperlihatkan arah dan halatuju ayat-ayat power tersebut dikongsikan secara real time (semasa).
  4. Tynt Social – Analisa lengkap pendedahan kontens dan posting anda apabila anda berkongsikan ke laman media sosial seperti facebook, tweeter dan sebagainya. Anda boleh melihat secara real-time bagaimana kontens dan posting anda disharekan melalui media social dari masa kesemasa.
    *** Jadual perkembangan laman website dan blog anda akan dinilai analisa tersebut secara harian, mingguan dan bulanan oleh Tynt Publisher Tools terus ke e-mel anda dan analisa tersebut adalah secara semasa (real-time). Anda tidak perlu untuk log-in ke laman Tynt untuk melihat laporan penggunaan kontens anda dan boleh dilihat melalui e-mel sahaja melainkan melihat perincian penuh yang diperlukan.

Tynt-Publisher-Tools-bantu-SEO-laman-blog-anda-real-time-semasa-recommend-tutorial-daftar-akaun-percuma


Kelebihan Tynt Publisher Tools untuk laman anda

  • Analisa keyword yang membawa pelawat kepada laman dan blog anda secara real time (semasa)
  • Analisa kontens anda yang telah disalin semula (copy and paste) dan memberikan metrik dan jadual kemana kontens anda telah di salin semula itu.
  • Analisa keseimbangan links SEO l;aman anda secara real time (semasa) links keluar dan masuk (inbound dan outbound links) untuk bertindak mengikut perkembangan semasa.
  • Anda boleh secara strategik mengkecilkan (target) pelawat ke laman atau blog anda untuk mendapatkan pelawat yang berkualiti dan seterusnya mengurangkan bounce rate laman/blog anda.
  • Menambah nilai target pelawat anda dalam memastikan anda menggunakan kelebihan ayat-ayat manis anda untuk “menjual”(bisnis dan affiliate)
  • Banyak lagi kelebihan Tynt Publisher Tools dan anda boleh baca di laman yang dikupas dari pakar-pakar SEO oleh administrator kami.

Cara mendaftar di laman Tynt Publisher Tools

  1. Anda boleh pergi ke laman ini untuk menbaca dan mengetahui langkah-langkah lengkap dan mudah mendaftar secara PERCUMA dengan laman Tynt Publisher Tools bagi blog dan laman website anda. Atau anda boleh terus ke llinks ini untuk mendaftar secara percuma domain, website ataupun blog anda di Tynt Publisher Tool Sign Up Page.
  2. Isikan segala keterangan yang diperlukan, seperti diminta Tynt Publisher Tools sign in form termasuk data untuk laman dan website anda.
  3. Kemudian anda akan diberikan skrip kod khas untuk laman anda supaya Tynt Publisher Tools dapat berinteraksi dengan laman anda. Kod dan skrip tersebut diletakkan diantara < head> “skrip kod dari Tynt Publishing tool “</head> di tema blog anda ataupun skrip laman website anda. Pastikan anda telah back-up dahulu template anda sebelum memasang kod dari Tynt Publisher Tool sebagai langkah keselamatan. Perincian meletakkan kod Tynt ke laman blogger anda boleh diperoleh di http://www.tynt.com/support/installation-guides 
  4. Setelah anda selamat mendaftar laman dan web anda, anda boleh menggubah log-in dan kata laluan akaun anda di Tynt Publisher Tool disini Tynt Publisher Tools Dashboard serta boleh memasukkan sejumlah laman tambahan kepunyaan anda.
OK? Mudah bukan. setelah siap anda boleh melihat di dashboard akaun anda di Tynt Publisher Tool senarai domain/blog/website yang anda daftarkan. Selalunya berfungsi sepenuhnya 2 jam setelah memasukkan kod tersebut atau berdasarkan berapa cepat laman website dan blog anda di “crawl” oleh robot search engine. Tynt Publisher Tools akan menghantar e-mel kepada anda setelah berjaya mengesan kod tersebut dan segala laporan dari Tynt Publisher berkenaan SEO, kontens diciplak, ayat-ayat power manis dicedok, links terbaru terbentuk, links terbaru ke laman anda, sejauh mana artikel anda dikongsi ke laman media sosial dan sebaginya dari masa kesemasa.



Pihak kami sendiri menggunakan Tynt Publisher Tool sejak bermula operasi blog dan website dan ini merupakan tool yang sungguh berkuasa dan memberikan impak men-strategikan penulisan artikel kami. Dengan rekod dan jadual disediakan oleh Tynt Publisher Tool ini secara real-time, memudahkan tugasan Team Irsah memperoleh klien untuk job review dan advertorial. Mungkin anda tidak perasan artikel mana yang sebenarnya adalah tugasan mahupun perkongsian dari kami bukan? Oleh itu, Tools dari tynt Publisher ini kami di manfaat sepenuhnya dalam menyakinkan klien dan bakal klien kami. Satu perkongsian berkuasa yang didedahkan secara eksklusif oleh pakar-pakar SEO tempatan dan luar negara. Selamat mencuba. -  irsah indesign.

Nota kaki: Oleh kerana website dan blog kami dikawal selia oleh Tynt Publisher Tool, kami tidak mengarahkan Google menghukum laman artikel pendua tersebut, malah membiarkan sahaja. Ini kerana, Tynt Publkisher Tools akan menjana links yang berbalik ke laman asal kontens dan menambah nilai artikel kami di enjin carian. Anda boleh melihat kesannya artikel kami mengikut kata kunci di enjin carian. Lagi lama disiarkan, lagi banyak links laman kami diperoleh, lagi banyak info disharekan, maka SEO mudah untuk laman kami. Pendedahan tips SEO untuk anda secara eksklusif.

Anda boleh rujuk tutorial penuh mendaftar dan menggunakan sepenuhnya Tynt Publisher Tools untuk SEO di laman ini.

Tips SEO: Kebanyakan enjin carian termasuk Google menghukum artikel pendua (duplicate contents). Namun begitu pada dasarnya artikel mahupun post pertama di-indeks oleh mana-mana enjin carian dikira sebagai artikel dan kontens original. Oleh itu, laman webpage anda, jika di-indeks terdahulu, akan dikategorikan sebagai artikel post original dan penyalin (copy and paste) akan dikira sebagai pendua (duplicate). - sumber Google Webmaster
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!