Syarikat Saman Google Kerana Slogan Pada Nexus 7 Diteruskan?

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Market Street Press Google akan diteruskan? Ini adalah gara-gara, penggunaan slogan “the playground is open” yang digunakan Google pada slogan tablet Nexus 7. Menurut keterangan, slogan diguna Google tersebut sebenarnya telah pun dipakai oleh syarikat Market Street Press sejak dari tahun 2008 lagi.



Sebelum ini, heboh dikatakan kemungkinan Google akan disaman berkaitan tablet Nexus 7. Namun, ketika ini, kes telah pun difailkan dimahkamah, menyatakan kesahihan tuntutan tersebut. Jumlah tuntutan dan gantirugi belum dinyatakan lagi dari kedua-dua belah pihak. 

Siapa syarikat Market Street Press? Ia adalah sebuah syarikat menjual barangan pelbagai seperti deskpads, puzzle cubes, anak kunci USB, kiosk untuk jualan tablet. Syarikat Market Street Press telah menuduh Google melanggar cap dagangan dan mengakibatkan sebuah persaingan tidak adil serta berat sebelah.

Mengikut dokumen mahkamah yang difailkan, ia menjelaskan Market Street Press menggunakan slogan tersebut sejak tahun 2008, namun syarikat itu membuat permohonan pengesahan dagangan pada awal tahun ini sahaja. Menurut syarikat itu lagi, slogan “the playground is open” yang digunakan Google pada Nexus 7, bakal mengelirukan pelanggan serta pengguna dan berkemungkinan akan mengaitkan dengan syarikat di kemudian hari.


Mereka (Market Street Press) membenarkan Google, sebelum ini, penggunaan slogan “overwhelm and swamp”, kerana Google adalah sebuah syarikat besar, dipetik artikel Media Post News. Ketika ini, syarikat Market Street Press ini sedang membuat injuksi mahkamah terhadap Google dan menuntut ganti rugi khas dan am.

Tiada sebarang maklum balas dikemukakan dari pihak Google, selain dari keterangan bahawa pihak Google belum lagi melihat fail tuntutan dikemukakan. Kes ini telah difailkan minggu lepas di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Tengah Carolina Utara.

Adakah satu lagi keputuusan mahkamah yang akan menyebelahi syarikat besar? Ataupun permohonan saman Google di mahkamah Amerika Syarikat ini akan berlanjutan seperti kejadian kuasa besar peralatan telekomunikasi dunia, ? Apakah sudah menjadi trend saman menyaman pula diantara syarikat gergasi? Apa pula pendapat anda?

Sumber: SiteProNews.Com

New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!