10 Blog Paling Popular Malaysia Dinilai MyBloggerTricks

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Diolah Semula Oleh: Irsah Imihar
Artikel Asal: 

Kali ini menyenaraikan 10 blog paling berpengaruh dan popular Malaysia bagi 1/2 tahun 2012 yang telah dipostkan oleh pemilik antara 5 blog berpengaruh Google. Siapa tidak kenal MyBloggerTricks (MBT). Jika anda belum singgah di blog beliau, memang banyak pengetahuan asas dan teknikal berkenaan dunia blog harus dibaca.


Kenapa pilih senarai dari MyBloggerTricks? Selalunya kita dengar senarai dari Mashable dan Technocrunch yang sangat berpengaruh. Namun kita dengar pula pendapat dari kalangan blogger “tegar” luar negara yang sangat rendah diri tetapi mempunyai kualiti blog yang menakjubkan. Mempunyai rangkaian sosialnya yang berpengaruh, berkemungkinan itu juga, menjadikan blog MyBloggerTricks disenarai Top 5 berpengaruh oleh Google.

Kaedah Penilaian MyBloggerTricks

Pendekatan beliau untuk menyenaraikan 10 blog paling berpengaruh dan popular Malaysia adalah secara kajian ranking, teknikaliti dan data-data seperti pengaruh dan interaksi pelawat. Selain dari itu, kaedah penilaian lain termasuk, Rank Alexa, PageRank Google, interaktif pengunjung dan pelawat, interaktif followers, dan juga asas rating dari Tehnorati sepanjang 180 hari yang lalu, juga diambil kira. Menurut beliau, memang sukar untuk menilai blog berbahasa Melayu kerana bukan bahasanya, namun beliau telah mengambil semua aspek keperluan bagi menentukan keberkesanan terutamanya kepada pembaca.

Pemilik MyBloggerTricks.Com juga merupakan konsultan bertauliah SEO terkenal dan berpengaruh. Laman blog beliau banyak berkongsikan idea dan teknik-teknik blog terkini untuk tujuan persendirian mahupaun untuk menjalankan perniagaan on-line. Beliau juga menjalankan berbagai seminar dan kelas khas bagi berkongsikan teknik dan teknologi dunia maya serta internet. Tips dan panduan kelebihan dan strategi dalam mengaturkan sebuah laman terbaik di enjin carian juga banyak dikongsikan.

Kenapa kami menyenaraikan untuk anda? Kerana kami kagum dengan usaha beliau (pemilik MyBloggerTricks) dalam melihat mutu dan pembangunan dunia blog Malaysia walaupun beliau tidak berasal dari sini. Disamping itu, tujuan senarai adalah untuk memberikan informasi terkini kepada blogger tempatan. MyBloggerTricks adalah blogger tegar seperti anda, dan lebih mengujakan, senarai ini datangnya dari antara 5 blogger berpengaruh disenarai Google, khas untuk pembaca dan blogger Malaysia.

Senarai 10 Blog Paling Popular dan Berpengaruh Malaysia

Top 10 Blog malaysia HongKiat.Com
1. HONGKIAT – Tidak perlu diperkenalkan lagi. Merupakan blog tekhnologi terkenal, bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Dengan kepelbagaian pendekatan dunia blog dan pembinaan laman sesawang, tidak hairanlah HongKiat disenarai di tempat pertama.

Top 10 Berpengaruh Malaysia BeauitifulNara
2. BEAUTIFULNARA – Nama pun agak mengujakan. Menurut beliau, ia lebih kepada blog personal padat dengan pengunjung dan pembaca. Tidak hairanlah blog ini menerima anugerah Asia-Pasific Nuffnang Award 2011 dan Best Entertainment Blog January 2012. Menurut beliau lagi, blog ini mempunyai rangkaian pembaca terbesar dan itulah sebabnya beliau senaraikan secara peribadi di #1 blog pilihan Malaysia.

Top 10 news Malaysia MyNewsHub
3. MYNEWSHUB – Blog berita semasa paling popular samada di dunia artikel/posting mahupun laman sosial Facebook. Mempunyai rangkaian pengikut dalam dunia media sosial yang banyak sekali di Malaysia dan luar negara.

Top 10 Blog malaysia PaulTan.Org
4.PAULTAN – Tidak asing lagi. Blog rujukan automotif pailing popular dan berpengaruh di Malaysia dan juga rujukan pembaca antarabangsa. Mempunyai pengikut rangkaian terbesar disamping olahan posting yang mempunyai imej dan gambar yang sungguh mengujakan.

Top 10 Social Sharing Blog Says.Com
5. SAYS -  Blog ini sebenarnya pusat menyebarkan berita semasa dan terkini tempatan dan luar negara. Dari berita lifestyle, sosial, politik dan kehidupan seharian. Namun, ia juga rujukan bagi para blogger dan pengguna dalam menambah pendapatan melalui aktiviti social sharing dijalankan. Aktiviti social sharing Says sangat mengujakan sehingga ada blogger memperoleh pendapatan yang agak lumayan

Top 10 Malaysia Blog Free Blogger Platform BlogSerius
6. BLOG SERIUS – Blog paling cool dalam platform percuma menyampaikan berita dan lifestyle semasa termasuk dunia teknologi tempatan dan luar negara.

Top 10 Blogger Malaysia Denaihati.Com
7. DENAIHATI -  Mempunyai niche pelbagai dari tekhnologi sehingga isu semasa. Beliau agak hairan bagaimana pemilik blog melaksanakan sebuah blog dengan niche berbagai begitu berjaya sekali. Denaihati telah mencapai ranking terbaik dengan trafik yang menakjubkan. Beliau juga berasa blog ini akan mencapai tahap yang lebih tinggi dalam dunia blog di masa akan datang.

Top 10 Blog Teknologi Amanz.My
8. AMANZ – Tidak asing dengan dunia teknologi semasa dalam dan luar negara. Tempat tumpuan pencinta gajet dalam mendalami isu dunia teknologi masa kini.

Top 10 Blog Seleberiti OhBulan.Com
9. OHBULAN – Pengisian artikel lebih kepada berita artis, filem, selebriti artis tempatan dan luar negara. Mempunyai sebuah tapak peminat yang sangat besar di Malaysia. Dan jika laman yang sangat "viral" sebegini, beliau juga hairan bagaimana pemilik-pemilik blog mengendalikan blog tersebut.

Top 10 Parenting and Cooking Blog Malaysia MyResepi
10. MYRESEPI – Hah. Siapa kata niche blog kurang sambutan boleh jadi popular? Tidak semestinya dengan niche masakan dan isu parenting semasa boleh mendapat peminat yang begitu ramai sekali. Ketika artikel dirulis, kedudukan blog ini berada pada 36000 ++ dan kemajuan blog ini amat membanggakan. Sesungguhnya pada beliau, banyak informasi terbaru boleh diperoleh dari blog “memasak” tersebut.

Sesungguhnya anda boleh mengkaji bagaimana senarai dikeluarkan oleh blog paling berpengaruh Google, seperti MyBloggerTricks.Com, demi meningkatkan iktizam serta mutu untuk terus ber-blogging. Dunia maya ini sangat luas dan anda boleh menggunakan kelebihan dunia blog serta laman sosial media dalam berbagai kaedah dan yang paling penting ialah "be creative" - irsah indesign

Sumber:

New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!