AVG Antivirus 2013 - Perlindungan Serangan Bekas Kekasih

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.

Perlindungan Antivirus Maksimum Data dan Fail Komputer Enterprise dan Persendirian Anda

Download percuma AVG Antivirus 2013 dari fail repository AVG muaturun percuma dan free
AVG Antivirus 2013 download percuma setanding perisian anti virus Premium? Yea, kini anda boleh peroleh sistem pengesan virus terbaru dan terkini, malware, spyware dan segala serangan marabahaya di internet secara percuma dengan AVG untuk laptop serta komputer bisnis, enterprise, dan persendirian anda.

Perisian ini bukannya produk muaturun cetak rompak, ayat manis atau hack penuh dengan kata kunci. Perisian AVG Antivirus 2013 ini adalah terus dari sistem fail repisitory AVG yang boleh di download secara percuma. Tiada bayaran dikenakan.

Memang agak sukar mencari sistem perisian Antivirus yang menepati citarasa dan kehendak pengguna internet berstatus percuma. Adakalanya anda dikehendaki membeli kod kunci untuk memperoleh perisian antivirus secara sepenuhnya. Ada juga perisian antivirus mengikut jangkamasa ditetapkan sahaja Namun, AVG telah mengumumkan perisian terbaru mereka iaitu AVG Antivirus 2013, yang boleh muaturun secara percuma dan penuh.


Apa kata pengguna tegar dan pakar perisian mengenai AVG Antivirus 2013


AVG Antivirus 2013 download percuma ini merupakan perisian paling popular di kalangan pengguna internet. Ketika ini, berjuta-juta pengguna menggunakan program perisian antivirus AVG 2013 berdasarkan kredibiliti pembina perisian yang sudah bertahun lamanya.

Anda juga sedia maklum, terdapat banayak perisian anti-virus dipasaran yang boleh di muaturun secara percuma, Namun seperti biasa, yang terbaik adalah sistem antivirus yang berbayar, manakala yang kurang memuaskan dan melambatkan sistem komputer anda adalah yang percuma bukan?

Anda boleh membaca artikel dan informasi dari pakar dalam bahasa Inggers disini, mengenai sistem perisian Antivirus AVG 2013 secara perinci dan penuh.

Berita baik pengguna komputer sistem operasi Windows Vista, XP, 7 dan juga 8. Kini program AVG Antivirus 2013 boleh dimuaturun dan install terus ke perisian Windows komputer anda. Mudah dan cepat dan tanpa pengetahuan teknikal yang keterlelaluan.

Secara amnya, penambah baikan perisian anti-virus AVG Antivirus 2013 ini merangkumi keseluruhan sistem asal. Dari paparan pemuka (User Interface) sehingga ke program scan untuk komputer anda. Program terbaru dari AVG ini juga, setelah dicuba, tidak langsung membebankan komputer anda. Malah, sistem operasi anda tidak akan terganggu ketika membuat scan penuh tersebut. Disamping itu, berbagai featur terkini, seolah sebuah perisian berbayar (premium) yang boleh diperoleh dengan perisian anti-virus AVG ini.

AVG Antivirus 2013


Berikut adalah beberapa featur terkini untuk perisian AVG Antivirus 2013 yang boleh dimuaturun secara percuma dari sistem fail AVG:-


  1. Modul Email memeriksa segala mesej masuk ke e-mel anda termasuk serangan dari virus dan serangan dari penyangak internet yang ingin mengodam e-mel anda. Termasuklah mengesan kecurian identiti (identity theft).
  2. Sistem AVG Antivirus 2013 mempunyai “AVG Do Not Track” - merupakan featur untuk anda mengawal laman (website) yang memerlukan data anda ketika melawat sesuatu laman. Featur ini berganding bahu dengan Anti-Spyware and WiFi hacker-defeating technology, untuk memberikan kesan lebh berkuasa ketika pelayaran di internet secara terbuka. Contoh mengesan penyamun internet ingin mengidam anda seperti ini.
  3. AVG WiFi Guard merupakan pengesan dan memberitahu anda jika anda sering membuat sambungan secara terbuka menggunakan WIFI. AVG WiFi Guard akan memberitahu anda jika sistem komputer anda akan berhubung dengan aliran WIFI yang tidak pernah anda membuat sambungan sebelumnya sebagai langkah keselamatan sistem komputer anda.
  4. Di mod PC Analyzer, pengguna boleh memeriksa (scan) keseluruhan sistem dan network komputer anda termasuklah untuk mengesan registry errors, junk files, fragmentation errors dan invalid shortcuts.


Fungsi-fungsi lain yang boleh diperoleh dengan AVG Antivirus 2013:-

  • Fungsi automatic update yang tidak membebankan komputer anda. (Automatic update functions)
  • AVG Resident Shield, perlindungan semasa untuk dfail dan program yang anda bukakan.(real-time protection).
  • AVG E-mail Scanner, memeriksa dan melindungi e-mail anda.
  • AVG On-Demand Scanner, memberikan kelebihan kepada anda untuk membuat pengaturan berjadual terhadap komputer anda termasuk mengadakan ujian scan.
  • Virus Database Updates yang percuma secara sepanjang masa (lifetime of the product)
  • AVG Virus Vault - untuk memasukkan fail yang telah dikesan diserang virus, malware, spyware dan sebagainya. 
avg-antivirus-2013


Banyak lagi kelebihan AVG Antivirus 2013 yang hampir setanding dengan perisian antivirus berbayar (premium). Anda boleh baca dan mendapat maklumat lanjut AVG Antivirus 2013 di laman technology ini untuk pengetahuan lanjut.

Anda jua boleh muaturun secara terus dari sistem fail repository AVG di sediakan di bawah ini:-

> Download AVG Antivirus 2013 (32-bit) [118 MB] untuk Windows Vista, XP, 7 dan 8.

> Download AVG Antivirus 2013 (64-bit) [130 MB]  untuk Windows Vista, XP, 7 dan 8.

Disamping itu anda juga boleh mendalami penggunaan AVG Antivirus 2013 ini di laman Irsah.Com yang mengandungi segala aspek mengenai sistem perisian ini termasuk kelebihan dan perubahan nyata sistem kepada komputer anda kelak. Segala maklumat telah dikumpulkan dan berbagai sumber dan informasi technologi termasuk dari laman AVG dan dimudahkan untuk bahan rujukan anda. Semoga mendapat menfaat sewajarnya dari perkongsian ini. - irsah indesign.

Anda boleh mendapatkan perisian anti-virus alternatif AntiVirus Cloud secara percuma disini termasuk, review dan penggunaan perisian anti-virus tersebut bersama rujukan.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!