Strategi PLUS 2012 - Jadual Perjalanan Balik Kampung Raya

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.

Strategi Pihak PLUS Sediakan Sempena TTA - Cadang dan Rancang Perjalanan Balik Kampung Hari Raya 2012 Anda

PLUS telah mengumumkan Jadual Cadangan Perjalanan Balik Kampung Hari Raya 2012 Aidilfitri 1433H. Pihak PLUS telah komited dalam cabaran memberikan langkah-langkah awal untuk memastikan jadual perjalanan anda lebih selesa dan selamat di kesemua rangkaian lebuhraya mereka.

Eyriqazz Vs Denaihati Jadual perjalanan balik kampung hari raya PLUS 2012 dan rebet diskaun tol Aidilfitri


Ketika ini, PLUS lebih fokus dalam menyediakan strategi dalam agihan trafik termasuk Jadual Cadangan Perjalanan Balik Kampung Hari Raya PLUS 2012 supaya ia lebih berkesan, mesra pengguna dan lebih selamat ketika perjalanan balik kampung anda. Ia bersempena cuti Perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, menurut CEO PLUS, En. Mohammad Fuad Khusairi.

Travel Time Advisory (TTA) telah diumumkan pada 13/08/2012 disamping rebet dan diskaun tol pada hari-hari tertentu dalam masa yang sama. Tujuan TTA dan diskaun rebet tol khas untuk Hari Raya dan Hari Merdeka tahun ini adalah untuk mempromosikan kepada pengguna yang ingin pulang ke kampung bercuti hari raya supaya menggunakan waktu-waktu kurang sesak (off-peak) dan mengelakkan dari pengguna berada di lebuhraya PLUS pada waktu yang sama, menurut En. Fuad lagi.

Jadual penuh dan diskaun rebet tol cadangan perjalanan balik kampung, anda boleh diperoleh di: TTA PLUS - Cadangan Jadual Perjalanan Balik Kampung Hari Raya PLUS 2012

Strategy lain yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh Konsesi Lebuhraya PLUS ketika berlangsungnya Jadual Cadangan Perjalanan balik kampung 2012 Hari Raya Aidilfitri ini termasuklah:-

  1. Menghentikan semua kerja-kerja binaan dan selenggaraan diantara 16/08-27/08/2012 dan 30/08 - 02/09 2012.
  2. Penutupan sementara laluan tambah nilai kad (Reload lanes) di plaza tol.
  3. Menyediakan laluan Reload N Go di 25 buah Stesen Minyak di sepanjang Leburaya PLUS untuk memberikan kemudahan kepada pengguna dalam perjalanan balik kampung ketika jadual perjalanan Hari Raya dilangsungkan. Pengguna lebuhraya boleh menambah nilai Touch N Go dan PLUSMiles dalam masa yang sama diantara 17/08/2012 sehingga 07/09/2012.
  4. Tambahan 40% tenaga kerja sokongan disepanjang aliran Lebuhraya PLUS.
  5. Membuka lebih 1,500 kaunter tol di semua kawasan dan ia merupakan pertambahan sebanyak 50% dari laluan tol asal.
  6. Bekerjasama dengan pasukan RELA di kawasan plaza tol PLUS dan di kawasan rawat dan rehat untuk memastikan laluan trafik berjalan dengan lancar.
  7. Menambah petugas dan pasukan PLUSROnda sebanyak 15%.
  8. PLUS Monitoring Centre akan ditambahkan bilangan personnel dalam mengendalikan PLUSLine untuk membantu pengguna ketika dalam kecemasan sewaktu perjalanan balik kampung Hari Raya.
  9. Memberikan pengumuman semasa (update) keadaan laluan trafik di sepanjang Lebuhraya PLUS dengan kerjasama stesen-stesen Radio yang mengambil bahagian. Pengumuman semasa tersebut akan juga dipaparkan di electrionic boards di Lebuhraya PLUS sedia ada untuk rujukan pengguna.
  10. Bekerjasama dengan Pasukan Respons Kecemasan seperti Polis, BOMBA, St. John Ambulace, Bulan Sabit Merah dan JPA3 yang akan berada pada tahap siap sedia di 12 kawasan strategik yang telah ditentukan.
  11. Menyediakn kren kenderaan di 18 kawasan yang telah ditetapkan (kawasan strategik sahaja)
  12. Menyediakan minuman percuma di kawasan Rawat dan Rehat Lebuhraya PLUS terpilih sepanjang cadangan jadual perjalanan Hari Raya Aidilfitri 2012 dan waktu ditetapkan.
  13. Menyediakan akses dan kemudahan tandas sempurna dan selsesa di kesemua kawasan Rawat dan Rehat Lebuhraya PLUS untuk kemudahan pengguna disepamnjang perjalanan balik kampung Hari Raya.
Jadual penuh dan diskaun rebet tol cadangan perjalanan balik kampung, anda boleh diperoleh di: TTA PLUS - Cadangan Jadual Perjalanan Balik Kampung Hari Raya PLUS 2012

Nombor telefon penting dan harus di ingat semasa di Lebuhraya PLUS adalah PLUSLine 1800 88 0000. Anda boleh meyemak nombor kecemasan Lebuhraya PLUS dibelakang tiket tol anda kelak seperti biasa.

Jadilah pengguna yang bijak. Rancangkan jadual perjalanan dan cabaran Balik Kampung Hari Raya Anda seperti disediakan oleh konsesi Lebuhraya PLUS ini. Semoga ketemu orang tersayang di Hari Perayaan Aidilfitri 2012. - info komiti dan sosial irsah indesign

Sumber:  PLUS
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!