Saman Apple Vs Samsung - Hujah Peguam Keputusan Mahkamah

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.

Kemenangan Paten Saman Apple vs Samsung - Hampir Mutlak Berpihak Apple Inc. Pemilik iPhone dan iPad (gambar bukti prototaip)

Perkembangan situasi mahkamah dalam menentukan cabaran kes saman Apple  vs Samsung dari San Jose Amerika Syarikat dalam menentukan kemenangan hampir mutlak kepada syarikat Apple Inc. 

Latarbelakang kronologi kes saman paten Apple vs Samsung boleh diperoleh dan dibaca disini http://blog.irsah.com/2012/08/apple-menang-samsung-bayar-1051-b.html

Jumlah bayaran gantirugi yang dikenakan terhadap Samsung telah diputuskan bernilai USD 1.051 Billion (RM 3.5 Billion)

kes+saman+Apple+vs+Samsung, sekitar bicara kes saman Apple Samsung, Samsung arah bayar USD 1.051 billion gantirugi

Untuk memutuskan keputusan perbicaraan Apple vs Samsung, pihak Juri di Amerika Syarikat telah menghabiskan sepanjang bulan Ogos 2012, di Mahkamah Persekututan San Jose, hampir beberapa kilometer dari pejabat Apple Inc di Cupertino. 

Pihak Juri mahkamah telah mendengar segala hujah, testimoni dan memeriksa kesemua bahan bukti yang dikemukakan dari peguam kedua-dua belah pihak. 

Ia termasuk pemeriksaan tujuh (7) paten Apple, lima (5) paten Samsung dan jumlah gantirugi (claims).

Pihak Jury San Jose telah memeriksa dan meneliti lebih 100 mukasurat arahan guaman dari Hakim Mahkamah Persekutuan Lucy Koh pada 21 Ogos 2012, hasil dari mendengar hujah dan pembelaan kedua-dua pihak guaman Apple dan Samsung. 

Kedua-dua pihak guaman bagi Apple Vs Samsung mengambil masa lebih kurang 25 jam untuk menyampaikan hujah dalam perbicaraan termasuk mengemukakan bahan bukti berikut:-

  1. Perkongsian e-mail kedua-dua syarikat tersebut
  2. Testimoni dan rujukan dari designers (pereka bentuk) serta pakar berkaitan
  3. Menyediakan demonstratsi produk dan mockup (contoh bahan ujian/cubaan) Ada ketika hujahan guaman, pihak Jury bertanyakan kearah latarbelakang korporat syarikat gergasi Apple dan Samsung, termasuk margin keuntungan jualan iPhone dan hasil jumlah jualan produk telefon pintar Samsung di Amerika Syarikat (US).

kes saman Apple vs Samsung, Terbaru Apple menang kes saman, Samsung bayar RM 3.05 billion gantirugi
Ikhsan Techradar.Com - Gambar prototaip iPad Apple dikemukakan dalam kes saman Apple Inc dan Samsung

Dari awal perbicaraan, Apple telah merangka strategi yang lebih terarah terhadap bahan bukti kronologi peniruan paten Samsung pada telefon pintar mereka. 

Pihak guaman Apple juga telah mengemukakan e-mail dalaman Samsung yang mengandungi spesifikasi analisa telefon pintar iPhone. 

Oleh itu, pihak guaman Apple menuduh Samsung mengambil langkah mudah untuk meniru paten mereka kerana, pada ketika itu, Samsung tidak mampu untuk bersaing.

Bagi pihak Samsung pula, Apple tidak mempunyai hak mutlak dalam menentukan rekabentuk (desain) geometric seperti rekaan segitiga dan rekaan desain petak dengan penjuru bulat. 

Pihak guaman Samsung menyatakan bantahan Apple adalah “tidak masuk akal” dan jika Jury berpihak kepada Apple, maka akan mengurangkan pilihan saingan telefon pintar dipasaran.

  • Laporan tambahan dari mahkamah kes Apple vs Samsung oleh: Dan Levine, Poornima Gupta dan Edwin Chan.
  • Penulisan English di edit oleh: Bernard Orr, Jonathan Weber, Leslie Gevirtz, Gary Hill
  • Olahan Bahasa Malaysia oleh: Team Irsah
  • Sumber: Reuter.Com
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!