Saman Apple Vs Samsung - Hujah Peguam Keputusan Mahkamah

@ written .Saturday, October 27, 2012   

Saman Apple Vs Samsung - Hujah Peguam Keputusan Mahkamah
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!

Kemenangan Paten Saman Apple vs Samsung - Hampir Mutlak Berpihak Apple Inc. Pemilik iPhone dan iPad (gambar bukti prototaip)


Perkembangan situasi mahkamah dalam menentukan cabaran kes saman Apple  vs Samsung dari San Jose Amerika Syarikat dalam menentukan kemenangan hampir mutlak kepada syarikat Apple Inc. Latarbelakang kronologi kes saman paten Apple vs Samsung boleh diperoleh dan dibaca disini http://blog.irsah.com/2012/08/apple-menang-samsung-bayar-1051-b.html. Jumlah bayaran gantirugi yang dikenakan terhadap Samsung telah diputuskan bernilai USD 1.051 Billion (RM 3.5 Billion)

kes+saman+Apple+vs+Samsung, sekitar bicara kes saman Apple Samsung, Samsung arah bayar USD 1.051 billion gantirugi

Untuk memutuskan keputusan perbicaraan Apple vs Samsung, pihak Juri di Amerika Syarikat telah menghabiskan sepanjang bulan Ogos 2012, di Mahkamah Persekututan San Jose, hampir beberapa kilometer dari pejabat Apple Inc di Cupertino. Pihak Juri mahkamah telah mendengar segala hujah, testimoni dan memeriksa kesemua bahan bukti yang dikemukakan dari peguam kedua-dua belah pihak. Ia termasuk pemeriksaan tujuh (7) paten Apple, lima (5) paten Samsung dan jumlah gantirugi (claims).

Pihak Jury San Jose telah memeriksa dan meneliti lebih 100 mukasurat arahan guaman dari Hakim Mahkamah Persekutuan Lucy Koh pada 21 Ogos 2012, hasil dari mendengar hujah dan pembelaan kedua-dua pihak guaman Apple dan Samsung. Kedua-dua pihak guaman bagi Apple Vs Samsung mengambil masa lebih kurang 25 jam untuk menyampaikan hujah dalam perbicaraan termasuk mengemukakan bahan bukti berikut:-
  1. Perkongsian e-mail kedua-dua syarikat tersebut
  2. Testimoni dan rujukan dari designers (pereka bentuk) serta pakar berkaitan
  3. Menyediakan demonstratsi produk dan mockup (contoh bahan ujian/cubaan)
Ada ketika hujahan guaman, pihak Jury bertanyakan kearah latarbelakang korporat syarikat gergasi Apple dan Samsung, termasuk margin keuntungan jualan iPhone dan hasil jumlah jualan produk telefon pintar Samsung di Amerika Syarikat (US).

kes saman Apple vs Samsung, Terbaru Apple menang kes saman, Samsung bayar RM 3.05 billion gantirugi
Ikhsan Techradar.Com - Gambar prototaip iPad Apple dikemukakan dalam kes saman Apple Inc dan Samsung

Dari awal perbicaraan, Apple telah merangka strategi yang lebih terarah terhadap bahan bukti kronologi peniruan paten Samsung pada telefon pintar mereka. Pihak guaman Apple juga telah mengemukakan e-mail dalaman Samsung yang mengandungi spesifikasi analisa telefon pintar iPhone. Oleh itu, pihak guaman Apple menuduh Samsung mengambil langkah mudah untuk meniru paten mereka kerana, pada ketika itu, Samsung tidak mampu untuk bersaing.

Bagi pihak Samsung pula, Apple tidak mempunyai hak mutlak dalam menentukan rekabentuk (desain) geometric seperti rekaan segitiga dan rekaan desain petak dengan penjuru bulat. Pihak guaman Samsung menyatakan bantahan Apple adalah “tidak masuk akal” dan jika Jury berpihak kepada Apple, maka akan mengurangkan pilihan saingan telefon pintar dipasaran.

  • Laporan tambahan dari mahkamah kes Apple vs Samsung oleh:  Dan Levine, Poornima Gupta dan Edwin Chan.
  • Penulisan English di edit oleh: Bernard Orr, Jonathan Weber, Leslie Gevirtz, Gary Hill
  • Olahan Bahasa Malaysia oleh: Team Irsah
  • Sumber: Reuter.Com

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.