Pekerja Gomen Kantoi Shopping Curi Tulang - JPA

@ written .Saturday, August 11, 2012   

Pekerja Gomen Kantoi Shopping Curi Tulang - JPA
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Apa cerita? BH 11/8/2012 menyiarkan berita kakitangan awam, pekerja gomen kantoi curi tulang? Dilaporkan ramai pekerja gomen kakitangan penjawat awam di Putrajaya dan mungkin sekitar Malaysia dikesan ponteng kerja dan shopping membeli belah di kawasan sekitar tempat kerja pada waktu pejabat tanpa kebenaran. Lebih-lebih lagi, ketika di bulan Ramadhan dan sedang menghampiri Hari Raya Aidilfitri untuk membeli baju raya, kuih raya dan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri..

Hari Raya, baju raya, pasar raya, penjawat awam ponteng curi tulang laporan Berita Harian JPA, Pekerja Gomen kantoi shopping waktu kerja, penjawat awam kantoi tak cekap, pekerja gomen cekap ke, Apa alasan JPA, CUEPECS buat kerja ke, JPA memantau sahaja, JPA tak buat tindakan lagi
Gambar Hiasan, Bukan Penjawat Awam dimaksudkan JPA 

Menurut laporan dari Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, selain kompleks membeli belah dan pasar Aidilfitri, pekerja gomen kakitangan awam juga dikesan di pasar-pasar Ramadhan lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Dan pihak JPA juga meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai mereka dengan memastikan mendapat kebenaran untuk meninggalkan pejabat, lebih-lebih dalam waktu bekerja.

Berikut adalah sebahagian surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan (JPA):
Perlu patuh waktu bertugas Dalam surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Farida Mohd Ali kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan walaupun jumlah pegawai awam yang berbuat demikian makin berkurangan, ketua jabatan perlu mengingatkan pegawai supaya mematuhi waktu bertugas.
Surat itu menyatakan kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Kata-kata Datuk Farida Mohd. Ali juga dipetik:
“Baru-baru ini, JPA melakukan pemantauan terhadap pematuhan waktu bekerja penjawat awam di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat kerajaan dan mendapati masih ada segelintir penjawat awam tidak mematuhi perkara ini,” katanya.
Untuk rekod surat tersebut dikeluarkan bertarikh 30 Julai 2012.

Ironinya dari berita dan artikel dikeluarkan oleh Beritan Harian Laman Utama ini, pihak JPA membuat pemantauan sahaja? Atau ada juga membuat tindakan? Umum sedia maklum, baik masyarakat mahupun warga kerajaan dan pekerja gomen, memang setiap tahun perkara sebegini berlaku. Apakah tindakan yang telah pihak JPA lakukan? Jika benar membuat pemantauan, kenapa tidak terus mengambil keterangan penjawat awam tersebut, jika benar mereka telah pun membuat kesalahan (shopping dan sebagainya).

Pekerja gomen kantoi pinteng curi tulang, Penteng kerja gomen, kakitanagan penjawat awam ponteng selalu, Berita penjawat awam ponteng
Gambar Hiasan, Bukan Kakitangan Awam SPBA dimaksudkan.
Melalui laman web BH juga berbagai pendapat dari umum boleh diperoleh samada yang sokong mahupun bertentang habis-habisan isu tersebut. Sedia maklum, yang bertentang memanglah komen dari kakitangan awam bukan? Tetapi hakikatnya, bahagian mana kerja atau curi tulang yang jabatan tidak jalankan? Kakitangan JPA ke ataupun penjawat awam yang shopping di pasar Ramadhan dan shopping complex?

Sudah menjadi lumrah manusia, lebih-lebih lagi sebagai seorang pekerja, mesti ada sedikit curi tulang. Kalau tidak, bukannya pekerja namanya. Itu adalah lumrah alam manusia sistem bekerja, nama pun dibayar gaji. Memang betul tegur-menegur melalui memo dan surat. Namun begitu, apabila berita telah pun sampai ke meja media massa, panjanglah lagi ceritanya. Akibatnya, anda boleh lihat di laman Berita Harian ini. Media massa pun mengambil kesempatan untuk mengisi ruang kekosongan laman akhbar mereka dan akhirnya berbalah orang ramai dalam sistem komens. Dari pendapat komentar dengki, setuju, dan ada juga bersikap negetif  dan berbaur ancaman diperoleh dari penulisan artikel tersebut.

penjawat awam dikenakan tindakan ponteng kerja oleh JPA, tindakan JPA untuk pekerja gomen
Suka gambar Panda nih...
Kesimpulannya, cubalah renung sekejap, berita-berita yang memberikan faedah untuk ruangan laman utama dari memberikan berita sensasi dan dianggap leceh sebegini. Jika mengikut artikel, JPA telah menjalankan tugas mereka, tidak juga. Sebab setakat surat sahaja dan kononnya “pemantauan”, belum mencukupi. Masyarakat perlu kan facts (bukti) dan bukan setakat pemantaun semata-mata. Dah kepada pengomens artikel tersebut kami di sini mengucapkan syabas, kerana berjaya benci-membenci diantara satu sama lain. Cubalah sedikit membuka minda dan lihat apakah sebenar halatuju media massa tersebut. Janganlah kuat melenting atas berita dan fakta yag belum ada bukti yang benar-benar konkrit. (gambar dan sebagainya)

Nota Tambahan: Adakalanya meluat melihat dan mendengar berita swasta No. 1 Malaysia yang asyik menyiarkan berita pro baju biru yang mana baju kaler lain-lain seolah tidak diberi peluang langsung untuk memberi penjelasan (kadang-kadang tidak perlu pun). Harus di-ingat, strategi tersebut sebenarnya akan membakar diri sendiri, kerana dikalangan masyarakat kita yang boleh memilih, adalah lebih matang dan bukan seperti lalang ketika Hadari terdahulu. Tambahan lagi, pihak baju kaler-kaler lebih rapat dengan pemilih dengan caranya tersendiri dan tidak memerlukan media massa yang terlalu bias kepada satu pihak semata-mata. Percayalah sebab ia berlaku didepan mata kami. – irsah indesign 

Sumber: Berita Harian, Online, JPA

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.