Jom Follow Blog Mummy Untuk Amal Ramadhan EQQ

@ written .Thursday, August 02, 2012   

Jom Follow Blog Mummy Untuk Amal Ramadhan EQQ
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Salam Warga Enterprise. Sesunguhnya bulan Ramadhan ini membawa banyak keberkatan dan rahmat kepada semua umat manusia, tidak kira umur, pangkat, latarbelakang dan sebagainya. Kali ini posting istimewa kerana, Blog Mummy El Qashrin (SuperMom Malaysia) sedang menjalankan sebuah Projek Amal bertajuk "Projek Amal EQQ" untuk Rumah anak-anak yatim di kawasan rumah beliau. Membaca artikel beliau, kami rasa teruja untuk membantu, walaupun sebelum ini ada juga membuat kerjasama dengan Blog Mummy El Qashrin untuk urusan yang hampir sama.

Ini petikan dari posting Blog Mummy Qashrin:

Projek Amal ini adalah untuk membantu Anak-Anak Yatim Kampung Tersusun Bercham. Mummy terfikir untuk membantu Anak-Anak Yatim apabila Mummy menyertai Tadarus Al Quran tempoh hari di Masjid Asy-Syakirin berdekatan rumah Mummy bersama Qashrin. Anak-anak ini telah menghasilkan satu hasil kreativiti yang Mummy rasa ramai yang akan suka. Hasil kraf yang kreatif ini boleh dipakai guna untuk anak-anak reader and follower Mummy dan juga ia sesuai untuk buat “door gift” di majlis seperti Birthday, Baby Shower, Cukur Jambul dan lain-lain majlis bersesuaian. Semua hasil kraftangan ini boleh di custom-made mengikut citarasa pelanggan.

Jadi rasanya, Mummy ingin bantuan rakan-rakan semua untuk menhebahkan kepada seluruh blogsphere Malaysia dalam bersama-sama membantu golongan yang memerlukan. Pada pendapat kami, tujuan murni Blog Mummy El Qashrin ialah untuk menambahkan keyakinan anak-anak yatim dalam menghasilkan keraftangan yang lebih canggih dan menarik untuk diedarkan ke pasaran.. Dan Blog Mummy El-Qashrin dijadikan platform untuk mereka menghebahkan seberapa banyak yang mungkin, produk-produk yang dihasilkan dan bakal dikeluarkan oleh mereka sendiri. 

Untuk itu, Mummy Akmar (pemilik Blog Mummy El-Qashrin) ingin mengumpul seberapa ramai followers yang mungkin, bagi memudahkan saluran matlumat, meyakinkan anak-anak yatim bahawa mereka juga mempunyai potensi untuk memasarkan produk keraftangan mereka. Disamping itu, keraftangan Rumah Anak Anak Yatim tersebut dapat disebarkan kepada umum dengan lebih tersusun dan bersistem. Untuk rekod, kami sudah pun melihat hasil produk dari rumah anak yatim ini, berupa key-chain dan mereka sungguh kreatif dengan seni mereka sendiri (thanks Mummy Akmar).

Bagi kami di Team Irsah, sudah lama Follow blog Mummy (sejak template bunga-bunga lagi). Namun, jika tidak keberatan, readers Irsah Blog bolehlah berkunjung ke Blog Mummy Qashrin untuk Follow dan support hasrat Mummy Akmar dengan membuat post menyebarkan/menghebahkan projek ini bagi menyakinkan anak-anak yatim tersebut bahawa mereka juga mempunyai sokongan dan peluang untuk mendapat keistimewaan cahaya Ramadhan cara mereka tersendiri, melalui platform ini.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di links ke Blog Mummy El-Qashrin.Links ke posting Blog Mummy Qashrin untuk Projek Amal EQQ adalah ini http://elqashrinqaisara.blogspot.com/2012/08/segmen-jom-follow-blog-el-qashrin.html

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.