Gempar Kes Bunuh Kejam Sempena Aidilfitri Balik Pulau

@ written .Saturday, August 25, 2012   

Gempar Kes Bunuh Kejam Sempena Aidilfitri Balik Pulau
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!

Sekitar Kejadian Bunuh Kelar Leher Dalam Kesibukan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 di Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau Pulau Pinang


Dalam kesibukan kita menyambut cabaran Hari Raya Aidilfitri 2012, satu berita menggemparkan penduduk Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau, apabila menerima berita kejadian bunuh kelar leher secara kejam telah berlaku di kampung tersebut. Mangsa, dalam lingkungan umur 50-an, dijumpai di dalam rumah beliau dalam keadaan berikat dengan kesan kelar di leher dan berlumuran darah. Pihak polis telah mengesahkan mangsa bunuh kelar leher tersebut telah mati di tempat kejadian. Ketika ini, sepasukan Unit Forensik mempunyai cabaran dalam usaha membuat siasatan terperinci dan rapi termasuk mengenal pasti hubung kait motif pembunuhan.

gempar terbaru kes bunuh kelar leher mangsa kampung sungai pinang balik pulau, spekulasi motif bunuh persaingan perniagaan dn perebutan harta

Menurut sumber penduduk kampung Kg Sungai Pinang Balik Pulau, dipercayai, kejadian disedari oleh warga kampung pada jam 1030 pagi tadi (26/08/2012) ketika ada diantara mereka ingin melawat mangsa untuk berhari raya sempena sambutan Aidilfitri. Namun penduduk kampung tersebut gempar apabila menjumpai mangsa dirumah beliau dan mendapati mayat mangsa di dalam rumah, berkeadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah. Warga perihatin Kampung Sungai Pinang tersebut telah terus menghubungi Polis dan sepasukan Polis siasatan dan pasukan Forensik telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan awal mendapati tiada kesan-kesan pencerobohan di kawasan rumah mangsa. Namun hasil perolehan maklumat dari penduduk Kampung Sungai Pinang, spekulasi dan motif pembunuhan tersebut ada mempunyai unsur persaingan perniagaan sehingga ke perebutan harta di kalangan rakan niaga. Namun tiada berita konkrit yang boleh di sampaikan sehingga hasil siasatan penuh pasukan siasatan Polis dan Forensik Pulau Pinang yang bakal dilaporkan tidak lama lagi.

Menurut laman Facebook YB Muhammad Farid Saad, ADUN Pulau Betong, yang telah melawat ahli keluarga mangsa di kawasan tempat kejadian, beliau pula tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam rumah tersebut oleh pasukan Polis yang membuat siasatan. Beliau juga telah sempat berjumpa ahli keluarga mangsa bunuh kelar leher tersebut untuk mengetahui perkembangan lanjut kejadian. Menurut beliau, "apa sudah jadi dengan pertimbangan kewarasan si pelaku ... apapun kita kena berhati2 dlm kehidupan kita dan keluarga kita, senantiasa berwaspada.", kata-kata YB Farid Saad ditempat kejadian dan dipetik dari laman FB beliau.

Terkini mangsa bunuh dikelar leher kampung sungai pinang balik pulau dalam sambutan hari raya aidilfitri 2012
Gambar ikhsan YB M. Farid Saad, ADUN Pulau Betong ketika melawat tempat kejadian

Oleh itu, diminta warga kampung dan masyarakat majmuk Malaysia supaya lebih berhati-hati walaupun ketika menyambut hari perayaan. Sentiasa mengetahui perkembangan semasa ahli keluarga masing-masing dalam memastikan keselamatan mereka sentiasa dijamin. Kejadian bunuh kelar leher ini terjadi di kawasan kampung yang rata-ratanya mengenali antara satu sama lain, dan kebetulan pula sambutan Hari Raya Aidilfitri, masih lagi ada warga kota yang belum pulang untuk bekerja. Oleh itu, kejadian sebegini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah masyarakat kita sentiasa berwaspada dan mengambil berat segala bentuk yang mencurigakan disekitar kita. Insya-Allah segalanya akan selamat.

Ditulis Oleh: Mode Aswad, warga marhain Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang dan berada di tempat kejadian ketika kejadian bunuh disahkan oleh pasukan Polis membuat siasatan.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.