Top 4 Tema Blogspot Mesra SEO 2012

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam. Begitu sibuk minggu ini sehinggakan ingin menulis posting dan artikel secara automated pun tidak sempat. Comments dari rakan blogger kami balas waktu saat akhir. Alhamdulillah, dari masa ke samasa, sempat juga curi-curi membalas comments dari anda semua melalui mobil sahaja. Hari ini kami ingin berkongsi sedikit pertanyaan dari rakan blog-gers kami, melalui e-mail beliau, tema (themes) pilihan terbaik untuk platform Blogspot, yang paling sesuai dan mesra SEO secara asas (original templates) tanpa sebarang pengubahsuaian.


Berikut adalah Top 4 tema blogspot mesra SEO, yang telah diuji dan di review dari penghujung tahun 2011 sehingga Februari 2012, serta komen dari 26,1989 pengguna tema blogspot yang telah dijalankan oleh Digitalbunch dan Hack Tutors dari India. Hasil dari kaji selidik tersebut, 9 dari 10 pemilik laman yang mempunyai atau memakai tema disenaraikan mempunyai kelebihan mesra SEO (secara asas tanpa pengubahsuaian). Penilaian juga dibuat berdasarkan struktur rekabentuk framework, design works, struktur kod binaan dan juga elemen-elemen rekabentuk tata rias.

Top 4 Pilihan Terbaik Tema Blogspot Mesra SEO 2012.

Thesis Blogger Template.

Hasil dari survey tersebut, ramai pemilik blog dan pakar SEO berpendapat Tema Thesis sangat mesra kepada search engine. Antara keistimewaan yang dimiliki oleh tema Thesis ini adalah on page loading-nya adalah paling pantas sekali - menurut kajian dan penggunaan mereka.

Pengguna tema Thesis blog-ger juga senang untuk mengubahsuai strukturnya serta hanya memerlukan tweak sedikit untuk memastikan kedudukan terbaik di sistem enjin pencarian. Demo | Download.


Platinum Blogger Template


Tema tempat ke dua dipilih berdasarkan survey yang dijalankan. Tema Paltinum untuk blogspot ini mempunyai 2 column (main dan sidebar), header, footer dan navigation bar pada bahagian atas (main and secondary menu bars). Ada berpendapat on page loading bagi tema ini sangat lambat.

Tetapi menurut kajian, kecenderungan terhadap sistem pencarian search engine sangat mesra, cuma kekurangannya dari segi page speed sahaja. Demo | Download.


Flash News Blogger Template


Tema ini berasaskan rekabentuk berita ringkas (short news theme) yang digunakan bagi blog-ger yang sering meng-upload dan menulis berita-berita terkini setiap hari. Layout tema ini mempunyai 2 column (main dan sidebar), column, footer dan top navigation menu bar (utama) dan secondary menu dibawah main navigation tersebut. 

Pada keadaan asal tema ini, ia didatangkan dengan slide banner header yang mudah untuk diubahsuai bagi memaparkan featured posts pemilik laman. Walaupun mempunyai slider pada bahagian header, didapati tema ini juga sangat mesra SEO tanpa pengubahsuaian radikal terhadapnya. Demo | Download.


Sosial Eyes Blogger Template



Berlatarbelakang asas turqoiuse blue dan rekabentuk mempunyai 2 column, header, footer dan menu bar pada bahagian atas secara apungan. Keupayaan on page loadingnya kurang sedikit daripada Flash News Template oleh kerana penggunaan slider posts dan thumbnails pada bahagian atas main column. Ini berkemungkinan kenapa hasil survey memilih tema ini untuk kedudukan ke 4 pilihan mereka. Demo | Download.


Sekian sahaja perkongsian relevan meja Irsah Indesign untuk Top 4 Tema Blogspot Mesra SEO 2012.

Anda boleh melihat demo dan download secara PERCUMA tema blogspot tersebut untuk penggunaan sendiri melalui links disediakan.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!