Tender Sebutharga Kerja - Tips Illustrasi Gambaran 3D

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam Warga Enterprise. Hari ini kami ingin share kan sedikti tips bagaimana kami menggunakan kuasa illustrasi lukisan dan gambaran bagi kerja-kerja persiapan tender sebutharga. Mungkin ada yang sudah terbiasa dengan penggunaan software 3 dimensi (3D). Namun bagi kami sangat selesa menggunakan software SketchUp 8 Pro oleh Google (SketchUp). Kami menggunakan software ini sejak dari tahun 2007 lagi semasa ia dalam berkeadaan beta (trial) sehingga di-update sebanyak hampir 10 kali dan kini versi SketchUp Pro 8 pun menemui update terbaru.

Tender sebutharga, Tender dan Sebutharga, Tender, Sebutharga, Lukisan 3D, Illustrasi, 3D, Lukisan Tender, 3D software, SketchUp, Google SketchUp, SketchUp Pro 8, Photoshop, Kerkhythea, Kerkhythea rendering, rendering with sketchup, pelan tender, contoh lukisan tender


Bagi yang belum mengenali SketchUp Pro, ia adalah perisian berbayar dari Google untuk membuat rekabentuk dipanggil model (design) bangunan, logo, illustrasi dan sebagainya dalam bentuk 3 Dimensi (ada juga perisian percuma yang boleh di download dari Google - cuma tools perisian tersebut terhad). Bagi kami, software dari Google ini sangat mudah sekali pembelajaran dan rata-rata hanya akan mengambil masa 4 jam sahaja untuk memahirkan. Yea 4 jam! Banyak tutorial telah disediakan oleh Google untuk mempelajari teknik mudah dan tips menggunakan sofware ini. Tutorial tersebut anda boleh download untuk simpanan atau bookmark sahaja di akaun youtube anda.

Sebenarnya, SketchUp yang kami gunakan ini menjadi asas bagi kami menjalankan kerja-kerja binaan dan design, tidak kiralah dari rekabentuk bangunan sehingga ke kerja-kerja illustrasi. Kami sering mencari alternatif terbaik dalam menghasilkan output hasil bermutu dengan kadar berpatutan untuk klien-klien kami. Untuk itu, banyak faktor yang kami perlu ambil dalam memastikan bahawa hasil 3D tersebut berbaloi dengan jumlah jam kerja kami jalankan. Orang lama pun berkata masa itu emas bukan? Oleh itu kami sharekan tips-tips kami selalu lakukan bagi mendapatkan hasil kerja yang terbaik mengikut kadar upah yang bakal diserahkan.

Hasil Asas Google SketchUp 8 Pro.


Kebanyakan Associates dan Alliance kami menggunakan teknik sebegini untuk memuaskan bakal klien mereka. Teknik ini juga selalu diguna-pakai ketika membuat penghantaran dokumen sokongan tender dan sebutharga (jika diperlukan). Ada ketika hasil illustrasi 3D ini digunakan bagi memberikan keadaan hampir ke sebenar setelah diubah suai, dan kami mendapati, penghasilan asas dari SketchUp adalah memadai.

Dibawah adalah diantara contoh teknik menggunakan asas SketchUp tanpa menggunakan software yang lain. Hasilnya memadai bagi menunjukkan kepada klien anda secara kasar keadaan hampir sebenar bagi kerja ubahsuai, binaan bangunan dan sebagainya.

contoh lukisan tender, pelan lukisan tender, pelan tender, gambar tender, tender dan sebutharga, panduan tender, panduan sebutharga, tender, sebutharga

lukisan pelan tender, pelan lukisan tender, contoh pelan tender, gambar tender, tender dan sebutharga, panduan tender, panduan sebutharga, tender, sebutharga

Hasil kerja dari menggunakan SketchUp juga ada kebaikan dan kelemahan. Hasil output illustrasi sesuai digunakan untuk teknik superimpose bangunan dan objek besar. Contoh seperti dalam Google Earth - Gambaran 3D Road View. Pencahayaan juga terhad dengan cahaya luaran matahari sahaja boleh di aktifkan. Kurang sesuai bagi menjanakan gambaran interior atau ruang dalaman. tetapi dengan sedikit tweaks anda juga boleh menghasilkan sesuatu yang menarik. (seperti gambaran diatas) - projek ubahsuai pejabat di Putrajaya untuk KP2012

Hasil dari Google SketchUp dengan Kerkhythea (sistem rendering model)


Kerkhythea dibangunkan oleh software developer dari Greece, dan merupakan antara perisian renderer terpantas di dalam kelasnya untuk mencantikkan lagi model SketchUp anda. Ia bermaksud, hasil akhir model  SketchUp itu, anda boleh import ke software Kerkythea dan seterusnya Kerkhythea akan melaksanakan kerja-kerja detailing untuk model tersebut. Detailing termasuklah permukaan, pencahayaan, angle camera dan hasil akhir. Effect yang dijanakan adalah hampir serupa dengan keadaan sebenar jika di buat talaan secara terpeinci. Kebaikan Kerkhythea adalah, satu-satunya software percuma bagi meng-upgradekan model SketchUp anda dan anda boleh mendapatkan hasil tidak kurang dari 15 minit hingga 24 jam bagi satu kerja rendering yang bakal dijalankan.- Rendering bermaksud kerja-kerja tambahan dijanakan oleh komputer anda bagi menghasilkan sebuah model yang lebih realistik.

contoh lukisan tender, pelan lukisan tender, pelan tender, gambar tender, tender dan sebutharga, panduan tender, sebutharga, tender, lukisan 3D, sketchup, photoshop, illustrasi 3D


Contoh model illustrasi dihasilkan menggunakan software SketchUp dengan sistem rendering Kerkyhtea. Penghasilan diatas mengambil masa 45 minit untuk kerja-kerja rendering sahaja dan hasilnya seolah memperoleh gambaran realistik bagi sesuatu model anda. - projek DBKL 2010.

Hasil Google SketchUp dengan Photoshop atau CorelDraw.


Ini adalah teknik paling cepat kami jalankan apabila diarahkan membuat kerja-kerja illustrasi 3D. maklumlah, klien kami kebanyakannya entrepreneur dan berniaga dengan kerajaan, banyak faktor harus diambil nilai memandangkan bajet kos awalan. Oleh itu, dengan kaedah ini, sekurangnya kosnya tidak terlalu tinggi untuk menempahnya jika diperlukan, lagi-lagi atas request klien masing-masing.

lukisan tender, pelan lukisan tender, pelan tender, pelan lukisan, gambar tender, tender dan sebutharga, panduan tender, sebutharga, tender, lukisan 3D, sketchup, photoshop, illustrasi 3D

lukisan tender, pelan lukisan tender, pelan tender, pelan lukisan, gambar tender, tender dan sebutharga, panduan tender, sebutharga, tender, lukisan 3D, sketchup, photoshop, illustrasi 3D

Teknik Photoshop atau Corel draw, adalah seperti membuat superimpose kepada model anda. Teknik ini banyak menggunakan gambar (.jpeg, .png dsbnya) sebagai bahan tampalan bagi permukaan model dan keseluruhan illustrasi tersebut. Hasilnya boleh memberikan "wow" faktor kepada klien anda dan seterusnya memberikan sedikit kelebihan dari pesaing anda kelak terutamanya dalam proses pemilihan kontrak kerja. - Projek Interior Office Design Nakar Group of Companies- 2011 (atas) dan Pembinaan Surau Al-Mukmin, Bukit Cheras (bawah) 2009.

Ketika ini, kebanyakan Majlis Jawatankuasa Tempatan memerlukan lukisan 3 dimensi sebagai lukisan sokongan kepada lukisan teknikal (lukisan kerja bangunan). Ia diperlukan bagi memperoleh kebenaran bagi membina dan seterusnya melaksanakan kerja-kerja binaan bagi sesebuah projek. Namun begitu sekurangnya ia memberikan pemahaman anda berkenaan kerja-kerja illustrasi sebegini supaya anda memperoleh kepelbagaian dalam mencari bantuan untuk melaksanakan kerja-kerja ilustrasi tersebut. Dengan adanya software sebegini sebenarnya tidak memerlukan anda mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi sesebuah projek dan menghasilkan illustrasi seakan profesional.

Sebenarnya inilah antara rahsia bagaimana Associates dan Alliance kami memperoleh banyak kontrak kerja dari jabatan dan agensi kerajaan mahupun swasta. Memberikan kelebihan kepada syarikat-syarikat yang menyertai sebarang kerja dan hasil pemilihan syarikat tersebut sangat positif. Ia membawa impak, walaupun syarikat anda berstatus enterprise, namun hasil kerja dan presentasi syarikat anda adalah setaraf dengan syarikat-syarikat besar dengan adnya bantuan sebegini. Insya-Allah.

Sekian sahaja perkongsian relevan untuk Tender Sebutharga Kerja - Tips Illustrasi Gambaran.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!