MOF Kementerian Kewangan Lulus - Tahniah QNF Resources

@ written .Thursday, June 07, 2012   

MOF Kementerian Kewangan Lulus - Tahniah QNF Resources
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Tahniah QNF Resources kerana sijil MOF Kementerian Kewangan lulus dan syabas kepada Puan Najwa dan En. Saufi kerana berkat usaha dan kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai. Segalanya tidak akan berhasil jika tidak bekerja secara berkumpulan dan setelah menyiapkan semua dokumen diperlukan bagi ke-lulus-san sijil MOF Kementerian Kewangan, QNF Resources bolehlah menjalankan perkhidmatan dengan pihak kerajaan.

Tarikh lulus sijil Kementerian Kewangan MOF QNF Resources adalah bagi tahun 2012 sehingga 2015, iaitu selama 3 tahun. Oleh kerana pihak QNF Resources ingin menggunakan sistem E-Perolehan (seperti kami… hehehe) token USB EPXS yang digunakan bagi pembolehan sistem E-Perolehan tender dan sebutharga, akan tiba ke pejabat Tuan/Puan tidak lama lagi.

Sistem E Perolehan MOF Kementerian Kewangan CDC  menggunakan EPXS USB Drive
Source Image: E1 blog

Berapa harga terkini untuk memperoleh kelulusan sijil MOF Kementerian Kewangan dan token USB EPXS yang dikeluarjkan oleh Commerce Dot Com (CDC) bagi pembolehan sistem E Perolehan?

Untuk mengingatkan kita semua, harga masih lagi pada kadar yang sama cuma perbezaan sama pada pilihan kaedah anda untuk pembolehan dengan sistem E Perolehan. Kaedah yang biasa dan selalu dipinta pemilik syarikat untuk pembolehan menggunakan sistem atas talian –on line E Perolehan tersebut antaranya ialah:-
  1. Menggunakan smart-kad dengan cip serta card reader.
  2. Menggunakan cip sedia ada pada kad pengenalan dan card reader.
  3. Menggunakan token USB EPXS USB drive. 
Kaedah pembolehan MOF Kementerian Kewangan sistem E Perolehan antaranya ramai pemilik syarikat memilih kaedah No 3 kerana mudah, senang diselenggara dan perisiannya masih mempunyai update bagi komputer Windows anda. Jika anda ingin mengetahui masalah yang sering berlaku pada kad reader anda boleh membaca artikel:-

Kad pintar tak tukar ke token USB EPXS ?
E Perolehan masalah kad pintar dan cara mengatasinya ?

Berapa harga terkini 2012 bagi memperoleh sijil lulus MOF Kementerian Kewanagan? Masih tidak berubah, harga yang masih diguna pakai oleh pihak MOF Kementerian Kewangan adalah seperti berikut:-
  1. Sijil kelulusan kontraktor Perkhidmatan dan Bekalan Kerajaan yang dikeluarkan oleh MOF Kementerian Kewangan selama 3 tahun adalah berharga RM 450 bagi 3 tahun.
  2. Token USB EPXS thimdrive yang dikeluarkan oleh Comemerce Dot Com bagi pembolehan sistem on line E Perolehan selama 3 tahun bergarha RM199.
  3. Jumlah keseluruhan adalah RM649 bagi 3 tahun dan jumlah tersebut (masih lagi) termasuklah 10 kod bidang pilihan pemilik syarikat yang berkelayakan.
Perincian anda boleh peroleh dari laman E perolehan sendiri di home.eperolehan.gov.my  dan bantuan tambahan juga anda boleh gunakan khidmat atas talian telefon E Perolehan yang beroperasi selama 24 jam sehari.

Mungkin ramai sudah sedia maklum berkenaan pendaftaran dengan MOF Kementerian Kewangan dan bagaimana menggunakan perkhidmatannya dengan sebaik mungkin. Di harap anda boleh kongsikan pengalaman anda, dan mungkin manalakah tahu, pihak kami boleh link-kan dengan Associate dan Alliance kami yang rata-ratanya kontraktor pembekal dan perkhidmatan dengan berbagai agensi serta jabatan kerajaan yang bergiat sangat aktif dan berjaya.

Bagaimana mereka berjaya? Anda bolehlah bookmark blog kami kerana artikel yang kami terbitkan banyak berkait rapat dengan perkhidmatan dan bekalan kerjaan serta tugasan harian kami sebagai independent administrative service contarctor ( huih… susah benor nak sebut…). Kami ingin kongsikan pengalaman dan kaedah kaedah yang berjaya kami laksanakan khususnya bagi menjana serta membangunkan sesebuah perniagaan.

Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan Kementerian Kewangan MOF kaunter E Perolehan kerana telah memberikan kerjasama serta bantuan yang relevan. Syabas juga kepada pegawai E perolehan kerana memberikan kelulusan sijil MOF Kementerian Kewangan kepada QNF Resources dalam masa yang ditetapkan. Tahniah juga kerana masih mengekalkan prestasi perkhimatan terbaik dan dari kami di Irsah Indesign selaku Admin Support kepada QNF Resources, kami ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian dari meja Irsah Indesign untuk MOF Kementerian Kewangan Lulus Tahniah QNF Resources. Perkongsian perniagaan yang relevan.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.