Google Terbaik VS Bing Webmaster - Pilihan SEO Anda

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam Warga Enterprise. Google vs Bing SEO Tools - Pilihan Anda ? Satu persoalan setelah Bing Webmaster telah memperkenalkan perubahan terbaru pada sistem Bing Webmaster Tool mereka untuk para webmaster dan developer SEO serta pengguna sistem pencarian internet Bing.

Jika di bawa soalan ini ke Googlers, sudah tentu mereka memilih perisian percuma Webmaster dari Google. Tetapi, sebagai tips dan panduan hari ini, kami ingin menerangkan perubahan ketara pada sistem perisisan Bing Webmaster Tools yang baru diperkenalkan minggu lepas.
Webmaster tools user interface
Bing Webmaster secara ringkas

Bing adalah sebuah sistem pencarian atas talian Search Engine sama seperti Google dan sebenarnya mereka telah memberikan perkhidmatan Tools Webmaster kepada pengguna internet sejak awal tahun 2000 lagi. Untuk pendek kan cerita, setelah Yahoo secara rasminya 'membeli' Bing pada pertengahan November 2011, sistem pencarian Bing telah memulakan langkah untuk memperkenalkan berbagai perisian tools percuma Webmaster SEO untuk pengguna sistem pencarian internet mereka.

Sebenarnya memang banyak lagi sistem pencarian (search engine) yang berada dipasaran internet yang digunakan secara percuma, tetapi hari ini kita akan merungkai perubahan terkini pada Bing Webmaster Tools yang baru dilancarkan.

Perubahan UI (User Interface and Experience)

Bing Webmaster Tool telah memperkenalkan rekabentuk baru pada UI tools mereka dengan pendekatan lebih simple dan segar bagi membenarkan penggunanya menerima data-data diperlukan bagi laman yang mereka daftarkan.

Antara paparan terkini untuk UI Bing Webmaster Tools adalah statstik utama (key statistik) laman anda yang berdaftar, boleh peroleh secara custom dengan data range yang lebih tepat dan terperinci.

Link Explorer (fungsi Beta)

Anda boleh mendalami link kepada domain yang anda telah link-kan. Dan sebagai tambahan anda boleh melihat data deep-links sesebuah domain yang telah anda link-kan berserta destinasi link tersebut. Secara default, paparan akan menunjukkan link luaran dari domain anda ke laman web yang terkini tetapi anda boleh mengubah paparan default tersebut mengikut citarasa anda. Anda juga boleh mengubah point link domain tersebut secara mudah sehingga anda akan memperolehi inbound links kepada domain anda.

Penganalisa SEO Bing Baru

Tool perisian ini menggabungkan 15 teknik SEO terbaik yang digunakan oleh developer SEO. Tools ini boleh membuat imbasan mana-mana URL yang anda inginkan dan memperoleh keputusan lapaoran URL tersebut jika menggunakan teknik SEO yang terbaik. Tools ini juga boleh menjanakan laporan mingguan imbasan teknik SEO terbaik bagi URL yang anda telah setkan.

Lihat laman web anda seperti Bing Bot

Anda boleh melihat bagaimana web crawler Bing Bot, (adik beradik tiri belah saudara Google bot) melihat dan crawl laman anda supaya anda boleh menjalankan troubleshooting kepada laman web anda jika anda masalah peng-index-an.

Masalah canonical (www and non-www)

Bantuan dan masalah canonicial telah diaktifkan secara automatik kerana pihak Bing telah mengesan banyak laman web mempunyai  rel=canonical tags. Tool ini akan memberi amaran kepada anda jika didapati tag canoncial laman web anda mempunyai isu atau perubahan pada peng-indexan.

Ini sering berlaku apabila berlakunya peng-index-an secara tertumpu dimana search engine hanya menghalakan kepada laman web utama anda dan bukannya laman web yang berkaitan dengannya (pages lain). Isu ini kerap berlaku dan menyukarkan laman web anda di-index secara menyeluruh.

Jika ini berlaku, Bing Webmaster Tool akan memberi amaran dan anda boleh membaiki untuk mendapatkan peng-indexan maximum untuk laman web anda.

Keyword Research Tool

Kalau tak silap kami, tool ini diperkenalkan pada bulan March yang lepas dan setelah meneliti, ada sedikit perubahan pada tool ini setelah di-update-kan. Sebelum ini, anda hanya boleh melihat laporan bagi satu keyword atau patah perkataan sahaja. Tetapi kini, anda boleh meminta laporan mencari keyword atau patah perkataan secara bulk (multiple) dan di isi mengikut baris.

Kami juga melihat kepada penambaikan pada tool ini dimana key word search nya boleh diselaraskan mengikut negara yang anda pilih dan ia tersenarai di dalam tools tersebut.

Kesimpulan

Perubahan yang ketara ini boleh lah dianggap satu kemajuan yang drastik bagi Bing Webmaster Tool. Ini memandangakan Bing hanya memperoleh kurang 10% syer pengguna internet di seluruh dunia yang menggunakan perisian search engine mahupun Webmaster Tools jenama Bing. Google masih memegang syer pengguna perisian search engine yang mencecah hampir 70% dari syer pengguna internet diseluruh dunia.

Bagi Yahoo pula, mereka telah menamatkan sistem pencarian Yahoo Search Engine dan mengubah kepada Bing secara sepenuhnya dan dijangkakan akan berakhir sehingga penghujung tahun ini. Masih ada lagi perincian sistem pencarian Yahoo yang masih belum diselesaikan termasuklah pengalihan Webmaster Tool mereka yang terdahulu serta perpindahan pengguna-pengguna lama mereka.

Pada pendapat kami, walaupun tools sebegini percuma, gunakanlah secara berhemah. Jangan mula mengalah jika kali pertama menggunakan Bing Webmaster Tool ini. Lihatlah perubahannya dalam berbagai perspektif dan sudut supaya anda dapat gambaran inti pati serta penggunaan tools tersebut. Pilihlah tools yang serasi dan bersesuaian dengan tata-kerja anda untuk laman web anda.

Bagi kami, kedua-dua tools Webmaster ini kami gunakan bukan untuk memberikan pencapaian terbaik lamain web atau blog kami, tetapi untuk ujian, perbandingan dan peng-analisa-an laporan tools tersebut berikan. Kenapa kami menerbitkan artikel untuk Bing ini? Sudah tentu sebagai Tips Panduan SEO mudah hari ini sama seperti artikel kami berkenaan Alexa.

Jangan lupa submit artikel anda ke local direktori atau kepada Yahoo Bing sendiri. anda pasti melihat perubahan nyata bagi laman web anda. Kami sudah lakukan dan lihatlah hasilnya rank dan pencarian laman web kami yang hanya berumur 2 bulan 15 hari sahaja.

Untuk rekod, segala, penambah baikan yang dikesan oleh search engine untuk blog atau laman web, kami coretkan untuk di share bersama readers sebagai Tip Panduan SEO Mudah Hari ini diantara Bing Versus Google Webmaster Tool Pilihan Anda.

Sekian dari Meja Irsah Indesign.

Artikel berkaitan:

Google Penguin dan penipuan SEO
Rank Page anda Turun? Adakah kerana Penelati Google?
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!