Alexa Rank Pecah Telur Dalam 75 Hari

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam Warga Enterprise. Berita tebaik dari TO (Technical Officer) kami Mr. Aswad bahawa Irsah Blog telah mula dirank-kan Alexa dan pecah telur dalam 75 hari saja. Jika menurut Alexa, update dilaksanakan secara berkala setiap hari dan bulan, namun bagi sebuah blog seperti Irsah Blog pecah telur rank Alexa dalam 75 hari adalah satu pencapaian dan ujian yang memberangsangkan.

Ujian, strategi dan pengolahan telah banyak memainkan peranan dalam proses memecahkan telur rank Alexa dalam 75 hari. Segala tips dan panduan dari sahabat2 seperti shraqs dan denaihati sebenarnya memberikan inspirasi dalam wujudnya Irsah Blog pecah telur Alexa dalam 75 hari.

Irsah.com Site Info by Alexa


Memang sebenarnya apa dikatakan Matt Cutt (Google Pro), “content is king’ (sembang di laman Google Webmaster). Dalam apa juga pengolahan SEO yang dilaksanakan oleh sahabat2 bloggers mahupun developers web, keutamaan pengolahan SEO banyak ditekankan kepada content atau pengisian penulisan.

Kami di Irsah Blog bukannya untuk menempah nama seperti laman blog amanz.my, denaihati.com, dan yang lain2, yang ternyata jauh berada di arena dan kedudukan terbaik niche masing2, (tabik spring toing3), namun kami tetap fokus kepada target readers kami dan segala artikel, entri khusus buat usahawan2 dan bakal ahli perniagaan sebagai tempat rujukan disamping memberikan sedikit peluang dan pengetahuan bagaimana untuk meningkatkan perniagaan masing2 menggunakan alam siber.

Tidak dinafikan, internet dan alam maya menyajikan berbagai peluang dan keterbukaan untuk anda menjalankan perniagaan. Kami di Irsah Blog, ingin membuka mata dan hati Alliance dan Associates kami supaya mempraktikkan penggunaan internet dalam apa jua urusan termasuklah pengurusan harian perniagaan masing2. Ini bagi membolehkan mereka sealiran dengan kemajuan pembangunan ICT negara yang merangkumi segala aspek, bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan gajet dan peralatan ICT semata2.

Kisah Alexa Rank

Kenapa Alexa rank dan apa tujuannya memang sudah tidak asing lagi bagi sahabat pena yang banyak berkongsikan warkah untuk santapan mata. Tidak salah untuk mengingatkan semula, Alexa merupakan satu petunjuk laluan trafik pengunjung ke laman web anda atau blog anda dan di updatekan setiap jam sehari secara berkala dalam tempoh 3 bulan.

Cara rank Alexa juga berbeza dimana, rank anda adalah sebenarnya berdasarkan pembangunan kebolehcapaian laman web atau blog di alam maya (internet) terhadap pengunjung yang melawati laman anda. Ia diukur berdasarkan pembangunan pelawat ke laman web dalam jangkamasa 3 bulan dibanding dengan laman web yang lain yang berada di dunia maya. Oleh itu ia boleh dijadikan garis panduan bagi pemilik laman web untuk melihat kemajuan laman mereka serta tahap kebolehcapaian.

Berapa jumlah sebenar laman web yang aktif di internet. Itu masih lagi tiada jawapan. Dijangkakan jumlahnya mencecah beratus juta laman. Untuk rekod, jka Alexa dijadikan panduan kerana sistemnya yang di-update setiap jam, bagi domain irsah [dot] com, hari pertama domain itu telah berada live pada bulan Mac 2012, rank kami di Alexa adalah 26,000,000++ (sampai tak ingat berapa jumlahnya) dan domain tersebut tidak memperoleh rank bagi Alexa Malaysia kerana tiada rekod pembangunan kebolehcapaian laman web irsah [dot] com.

Untuk rekod lagi, Alexa hanya merekodkan 100,000 buah laman aktif sahaja bagi sesebuah region atau negara. Dan untuk laman anda memperoleh kedudukan yang terbaik, banyak lagi faktor yang berkaitan juga harus dipraktikkan.

Kenapa kami menulis berkenaan Alexa. Bukankah ia ketara sangat? Ia adalah salah satu teknik mudah SEO yang semua pemilik laman web dan blog boleh laksanakan. Jangan lupa submit artikel anda kepada direktori artikel dan Alexa sendiri bagi menunjukkan sokongan dan anda sendiri akan melihat perubahan pada kedudukan laman web anda nanti.

Tidak mustahil bagi anda yang baru menjinakkan diri dalam bidang penulisan mahupun pembgunan laman web untuk meperkenalkan laman anda. Jangan lupa hantarkan ucapan terima kasih dengan  memberikan sepatah dua kata di laman web yang menyajikan bantuan dan perkongsian ilmu disamping memberikan backlinks yang kukuh. (jangan spam sudahlah…)

Kronologi Pembangunan Irsah Blog

Untuk rekod sehingga kini blog [dot] irsah [dot] com serta domain telah mencapai seperti berikut:-
  1. Google Page Rank 2 dalam tempoh 63 hari
  2. Alexa Rank Malaysia 22,408 dalam masa 75 hari
  3. Alexa Global Rank 26juta ++ meningkat kepada rank 5.185 juta++ dalam masa 75 hari
  4. Google Webmaster Incoming Links 9,000++ dalam masa 70 hari.
  5. Bounce Rate purata 35%
  6. Google Analyctics Visitor pusrata 40 pelawat dan lebih 200 lawatan organic.
  7. Average Visiting time per visit – 10 minit++
Untuk rekod, Irsah Blog tidak menggunakan sebarang plug-in mahupun external resources (sumber luar) seperti links berbayar dan sebagainya. Kami berpandukan tips dan panduan SEO dalam dan luar negara serta sesi perkongsian pintar forun webmaster yang berpusat di US.

Terima Kasih

Kepada readers dan silent followers Irsah Blog, kami ucapkan ribuan terima kasih diatas komen dan persinggahan anda ke laman kami tidak kira dari dalam Malaysia atau luar negara.

Ingat, laman kami ‘do-follow’, dan kami sebenar ingin berkongsi pengalaman dan coretan untuk rujukan dan panduan semua. Memang betul apa dikatakan, setiap masa banyak perubahan akan berlaku di dunia siber termasuk analisa SEO. Oleh itu, gunakan teknik2 SEO bagi laman anda dengan berhemah, adaptasikan pengalaman yang dikongsikan oleh sahabat2 bloggers yang sudi berkongsi bersama.

Tingkatkan kebolehcapaian laman anda dan sama2 membangunkan laman web untuk agama, bangsa dan negara.

Sekian dari meja Irsah Indesign untuk Irsah Blog: Alexa Rank Pecah Telur Dalam 75 Hari.

Artikel Berkaitan:
Direktori dan SEO Tingkatkan Kebolehcapaian Laman
Kuasa Backlinks Untuk Laman Anda
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!