Irsah inDesigns Blog

Archive

Irsah inDesigns Blog

Premade Blogger shopping cart theme & template premium free themes ready download curated by slightly bizarre Blog designs & small business development info studio based in KL.

Tips SEO Mudah Hari Ini - KEYWORD

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam Warga Enterprise.

Mungkin ramai dah meluat,dan tension dengan berbagai tips dan tutorial untuk meningkatkan SEO laman web/web page anda. Jangan mudah mengalah, usaha itu kan tangga kejayaan.

Disiini kami ingin kongsikan sedikit panduan dan tips SEO mudah untuk hari ini iaitu penggunaan keyword. Ramai yang sedia maklum mengenai keyword, mungkin anda sudah lebih arif mengenainya. Tetapi apa salahnya kita kongsikan sedikit panduan untuk mengingaktkan kita semua.

Keyword secara ringkas kata kunci. Jadi ,jika kata kunci anda tepat atau hampir tepat di dalam sistem pencarian, lebih mudah akan di-index dan seterusnya ke muka hadapan pencarian search engine. Lebih mudah laman web anda terpapar dan lebih tinggi trafik ke laman web anda.

Hmmm… bagaimana ingin memasukkan kata kunci bersesuaian dengan laman web yang ingin kita perkenalkan? Selalunya apa yang kami jalankan ialah bermula dari bawah. Ya… dengan menggunakan search engine dan melihat hasil pencarian bagi sesuatu kata kuci (keyword).

Contohnya: kalau saya membuat carian “tips SEO”, sudah tentu didalam pencarian engine menghasilkan berjuta-juta laman web yang mempunyai persamaan dengan keyword saya. Oleh itu, anda mulalah merangka kata kunci sepadanan seperti kata kunci tersebut seperti “panduan guna SEO”atau “tutorial tingkat SEO”. Gunakan search engine semula dan semak hasil pencarian kata kunci yang baru itu.

Jika ada diantara kata kunci yang mempunyai hasil pencarian yang sedikit, gunakan keyword tersebut dan buatlah pengolahan yang sepadanan dan semak semula di dalam search engine. Tidak dinafikan, cara sebegini nampak remeh dan mungkin memeningkan. Tetapi sekurangnya anda akan lebih arif dan tahu sebelum anda menggunakan kaedah yang lain yang berkemungkinan lebih advance.

Secara ringkasnya, biarlah kita bermula dari 0, dan dengan usaha kita itu, akan jadi HERO. Sekurangnya dengan percubaan tersebut dapat memantapkan pengetahuan anda selok-belok pencarian search engine. Maka anda tidak akan tertipu dengan berbagai kaedah samada percuma atau secara pembelian dalam usaha meningkatkan pencarian laman web anda.

Harus diingat, banyak lagi faktor yang membolehkan anda memperoleh kejayaan dalam meningkatkan SEO laman web anda. Dapatkan formula dan panduan dari rakan2 blogger yang rata2nya memang mudah mereka akan kongsikan bersama anda. Pepatah pun berkata: kalau tak bertanya sesat jalan bukan?

Sekian dari Meja Irsah Indesign. Dipersilakan lawati laman dan link tertera pada ruang BLOGS WE SUPPORT yang banyak berkongsikan tips dan panduan yang lebih terperinci dengan illustasi sekali.

Selamat Mencuba.

Artikel berkaitan:
Tips SEO - Penggunaan Tulisan BOLD
Pendedahan Tingkatkan PR Anda
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.



Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

DISQUS With Us!