Sekitar Majlis Konvo IKTBN IKBN Institut Kemahiran Belia Se Malaysia di PICC 14 dan 15 May 2012

@ written .Tuesday, May 15, 2012   

Sekitar Majlis Konvo IKTBN IKBN Institut Kemahiran Belia Se Malaysia di PICC 14 dan 15 May 2012
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Salam warga enterprise. Sempena Majlis Konvokesyen (IKBN/IKTBN)Institut Kemahiran Belia Se Malaysia di Putrajaya International Convention Centre (PICC), 14 dan 15 haribulan May 2012, kami di Irsah Indesign ingin mengucapkan tahniah kepada Technical Officer (TO) kami, M. Aswad, kerana dengan rasminya beliau dianugerahkan Diploma dalam bidang Kejuruteraan CAD/CAM. Welcome to the Grad Club.

Walaupun beliau telah graduate hampir 2 tahun yang lepas, namum penganugerahan Diplomanya dilaksanakan hari ini kerana Majlis Konvokesyen (IKBN/IKTBN) Institut Kemahiran Belia Se Malaysia hanya dadakan 2-3 tahun sekali. Syabas dan tahniah juga kepada 3,000 lebih graduan dalam berbagai bidang yang sama-sama menerima penganugerahan pada Majlis Konvokesyen yang diadakan hari ini.

M. Aswad adalah graduate Diploma dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, iaitu salah satu Institut kemahiran tinggi dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Jurusan M.Aswad pun bukan calang-calang iaitu Diploma Kejuruterasan Mekanikal (Pengaturan CAD-CAM). Tak ramai belia Melayu menceburi bidang ini. Ini terbukti kerana hanya 15 orang sahaja graduan yang menyertai jurusan tersebut termasuklah M.Aswad sendiri.

DSC_1081


Kami berkesempatan hadir, dengan jemputan, ke Majlis pembukaan rasmi konvokesyen tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’Seri Shabery Chik, selaku penaung institut berkenaan.

Antara petikan teks ucapan beliau yang boleh kami kongsikan bersama ialah:-
  1. Lebih 3,000 graduan lepasan Institut Kemahiran Belia Negara dalam berbagai bidang dan jurusan dianugerahkan sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen yang diadakan pada tahun ini.
  2. Kali pertama penganugerahan sijil Kemahiran Golf (Golf Caddy) kepada graduan Institut.
  3. Pencapaian melebihi 80% lepasan graduan institut memperoleh pekerjaan dalam berbagai bidang. Satu pencapain di luar jangkaan KPI kementerian.
  4. Kementerian Belia dan Sukan telah menjalinkan lebih 80 MoU dengan berbagai agensi swasta dan kerajaan untuk menjamin kedudukan lepasan graduan institut untuk mendapatkan pekerjaan.
  5. Mengadakan berbagai MoU dengan agensi swasta untuk menjamin dan meningkat taraf modul pembelajaran dan kemahiran graduan institut.
  6. Kualiti dan keupayaan graduan institut adalah setanding dengan graduan dari universiti tempatan dan ternama.
  7. Peningkatan sektor swasta menyediakan peluang pekerjaan dengan kecenderungan mengambil graduan institut berbanding dari graduan unversiti tempatan.
  8. Pihak swasta telah memberikan purata gaji lepasan graduan institut yang setanding dengan dengan graduan keluaran universiti tempatan.

Selain daripada pemberian sijil dan diploma oleh Dato’Seri Shabery Chik sendiri kepada graduan Institut Kemahiran Belia Se Malaysia dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, acara di selang selikan dengan persembahan dari Kombo Kementerian Belia dan Sukan yang menhidangkan berbagai lagu bersesuaian ketika sesi rehat.

Rata-rata ibubapa yang hadir sangat gembira dan teruja dengan adanya Majlis Konvokesyen Institut Belia Se Malaysia ini. Ia dapat dilihat dari raut wajah keluarga masing-masing yang riang gembira dan tanda kesyukuran apabila melihat anak-anak mereka menerima sijil dan diploma masing-masing.
Sekali lagi tahniah kepada semua lepasan graduan Institut Kemahiran Belia Se Malaysia. Bagi kami di Irsah Indesign, kami berharap agar anda semua sentiasa bersikap pro-aktif dan menyumbang secara konsisten kepada keluarga, bangsa dan negara. Pastikan institut anda akan sentiasa relevan khususnya di dalam bidang pendidikan berkemahiran tinggi.


Bantuan kepada graduan majlis konvo IKBN IKTB 2012 boleh dibaca di dalam artikel ini: bantuan-graduan-selepas-majlis konvokesyen


Nota: Teruja juga kami apabila mendengar VT pemenang Anugerah Graduan Gemilang Institut Belia Se Malaysia bagi tahun 2012. Mengikut sahsiahnya, beliau adalah bekas graduan Institut Belia Negara dalam bidang fotografi dan bekerja dengan berbagai syarikat swasta. Kini beliau memgang jawatan tinggi di salah sebuah syarikat penerbitan akhbar utama tempatan, dimana dibawah jagaan beliau seramai lebih 100 orang tenaga kerja. Ditambah lagi, graduan keluaran institut dan universiti yang setanding untuk jawatan baliau kini berada dibawah jagaannya. Syabas dan tahniah.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.