Kad Pintar E perolehan (MOF) - Tak Tukar ke ePXS USB Flash Lagi?

@ written .Friday, May 25, 2012   

Kad Pintar E perolehan (MOF) - Tak Tukar ke ePXS USB Flash Lagi?
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Salam Warga Enterprise. Hari ini kami terima beberapa e-mail dari sahabat Associate dan Alliance kami berkenaan masalah kad pintar E-perolehan mereka, sekejap boleh akses dan sekejap kena re-install semula. Nampak gaya kena tukar pembaca kad pintar E-perolehan ke USB Falsh Drive ePXS. Bagi refresh memori, boleh dapatkan panduan dan tip mudah install semula di rntri masalah dan panduan kad pintar e-perolehan tak boleh akses?

epxs MOF E-perolehan Kementerian Kewangan

Sebenarnya bukannya masalah anda cuma pemnbaca  kad pintar dan perisian pembaca kad pintar tersebut yang tidak mempunyai update terkini. Kalau tak silap kami, kad pintar tersebut dibina pada tahun 2004 dan perisian terakhir pembaca kad pintar adalah pada tahun 2007. Dah 5 tahun kira nak hampir pupus la tuh.

Hah. Bayangkan perisan windows anda sekarang dengan update 2012, gila sikit la komputer anda dibuatnya. Lagi pun takkan la kita ingin simpan komputer yang lama-lama kar rumah atau pejabat semata-mata untuk membaca kad pintar dan berurusan dengan e-perolehan MOF. Buat semak je kan?

Jadi kami memberi pandangan, jika komputer anda telah update (menggunakan perisian XP Service Pack 3 dan Win 7) jadi ada keperluan jugfa untuk anda update sistem pengurusan anda dengan e-perolehan MOF juga. Oleh itu gantikan kad pintar dan pembaca kad pintar den daftarlah serta menggunakan ePXS USB flash drive dengan internal encryption yang sedikit stabil untuk memudahkan urusan dengan jabatan atau agensi kerajaan menggunkan sistem E-perolehan MOF.

Kenapa kami katakan ePXS sedikti stabil?

Sistem USB drive ePXS e-perolehan MOF yang dikeluarkan oleh Commerce Dot Com (CDC) bukannya stabil sangat. Cuma masalah seperti kad pintar yang tidak boleh log-in, tidak akan kerap berlaku. Walaupun ada juga ketika masalah tersebut timbul dengan menggunakan USB flash drive ePXS, teknik yang sama juga dilaksanakan ketika membuat pengurusan dengan sistem E-perolehan MOF- Deactivate perisian anti-virus anda jika ingin membuka laman eperolehan sebelum log in.

Dapatkan Norton Antivirus 2012 download dengan percuma menggunakan Facebook selama 6 bulan.

Sebagaimana sistem pembaca kad pintar yang terdahulu, USB flash drive E-perolehan juga tidak mempunyai update sejak 2-3 tahun yang lepas. Bermaknya USB flash drive ini mungkin akan berlaku masalah yang sama seperti pembaca kad pintar. Tetapi, USB flash drive ePXS boleh di-encrypt-kan dari masa kesemasa untuk memudahkan perisian dan pengurusan anda dengan E-perolehan MOF. Terpulanghlah kepada pengendali sistem sama ada untuk menaik-taraf mengikut perkembangan semasa dan berjadual.

Kesimpulan

Apabila kita menggunakan teknologi maklumat dan perisian untuk pengurusan, sebaiknya kita selaras dengan perkembagan dan update perisian. Kita seharusnya peka dan bertindak segera keatas segala perubahan yang berlaku.  Janganlah terlalu ekstrem, teruja dan gopoh dengan segala tawaran perisian yang lebih canggih kerana berkemungkinan akan mengganggu sistem komputer anda dengan sistem E-perolehan ePXS. Diharap anda dapat beralih dari penggunaan pembaca kad pintar anda dan seterusnya memudahkan sedikit pengurusan anda dengan sistem E-perolehan MOF.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.