Irsah inDesigns Blog

Archive

Irsah inDesigns Blog

Premade Blogger shopping cart theme & template premium free themes ready download curated by slightly bizarre Blog designs & small business development info studio based in KL.

E-perolehan MOF – Penambah-baikan Perniagaan Anda

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Penat juga baru balik dari Epeolehan dan MOF Putrajaya attend mesyuarat dan discussion bersama-sama rakan niaga disana. Sempat juga singgah ke pejabat MOF dan E-perolehan (Kementerian Kewangan) dan menyelesaikan permohonan salah seorang Associates Irsah indesign. Bayangkan, nak tambah kod bidang dalam masa sehari???? Nasib baik kami pernah menunjukkan penggunaan sistem perolehan kepada Associate kami tu, mudahlah sikit tugas kami.

Sistem Eperolehan MOF Kementerian Kewangan syarikat enterprise berdaftar


kebetulan juga kami ke Putrajaya, sama2 membantu untuk menyerahan dokumen seperti yang telah diperakui dalam sistem oleh rakan Associate kami. Insya-allah, jika tiada aral dan berkat kepantasan warga E-Perolehan dan MOF (tidak dinafikan lagi…), kelulusan akan diperoleh dalam masa terdekat ini. Terima kasih semua….

Begitulah antara rutin harian kami di Irsah Indesign. Orang kata sambil menyelam meneguk air. Jika tidak keberatan, kami boleh bantu bila 2 masa, jika diizinkan. Itulah antara kelebihan yang diperoleh bilamana betapa eratnya hubungan Associate dengan kami. pepetah berkata, berat sama dipikul dan ringan sama di pangku dan lagi berat sama2 kita jinjng hehehe… Dalam erti kata lain, gunakanlah sumber (resources) yang ada bagi melancarkan pengurusan perniagaan anda tetapi jangan salah gunakan kelebihan tersebut…

OK lah cukup sudah menceloteh, kami disini ingin berkongsi info yang dterima dari warga Commerce Dot Com (CDC) iaitu oengendali sistem E-perolehan. Kami bukannya ingin promote, tetapi sekadar menyampaikan maklumat yang mana ia boleh memberi sedikit pengetahuan dan panduan kepada warga enterprise semua yang ingin atau sudah berkecimpung dalam dunia kontraktor pembekal dan perkhidmatan dengan kerajaan.

Bagi kami, apa salahnya jika kita berhasrat untuk memajukan perniagaan kita, dan berkemampuan, gunakanlah segala sumber (resources). Haruslah diingat, tiada apa yang percuma, kursus yang disediakan ini pun mempunyai caj yang pada kami agak berpatutan. Untuk pengetahuan, kursus yang disediakan ini adalah berdasarkan first come first serve dan selalunya, dari pengalaman kami, memang sold out.

Anda boleh dapatkan info dilaman eperolehan.gov.my.

Oleh kerana dikendalikan secara strategik dengan agensi yang berkaitan, modul kursus agak lengkap dengan informasi seimbang dari sudut teknikal dan perinciannya. Fokus modul kursus adalah tertumpu kepada perincian format dan pengaturan sebutharga dan tender dengan menggunakan sistem e-perolehan. Terdapat berbaga-bagai tips dan panduan yang sangat berguna dan boleh diaplikasikan jika anda ingin berurusan dengan perolehan kerajaan. Dan tidak dilupakan, berbagai kemudahan tambah nilai juga anda akan peroleh jika menyertai pakej kursus yang disediakan oleh pihak penganjur.

Selain dari sebutharga dan tender, terdapat juga modul bagi kaedah pembelian terus melalui sistem e-perolehan. Panduan dan knowledgebase lengkap disediakan termasuklah keperluan bagi pembolehan penggunaan sistem tersebut. Jika anda menyertainya, jangan lupa dapatkan tips dan hints berguna dari pakar berkenaan serta langkah2 terbaik dalam proses menyertai mana2 sebutharga dan tender yang bakal dikeluarkan oleh agensi berkaitan. (tak salah kalau bertanya bukan…) Inilah antara kelebihan yang membolehkan anda berada satu tapak dihadapan pesaing anda.

Untuk rekod, statistik transaksi agensi kerajaan dengan kontraktor berdaftar menggunakan sistem E-perolehan MOF dari 01/01/2012 sehingga 29/02/2012 adalah seperti berikut:-

Pembelian Terus:

132,391
Kontrak Kementerian: 32,448
Sebut Harga: 386
Tender: 96
eBidding: 135
JUMLAH BESAR 165456
*** Sumber laman web www.eperolehan.gov.my
Oleh itu, rancangkan halatuju perniagaan anda, strategikan pengurusan perniagaan anda dan seterusnya execute keputusan anda. Diharap anda memperoleh maklumat berguna di dalam artikel ini dan seterusnya menggunakan segala perkhidmatan bersama eperolehan MOF.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.



Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

DISQUS With Us!