Blue Screen of Death–Sambungan Episod 2

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Salam warga enterprise…

Setelah bergelumang dengan masalah BSOD semalam, jadi  hari ni sambung troubleshooting PC. Maklumlah harap2 tak berlaku lagi. Untuk mendapat kepastian apakah masalah software/hardware  yang mengakibatkan masalah BSOD tersebut, kami menggunakan software BLUESCREENVIEW (PERCUMA) bagi melihat dan mengakstrak segala maklumat dumping windows tatkala apabila berlaku BSOD. Nasib baik lah windows menyimpan data-data secara automatik apabila berlaku BSOD.



Data2 yang disimpan oleh WIndows apabila berlaku BSOD sangat berguna untuk mengnalpasti punca sebenar berlakunya BSOD. Selalunya anda boleh mendapatkan maklumat dari Microsoft dengan meng-upload data dumping atau .xml yang dijanakan apabila berlaku BSOD. Tetapi, maklumlah, mungkin berjuta2 makhluk asing dan halus menggunakan sistem Windows dan menghantar masalah mereka setiap hari kepada support service Microsoft, tak pasti lagi laporan kita akan dilayan… huhuhuhu… (tapi tak salah untuk mencuba)

Oleh itu ini terdapat beberapa langkah yang anda boleh jalankan sendiri, sambil menunggu jawapan dai support service Microsoft…

1. Download BLUESCREENVIEW dan install di PC anda. Ikutilah langkah2 pada screen.

2. Click scan dumping files dan akan tertera kod dan perincian masalah yang tersimpan oleh sistem Windows PC anda apabila berlaku crash atau BSOD. Sudah tentu maklumat paling atas adalah maklumat berlakunya BSOD anda yang lepas. Lihat contoh paparan BLUESCREENVIEW di screenshot dibawah.

3. Copy keyword utama yang bertulisan *****.*** dan paste pada browser internet kegemaran anda. Hah secara umumuya banyak jawapan akan dijanakan oleh search engine anda. Pilih secara random dan baca serba sedikit artikel untuk mengetahui masalah tersebut samada software changes atau hardware changes.

4. Jika masalah software bermaksud berkemungkinan software terakhir anda install boleh mengakibatkan ketisak- satbilan sistem Windows PC anda dan berlakunya BSOD. Oleh itu anda uninstall software tersebut dan jika anda ingin menginstall semula, sila google kan dulu dan dapatkan detail software tersebut sama ada ia bersesuaian dengan perisian asas PC anda.

5. Jika masalah hard ware, langkah mudah…  gunakan DVD Windows installer anda dan jalankan sistem repairs. Apa yang anda perlu buat ialah masukkan DVD Windows Installer tersebut dan reboot sistem Windows PC anda. Setelah reboot, ia akan start dengan DVD Windows installer tersebut dan pilih Windows System Repairs. Secara automatik Windows akan mengesan segala hardware yang telah corrupt dan menggantikannya semula. Ikutilah langkah2 pada skrin.

6. Jika anda reboot DVD Windows installer tetapi tidak berjaya, kemungkinan aturan boot sistem BIOS PC anda teralih kepada sistem Windows secara automatik. Oleh itu sebaik sahaja anda reboot semula dari sistem Windows, tekan butang F2 atau F!2 (mengikut operasi BIOS PC anda) dan tukarkan aturan booting BIOS PC tersebut. Naikkan booting DVD sebagai kedudukan pertama iaitu sebelum booting dari hardisk (sistem Windows). Exit dan save dan anda dapat menjanakan Windows DVD installer secara automatik. Gunakan kaedah seperti dalam perkara 5.

Diharap entri ini dapat memberikan panduan kepada anda jika berlaku PC crash atau BSOD. sekurang-nya anda tidak mengganggu rakan IT anda untuk mendapatkan bantuan bagi mangatasi masalah yang disebabkan BSOD yang boleh berlaku bila2 masa. hehehehehe Semoga warga enterprise bersikap pro-aktif dan produktif.

Dari meja Irsah Indesign.

Nota: Tujuan utama entri dibuat adalah berdasarkan cliche semasa dimana apabila BSOD berlaku, ramai warga komputer diluar sana mengatakan harddisk anda telah corrupt. Kadang2 ada orang yang tidak bertanggungjawab akan menyuruh kita membeli harddisk baru semata2 untuk mengatasi masalah tersebut dan mengaut keuntungan. Pada hakikatnya, berbagai kaedah troubleshooting yang anda boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah PC anda. Tidak semestinya jika belaku kerosakan, perlu kita tukar bukan???….. JIMAT….

Follow up kepada entri: Blue Screen of Death BSOD Diselamatkan oleh SpeedUpMyPC2012
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!