Blue Screen OF Death (BSOD) – Diselamatkan oleh SpeedUpMyPC 2012

Learn how to AMP'd your blog with valid AMP HTML Blogger theme framework. Visit Blogr-AMP Theme and AMPaction Theme. No 3rd party application. Compatible with published posts. Quick in search & on any devices.
Rasanya agak lama tak masukkan entri.  Ada satu job yang sedang kami laksanakan sejak dari minggu lepas dan perlu disiapkan 2 hari lagi (huhuhu). Memang minggu nih tak cukup tido, mandi tak kenyang… makan tak basah…. adussss….

Sedang kami tengah buat final cheking dan touch up… warna biru terpapar kat skrin komputer…. peghhhhhh BLUE SCREEN OF DEATH… dan kali nih tiada maaf bagimu…. restart dan win7 error… restart dan win7 error…  semua gara2 win update baru2 nih…. adoi yaiiiiii…. mampus le kitaorang… updated work semua dalam pc nih….

Tapi……. pengalaman mengerti ajar kedewasaan… pernah dulu berlaku kat pc lama beberapa tahun lepas… godek punya godek… setle jugak… tapi la ni mana lah nak ingat kan????……

Lepas on off, on off, win7 safe mode beberapa kali…. berjaya jugak hidupkan win dalam keadaan normal.. terus jalankan troubleshooting yang ingat2 lupa tuh….

Kini disini nak share langkah mudah macam mana kami berjaya setle-kan problem BSOD nih…
  1. Jika berlaku BSOD dan sistem win anda berjaya dikembalikan semula selepas auto restart, perkara pertama anda kena buat ialah:
    Buka Device Manager dan periksa tiap2 satu device hardware komputer anda samada ada berlaku hardware changes. Anda boleh juga buat auromatik update sekali bagi tiap2 hardware tersebut.
  2. Pergi ke control panel dan klik di bahagian system restore. Laksanakan system restore kepada system restore point yang terkebelakang. (anda boleh semak tarikh paling terkini sistem pc anda yang telah berubah)
  3. TETAPI, sebelum anda menekan continue, pastikan anda telah matikan perisian anti virus anda. Dan pastikan juga segala fail kerja anda disimpan dan ditempatkan difolder masing2.
  4. Setelah menekan butang continue pada system restore tadi, win akan secara automatik melaksanakan system restore terkebelakang supaya segala hardware changes dan software (jika ada) yang sebelumnya dikembalikan ke dalam system pc anda.
  5. PC anda akan restart semula dan terus akan paparan desktop win anda seperti biasa. Mungkin akan ada perbezaan sedikit pada paparan desktop ini kerana win telah mengembalikan semula system pc anda terkebelakang.
  6. Untuk memastikan PC anda stabil dan mengelakkan anda berasa was2 jika berlaku BSOD lagi, anda boleh download SpeedUpMyPC 2012 disini dan install. Selepas install, anda boleh mendapatkan activation key melalui link disini. Ikutilah langkah2 yang tertera pada skrin. Untuk pengetahuan anda, link tersebut merupakan link proxy dari rakan2 bloggers kita dimana beliau telah meng-kongsikan key tersebut kepada sesiapa yang memerlukannya. (Thank You Bro….). Ini bukan pirate yea….
  7. Laksanakan scan PC melalui SpeedUpMyPC anda setelah memasukkan activation key tersebut dan ikutilah arahan yang dipaparkan. Arahannya mudah difahami dan user interface dia pun jenis minimal.
Dan tepat jam 0330 pagi 10/05/2012, selamat juga salah satu PC DELL kami. Setelah hampir 3 jam berlawan dengan BSOD…. Mana taknya… on off dan pakai windows safe mode pun berlaku BSOD… macam mana nak jalankan langkah seperti diatas melalui system BIOS?????….. Lagipun, tak termampu kami nak guna system repair disc windows 7, sebab dekat 2 jam mencari CD installation PC kami… entah kemana pulak dia pergi… Hmmmmmm… Ada kai kot cd tuh…. Biasa lar… Time kita nak cari.. time tu jugak benda tuh tak ada….



Diharap tutorial ini dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada anda dan langkah penjagaan tambahan supaya BSOD diatas tidak berlaku kepada anda. Apa salahnya jika anda install software yang elok seperti SpeedUpMyPC ni. Lagipun software tersebut mempunyai banyak tweaks yang selamat untuk anda gunakan.
New shopping cart widget for Blogger blogs -- transform your blog & sell products using your blog posts instantly! Visit Add Shopping Cart Widget Page to learn more.

Interesting Related to this Topic at Irsah inDesigns Blog

Got It!

Data submitted via comments collected & stored by the respective providers.

Read our Privacy Policy to learn more on data management & protection.

DISQUS With Us!