S&M NIKMAT ENTERPRISE MoF Renewal

@ written .Wednesday, April 25, 2012   

S&M NIKMAT ENTERPRISE MoF Renewal
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Tahniah kepada S&M Nikmat Enterprise (SMNE) kerana kelulusan memperbaharui sijil Kementerian Kewangan bagi tempoh 3 tahun sehingga 2015. Syabas diucapkan kepada En. Khairulfitri dan En. Khairul’ain kerana komitmen dan dedikasi mereka bagi memperoleh kelulusan ini. Syabas juga diucapkan kepada warga Kementerian Kewangan dan Commerce Dot Com kerana kelulusan pembaharuan ini berjaya direalisasikan dalam tempoh 1 hari sahaja. (lihat screenshot)

SMNE BARU MOF


Bagi kami di irsah indesign, kami berasa terharu kerana dapat bekerjasama dengan SMNE dan serba sedikit mencurahkan panduan dan selok belok bagi memudahkan proses pembaharuan tersebut. Tiada apa yang kami inginkan kerana matlamat kami hanyalah untuk memudahkan pengurusan seharian perniagaan SMNE. Dengan adanya fasiliti sebegini dan diharapkan akan menyeluruh kepada fasiliti-fasiliti yang lain khususnya transaksi berkaitan dengan kerajaan dan pendaftaran, diharap ia dapat digunakan sebaik mungkin dan secara optimum oleh warga entrepreneur dan enterprise yang lain.

Kini SMNE boleh tersenyum lebar kerana keperluan pembaharuan tersebut haruslah dilakukan dengan segera memandangkan syarikat masih terikat dengan kontrak bersama agensi kerajaan sehingga 2015. Kini SMNE telah mula bergiat aktif dalam menyertai berbagai tender dan sebutharga dan dengan pembaharuan ini, memudahkan proses pengumpulan dokumentasi mereka. Disamping itu, data-data porfil syarikat SMNE juga telah dikemas kini dan memudahkan pihak agensi berkaitan untuk membuat semakan dan kaji selidik.

Sekian dari meja irsah indesign. Layari laman www.irsah.com untuk mengetahui perkhidmatan tambah nilai untuk perniagaan anda.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.