Insurance Performance Bond–Dokumen Diperlukan Untuk Syarikat Enterprise

@ written .Sunday, April 22, 2012   

Insurance Performance Bond–Dokumen Diperlukan Untuk Syarikat Enterprise
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Salam 1 Entrepreneur.

Kali ini kami ingin mendalami kehendak-kehendak terkini bon insurance perlaksanaan (insurance performance bond). Apa dan untuk apa performace bond? Anda boleh google dan memperoleh jawapan menerusi artikel dari rakan bloggers tempatan dan luar negara yang dapat menerangkannya dengan lebih terperinci. Bagi kami, kami menceritakan pengalaman semasa, yang kami lalui untuk menjadi panduan dan iktibar kepada rakan-rakan entrepreneurs yang lain terutamanya yang melibatkan diri di dalam industri perkhidmatan dan bekalan dengan kerajaan.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Sam, iaitu pegawai insurans bertauliah (bukan agen) di sebuah syarikat insurans di Kuala Lumpur kerana dedikasi dan komitmen beliau dalam menguruskan permohonan insurans perlaksanaan bon rakan associates kami. Bagi kami pengurusan yang efisyen beliau telah mempermudahkan proposal bon tersebut dan seterusnya menyiapkan polisi associate kami dalam masa 3 hari sahaja. Terima ksih yang tidak terhingga.

Pertama sekali, dokumen apa yang anda akan peroleh? Selain dari bon insurans perlaksanaan, yang nilainya tertera pada surat setuju terima dari jabatan/agensi kerajaan yang mengeluarkannya, ia juga dilengkapkan dengan polisi insurans untuk Workers Compensation dan Replacement Compensation yang di haruskan bagi menjamin keseluruhan kontrak yang bakal anda jalankan. Pastikan tempoh sah yang diinsuranskan (tertera pada polisi tersebut) adalah 12 bulan melebihi jumlah sebenar tempoh kontrak untuk proses tempoh tuntutan (jika ada).

Picture1


OK, berikut adalah langkah-langkah dan penerangan dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan insurans bon perlaksanaan. Dokumen-dokumen yang dinyatakan mungkin akan bebeza mengikut syarikat insurans. Namun begitu, ia bolehlah menjadi panduan asas sebagai penyediaan.

LANGKAH 1
Dapatkan sebutharga awal permohonan bon perlaksanaan tersebut dengan mengemukakan salinan fotostat surat setuju terima (setiap helaian) daripada wakil insurans yang berdaftar.

LANGKAH 2
Dapatkan borang permohonan dan borang proposal bagi memohon bon perlaksanan dari syarikat insurans tersebut.
LANGKAH 3
Isi borang mengikut arahan dan tandatangan serta cop syarikat pada bahagian yang diperlukan. Minta bantuan dari wakil syarikat insurans jika ada kerahuan atau kemusykilan pada borang tersebut.

LANGKAH 4

Pemilik syarikat/kontrak
Sediakan salinan dokumen yang dikehendaki. Antara senarai dokumen keperluan:-
a. Salinan surat setuju terima dari jabatan/agensi kerajaan yang sudah ditandatangani.
b. Salinan sijil pendaftaran syarikat, borang D dan latarbelakang syarikat terkini dari kaunter SSM @ SSM E-INFO.
c. Salinan sijil pendaftaran Kementerian Kewanagan dan Sijil Bumiputera (jika ada)
d. Salinan kad pengenalan pemilik syarikat (kesemua pemilik)
e. Penyata bank bagi 3 bulan terkini yang diakui oleh pihak bank.
c. Salinan geran kenderaan/rumah/kedai/tanah untuk tujuan sokongan dan perekodan. (jika ada)
LANGKAH 5
Salinan dokumen diperlukan:-
Guarantor individu (digalakkan keluarga terdekat)
a. Salinan kad pengenalan depan belakang
b. Salinan penyata bank bagi 3 bulan terkini (diakui)
c. Salinan geran kenderaan/rumah/kedai/tanah untuk tujuan sokongan dan perekodan.
d. Penyata gaji bagi 3 bulan terkini (jika bekerja)
atau
Guarantor Korporat (Sdn. Shd.)
a. Salinan semua pengarah/pemilik syrarikat
b. Salinan Memorandum of Association yang di perakui
c. Salinan Borang 24, 44, 49 yang diperakui
d. Salinan Borang 38A - perubahan pemilikan akuiti syarikat (jika ada)
e. Salinan audit syarikat bagi tahun yang terakhir yang diperakui atau 3 bulan penyata akaun bank syarikat.
LANGKAH 6
Hantar dan buat semakan dengan wakil insurans di pejabat dan membuat bayaran. Bawa sekali dokumen yang dirasakan berkaitan supaya tidak berulang kali membuat permohanan.

Harus di ingat, ada beberapa bayaran tambahan diperlukan mengikut ketetapan semasa selain daripada bayaran bon perlaksanaan tersebut. Diantaranya ialah bayaran premium insurans workers/replacement compensation, bayaran setem, bayaran pesuruhjaya sumpah, upah agen dan pengurusan kertas proposal bagi permohonan bon tersebut. Nilai harga berbeza mengikut keadaan semasa namun nilai pro rate nya adalah hampir diantara syarikat-syarikat insurans berdaftar.

SOALAN LAZIM

Boleh ke pemilik syarikat membuat permohonan secara terus dari syarikat insurans?
Tidak. Syarikat insurans hanya berurusan dengan agen dilantik sahaja. Sila berjumpa agen yang sah dan membuat permohonan memalului beliau.

Kenapa salinan geran disebutkan itu diperlukan?
Salinan geran adalah sebagai sokongan anda kepada pihak syarikat insurans jika berlaku tuntutan oleh jabatan/agensi kerajaan bagi memastikan anda boleh/akan membayar ganti rugi semula kepada mereka (mengikut nilai max di dalam bon perlaksanaan) setelah pihak insurans mengesahkan tuntutan oleh pihak jabatan/agensi kerajaan.

Bolehkah saya membayar secara ansuran untuk bon perlaksanaan?
Tidak. Bayaran adalah one-off dan mengikut tempoh sepanjang perlaksanaan kontrak termasuk tempoh 12 bulan selepas tempoh kontrak tamat. Bayaran boleh dibuat mengikut peringkat dokumentasi/kerja yang dilaksanakan tetapi selalunya segala premium (caruman) dan bayaran insured bon harus diserahkan sepenuhnya ketika menghantar permohonan. Upah dan lain-lain bayaran boleh dibuat setelah bon dan polisi dikeluarkan oleh pihak insurans.

Berapa lamakah sesebuah permohonan diluluskan?
Selalunya di dalam 3 hari bekerja. Namun begitu, jika borang permohonan tidak lengkap atau terdapat keraguan oleh pegawai insurans akan mengambil masa. Oleh itu disarankan menyemak secara teliti sebelum dan semasa dokumen dihantar.

Sebarang pertanyaan boleh ditulis di ruang komen disediakan. Atau hubungi kami untuk pengisian lanjut di info@irsah.com. Semoga penulisan kami memberi sedikit inspirasi bagi memudahkan kerja-kerja dokumentasi anda. Anda sebagai seorang entrepreneur akan mencari segala sumber untuk memperoleh keuntungan dan anda juga akan menaggung risiko diatas segala keputusan/perbuatan yang bakal anda laksanakan. Jadilah entrepreneur bijak dan kongsikan pengalaman anda.

Disclaimer: Rujuk.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.