Electronic Payment System–Cara Tambah Nilai Pendapatan Perniagaan Anda

@ written .Sunday, April 01, 2012   

Electronic Payment System–Cara Tambah Nilai Pendapatan Perniagaan Anda
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Salam 1 Entrepreneur…

Dahulunya, jika perniagaan anda hanya menerima pembayaran secara tunai dan cek sahaja, kini anda boleh menaik-taraf kaedah pembayaran secara elektronik (iaitu Visa dan Mastercard) dengan menggunakan akaun bank anda. Anda hanya memerlukan komputer dan talian internet sahaja, dan pelanggan anda yang mempunyai kad tertera Visa dan Mastercard boleh membuat transaksi pembayaran dengan akaun anda secara atas talian, cepat dan selamat.

Kaedah ini kami rasa bersesuaian bagi entrepreneur yang terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti bengkel servis kenderaan, mengecat kenderaan, serta perkhidmatan yang berkaitan dimana memerlukan transaksi pembayaran yang mencecah 4 angka. Ini memberikan perkhidmatan tambah nilai bagi perniagaan anda yang mana pengguna kini di Malaysia telah cenderung membuat transaksi menggunakan kad (samada debit atau kredit). Disamping itu, ia dapat mengelakkan dari pelanggan anda membawa wang tunai yang banyak lebih-lebih lagi ketika membuat pembayaran.

Anda memerlukan sebuah akaun Paypal dan link kan akaun tersebut dengan akaun anda. Untuk mendaftar akaun Paypal anda, anda boleh klik disini dan isikan pendaftaran. Segala perincian dan panduan adalah secara ‘straight forward’ dan anda tak perlu pening kepala. Sistem ini amat mudah dan dilengkapi juga invoice elektronik yang akan dihantar secara automatic kepada e-mel pelanggan anda jika transaksi tersebut berjaya.

Berikut adalah beberapa link dan rujukan bagi membolehkan anda mendaftar (link) akaun anda dengan Paypal. Tapi anda harus ingat, Paypal mengenakan caj bagi perkhidmtan tersebut untuk setiap transaksi online sahaja samada anda membuat pembayaran mahupun menerima pembayaran. Paypal tidak mengenakan sebarang caj bagi membuka akaun atau ‘link’ akaun anda dengan mereka. Dan setiap transaksi ke akaun Paypal anda boleh kreditkan ke akaun bank anda dalam masa 3 hari ataupun mengikut sistem perbankan masing-masing.
1.http://www.ziefauzi.com/ (BM-Paypal to Maybank)
2.http://denaihati.com/ (BM)
3.http://sayanakhiburan.blogspot.com/(BM)
4.http://erozbyte.com/(BM)
5.http://online4rich.com/  (BM)
Banyak lagi info dapat dikongsi dan boleh diperoleh melalui rakan-rakan bloggers yang lain, google sahaja. Panduan terperinci mereka sangat berguna dan disediakan khusus untuk rujukan dan panduan. Terima kasih kepada  rakan bloggers kerana telah berkongsi panduan dan informasi yang berguna ini.
Diharap dengan adanya kaedah alternatif ini dapat menambah nilai perkhidmatan perniagaan anda. Semoga kami di irsah indesign dan rakan bloggers dapat memberikan inspirasi kepada anda bagi menambah nilai perkhidmatan perniagaan anda.

Sekian dari meja irsah indesign.

paypal

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.