Cara Tambah Trafik ke Laman Web Anda–SEO Friendly Basic Tips

@ written .Thursday, April 26, 2012   

Cara Tambah Trafik ke Laman Web Anda–SEO Friendly Basic Tips
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
seo-image
Image Coutesy www.seodetail.net

Ramai orang berfikir bahawa apabila mempunyai laman web yang baik dan cantik, anda akan memperoleh ramai pelawat secara otomatik.  Untuk memperoleh trafik ke laman web anda, anda perlu tekun dan bekerja keras sedikit dan untuk pengetahuan anda, pelawat-pelawat tersebut tidak dapat dicapai dengan sekelip mata. Persoalannya – bagaimanakah orang dapat melawat laman web anda jika anda tidak memberitahu kepada mereka? Oleh itu, anda mestilah  mengiklan. Berikut adalah beberapa cara, bukanlah yang terbaik, tetapi terbukti, bagi meningkatkan jumlah pelawat anda, dan yang pentingnya anda tidak memerlukan belanja yang besar:

Menghantar dan mendaftar laman web anda kepada bebagai mesin carian utama di world wide web. Berikut adalah beberapa yang popular anda boleh mulakan dengan:
  1. Alexa
  2. AltaVista
  3. AllTheWeb
  4. Ask AOL
  5. Dmoz
  6. ExactSeek
  7. Gigablast
  8. Google
  9. Yahoo
  10. Bing
  11. WebCrawler
Menggunakan favicon.ico. Anda boleh dapat perinciannya disini.

Mempunyai kandungan Dinamik di laman anda – paparan mesej, Direktori kerjaya, Buku Tamu, Search Online, Galeri Gambar, Quote harian, Berita Terkini, Site Search, Engine Pautan dan sebagainya... Ia dapat memberikan  pengalaman yang lebih menyeronokkan bagi pelawat-pelawat anda ... dan pengunjung akan lebih berminat dan bookmark laman anda.

Pastikan anda tidak mempunyai ‘link’ yang putus! Orang akan meluat jika mereka klik tapi tiada tindakan di dalam laman web anda. Lagipun ‘link’yang banyak dapat mengukuhkan kedudukan SEO laman anda. Terdapat berbagai laman untuk memeriksa ‘links’ laman web anda secara live, gunakan sekerap yang mungkin.

Pastikan META TAGS anda mempunyai perkataan yang bijak,berhemah dan betul. Jangan mengulang perkataan META TAGS yang sama lebih dari 3 kali kerana kemungkinan laman web anda akan menerima penalti pencarian dari kebanyakan enjin pencarian utama.

Menghantar dan mendaftar laman web anda seberapa banyak Direktori Link / Search Engines persendirian yang anda dapat cari. Ia secara umumnya tidak meningkatkan trafik ke laman anda tetapi sebaliknya dapat membantu mengekalkan aliran pengunjung.

Gunakan Banner dengan berhati-hati. Pastikan banner anda mempunyai perkataan yang mencerminkan laman web anda dan kurangkan grafik kerana secara lazimnya, ‘web crawlers’ akan cenderung pada susunan perkataan dan pengisian penulisan di dalam sesebuah laman web dan bukannya grafik dan gambar.

Langgan ke Groups dan iklankan laman web anda di sana. Tempat yang baik untuk memulakan dengan Google Groups, Yahoo Groups dan sebagainya. Pastikan berdaftar dan hantar laman web anda pada Groups yang sesuai dengan pengisian web anda!

Pastikan anda berdaftar dengan e-mel sandaran, jika tidak, anda akan dikunjungi ‘spammers’!

Pastikan anda tidak melakukan SPAM – rajinlah membuat komen atau penulisan di laman web yang bersesuaian atau mana-mana Groups yang anda telah berdaftar. Lebih kerap, lebih tinggi anda peroleh link ke laman web anda.

Gunakan laman rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook, YouTube, LinkedIn, Digg dan sebagainya. Link kan ke laman web anda dan secara automatik rakan anda dapat mengetahui kewujudan laman web tersebut dan mengunjunginya.

Tiada siapa yang tahu secara tepatnya berapa banyak laman web yang ‘live’ diseluruh internet dan kemungkinan angkanya berjuta-juta! Untuk pengetahuan anda, beribu-ribu laman web diaktifkan dan ia bertambah setiap hari! Jadi ambillah masa untuk mempelajari dan mendalami sedikit ilmu internet yang berguna bagi memastikan anda dan laman web anda tidak tenggelam dan dibayangi laman-laman web yang baru itu.

Berikut adalah sedikit tips untuk membantu anda memperkenalkan laman web anda. Sebagai peringatan, negara Rome tidak dibina sehari… maka anda haruslah mengakui bahawa ia akan mengambil masa untuk laman web anda diperkenalkan ke dunia siber ini. Yang pentingnya, jangan bekerja keras, tetapi bekerja secara berhemah dan pintar. Googlekan sahaja keperluan yang anda inginkan bagi meningkatkan SEO laman web anda. Bagi kami di irsah indesign, kami hanya ingin berkongsi pengalaman yang kami lalui yang ternyata memberikan impak kepada laman dan penulisan kami.

Ikhlas dari meja irsah indesign.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.