Nakar Resources–Anugerah Perkhidmatan Pembersihan Terbaik 2011 JKWPKL&P

@ written .Friday, April 13, 2012   

Nakar Resources–Anugerah Perkhidmatan Pembersihan Terbaik 2011 JKWPKL&P
March/April 2016 GiveAway Ended- 25 lucky winners have been announced & contacted. Congratulations! Prizes worth rm2500.00 have been distributed.
Subscribe our Blogger theme tutorial channel & more freebies awaits https://youtu.be/UUh_IEFx4Ac. Thanks for the support!
Kali ini dari irsah indesign, pihak kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga Nakar Resources, kakitangan pengurusan atasan hingga ke tenaga sokongan, diatas pengiktirafan diberikan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P).

Satu majlis penganugerahan sijil (ringkas tetapi bermakna) telah diadakan bersempena perhimpunan bulanan JKWPKL&P di Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur pada 02/03/2012 yang dihadiri bersama warga JKWPKL&P termasuk kakitangan pengurusan tertinggi jabatan tersebut.

NR SIJIL PENGHARGAAN

Sijil pengiktirafan telah diserahkan kepada En. Norul Azzuan, Pengarah Urusan Nakar Resources, oleh Pengarah JKWPKL&P, Dr. Balachandran A/L Satiamurti berserta timbalannya, dalam satu upacara yang ringkas tetapi sangat bermakna bagi seluruh warga Nakar Resources.

Pihak Nakar Resources berasa terharu diatas penganugerahan tersebut dan bertekad memberikan perkhidmatan terbaik malah akan lebih baik dari sebelumnya. Menurut En. Azzuan, “penghargaan ini tidak akan bermakna tanpa komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh tenaga kerja Nakar Resources".

Komitmen mereka sangat berharga dan tidak ternilai dan pada saya, merekalah tunjang dan nadi syarikat. Menurut beliau lagi, “disebalik penghargaan ini, ia sebenarnya hadiah harijadi yang ke 2* yang paling bermakna bagi dirinya secara peribadi” yang bakal menyambut hari lahirnya pada 04 Mac 2012.

Menurut En. Azzuan lagi, “sekalung penghargaan juga diberikan kepada semua warga dan kakitangan kesemua 5 Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kerana kerjasama, komen yang membina dan komitmen mereka demi memajukan lagi perkhidmatan Nakar Resources. Segala kritikan membina yang diterima, pihak kami akan menjadikannya sebagai satu batu lonjatan untuk memajukan lagi perkhidmatan yang bakal pihak syarikat sediakan.”

Terima kasih juga pihak syarikat tujukan khasnya kepada seluruh kakitangan Unit Perolehan JKWPKL&P yang diketuai oleh Ketua Unit Perolehan, Puan Malar, kerana kerjasama beliau beserta kakitangan di bawah naungannya diatas perkhidmatan yang efisyen dan penuh dedikasi serta pendekatan pengurusan yang sistematik, konsisten, berhemah dan penuh bertanggungjawab.

Bagi kami di irsah dot com, matlamat kami adalah untuk membantu serta mempermudahkan segala pengurusan yang berkaitan. Pengurusan yang cekap dan strategik dapat memberikan impak yang maksima kepada syarikat.

Kami juga berharap agar segala tohmahan dan cerita-cerita belakang yang menjadi ‘klise’ bagi warga kontraktor iaitu “sangat rumit berurusan dengan jabatan ataupun agensi kerajaan”, adalah tidak benar, satu pembohongan serta tidak relevan. Bagi kami di irsah dot com dan Nakar Resources, kami dengan sekeras-kerasnya menyangkal tohmahan tersebut dan diharap penulisan kami disini menjadi iktibar bagi warga kontraktor yang lain serta bakal-bakal entrepreneur yang ingin menceburi bidang ini.

Galleri gambar sekitar perhimpunan JKWPKL&P yang telah diadakan.

2012-03-02 08.59.45

2012-03-02 08.28.42


2012-03-02 08.32.46


2012-03-02 09.00.31


2012-03-02 09.00.52

Akhir kata dari tenaga pengurusan Nakar Resources, pihak kami memikul satu tanggungjawab yang amat besar kerana menerima penghargaan sebegini dan pihak kami berazam dan yakin akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang masa khususnya kepada klien-klien sedia ada dan yang akan datang.
Insya-allah.

You can take part too!
Join our sponsors!

This website or its third party tools use cookies, which are necessary to its functioning and required to achieve the purposes illustrated in the cookie policy. By tapping on "I accept" you agree to the use of cookies.